CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1068|Reply: 19

[Tempatan] Semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke Jepun, tarikan empat musim, pilihan p

[Copy link]
Post time 23-2-2018 10:50 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Jepun mengiktiraf Malaysia sebagai pasaran pelancongan penting bersandarkan pertumbuhan jumlah pelancong dari Malaysia ke negara itu tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) Pejabat Kuala Lumpur Chiemi Maruyama berkata, jumlah rakyat negara ini melancong ke negara matahari terbit itu meningkat sehingga 11.5 peratus atau 439,500 pelawat tahun lalu berbanding 394,268 tahun sebelumnya.

Beliau berkata, Jepun terus menjadi pilihan utama penduduk Malaysia melancong kerana negara itu mula menawarkan pilihan produk pelancongan yang pelbagai khususnya mesra Muslim.

“Kami mempunyai empat musim berbeza sepanjang tahun seperti musim bunga, panas, luruh dan sejuk memberikan pilihan bagi pelancong ke Jepun. Setiap musim mempunyai tarikan dan destinasi ber beza untuk dikunjungi.

‘’Sejak Jepun memansuhkan penggunaan visa bagi pelancong Malaysia ke negara itu sejak 2013, jumlah pelawat melonjak dan tahun lalu kami membuka pejabat di Kuala Lumpur sebagai pusat sehenti untuk menyediakan maklumat kepada bakal pelawat,’’ katanya pada sidang media Pameran MATTA Mac 2018 di sini, semalam.

Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dalam majlis sama mengumumkan Jepun sebagai Destinasi Pilihan Asia bagi pamerannya yang akan berlangsung 16 hingga 18 Mac depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Maruyama berkata, pihaknya menyasarkan kemasukan pelancong ke negara itu mencecah 40 juta dengan transaksi sehingga 8 trilion yen (RM291.81 bilion) menjelang 2020.

‘’Bergerak ke depan, kami mempunyai perancangan meningkatkan jumlah itu sehingga mencecah 60 juta pelancong yang dijangka berbelanja 15 trilion yen (RM547.11 bilion) dalam tempoh 13 tahun iaitu menjelang 2030.

‘’JNTO terus menjalankan promosi di Malaysia yang menjadi pasaran penting kepada Jepun ketika ini,’’ katanya.

Mengenai pameran itu, katanya, ada 23 pempamer akan menyertainya yang menampilkan hiasan kebudayaan Jepun iaitu Wagasa, permainan popular Kendama, makanan tradisi serta promosi pakej pelancongan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2018
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2018 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jepun mahal lah... takat 4 musim pergi korea je
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
owh yes olimpik 2020 pun dorg amik dr Msia... xsilap brahim as supplier
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 01:39 AM | Show all posts
diharap lobai2 dan minah2 bungkus muslim tour pi jepun tu belajar cara jadi orang beradab,kebersihan dan lebih "isle" dalam kehidupan dari orang2 jepun yang kebanyakanye tidak berugama itu tapi lebih "iele" dari yang isele kesana isle kehulu sini..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabau nak tunggu sake halal
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 08:03 AM | Show all posts
da gi jopon 6 years ago

just one word

"heaven"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2018 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi gak jepun lebih 15 tahun lalu, lepas tu rindu nak pergi lg
Alhamdulillah autumn last year dpt pergi lg
Skrg lebih mudah, info mknan halal & directions di hujung jari
Dulu pakai hafal je tulisan kanji kat train
Tersilap station tu biasa
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 08:56 AM | Show all posts
Jepun memang seronok. sekali pergi mesti nk pergi lagi dan lagi. especially Sapporo .pemandangan die Subhanallah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 09:17 AM | Show all posts
biar betul korang...  bukan ke rakyat Msia derita & negara mrk hampir muflis?  takkan tiba2 ramai pulak rakyat msia yg hobi mkn angin di negara kos hidup paling tinggi di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:22 AM | Show all posts
Yang paling nyata sejak tak perlu visa makin ramai suka kesana selain factor kebersihan, sistem transportation yang baik, tarikan pelancongnya, makanan halal dan kemudahan solat serta budaya sopan dan hormat mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
akak pprt tak pernah sampai jepun. the only negara oriental yg akak minat nak jejak. negara2 oriental lain who are yusss sangat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:39 AM | Show all posts
Pernah ke Jepun zaman dulu2 and I didn't think I like it.

Tapi thread ni sort of mengujakan pulop.... xde visa ek?

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sesuatu yg aku  suka tentang Jepun tak banyak bertabur tong sampah tp persekitaran tetap berseh.tak mcm paris tong sampah berderet tapi sampah bertabur jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:09 PM | Show all posts
masih mampu melancong ke oversoa
lepas tu meroyan dalam negara
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
apa komen @dodolgemok laknatullah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok di fb dan ig ramai orang malaysia ambil barang di bundle jepun bawa balik jual kat malaysia.  Ramai juga student dan pekerja malaysia yang tinggal di jepun buat bisnes reseller personal shopper.  Huhuhuhu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
OmJualGas replied at 24-2-2018 09:19 PM
Aku tengok di fb dan ig ramai orang malaysia ambil barang di bundle jepun bawa balik jual kat malays ...

Betul!
Kedai 2nd hand dia heaven sgt
Ank aku borong sneakers air jordan bagai, elok2 lg
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lebih suka pergi jepun berbanding korea. Orangnya lebih friendly dan tak byk songeh.

Aku siap buat kwn lagi semasa travel solo last dec.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi tokyo fuji last 2 years,flight plus hotel 2 org utk 5 hari total baru 3 ribu,berbaloi. Tapi sendiri la,xde tour. Sepanjang tepi jalan pokok bunga,hari ni kaler lain,esok tumbuh kaler lain,cepat gile. Puas jalan2 banyak tempat naik lrt jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
saya lebih suka   jepun   dari korea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.665671 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list