CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2697|Reply: 18

[Tempatan] Wanita paling muda PTD dilantik jadi KSU

[Copy link]
Post time 24-2-2018 12:12 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Bukan sekadar berpengalaman luas berkhidmat dalam bidang pentadbiran awam, malah yang paling menarik, Datuk Suriani Ahmad mencatat sejarah sebagai wanita paling muda, dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) dalam jabatan kerajaan ketika ini.

Suriani, 49, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), berkuat kuasa, 3 November lalu.

Pada masa sama, Suriani adalah KSU keempat dalam kalangan wanita dilantik bagi jawatan berkenaan.

Justeru, Suriani yang sudah berkhidmat 23 tahun dalam pentadbiran awam, mahu membuktikan pelantikan itu adalah peluang terbaiknya untuk memperkasakan wanita, selain semua kumpulan sasaran di bawah KPWKM.

Sejak dilantik sebagai KSU, beliau cukup teruja kerana perlu menjaga kebajikan pelbagai lapisan masyarakat bermula usia bayi sehingga warga emas.

Sebelum ini, Suriani bertugas di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang sama.

"Berbekalkan pengalaman yang ada, saya mahu menjadikan KPWKM lebih proaktif pada masa depan, selain mahu memperkasakan setiap inci isu membabitkan golongan sasaran.

"Pencegahan lebih  baik daripada merawat, justeru KPWKM perlu lebih bersedia berdepan pelbagai isu daripada keruntuhan sosial sehingga ke bencana alam," katanya kepada BH.

Beliau berkata, nasib bayi yang dibuang dan ditinggalkan di merata tempat, umpamanya menjadi tumpuan beliau bagi memastikan golongan itu tidak disia-siakan pada masa depan termasuk menyediakan dokumen kelahiran untuk mereka.

Sejajar tahun ini, tahun memperkasakan wanita, Suriani juga menyasarkan untuk meningkatkan status dan martabat golongan wanita, selain memastikan lebih berwibawa, cemerlang serta membawa mereka keluar daripada kepompong keselesaan.


Wanita perlu berdikari dan tahu menjaga diri dalam semua keadaan supaya tidak menjadi mangsa keadaan khususnya keganasan rumah tangga.

Justeru, wanita perlu mengetahui hak mereka, selain bijak dan berdaya saing.

Suriani berazam untuk turun ke akar umbi bagi menjelaskan perkara berkaitan hak asasi wanita dan  perkhidmatan yang tersedia untuk mereka.

"Sejak dilantik sebagai KSU, saya berkesempatan meninjau penduduk di kawasan pedalaman seperti Sarawak yang hidup daif, rumah uzur dan ada warga emas tinggal sendirian.

"Selain menghulurkan bantuan, kami bertanggung jawab menyampaikan maklumat kepada kementerian berkaitan untuk mengatasi masalah dihadapi kerana ia di luar skop KPWKM," katanya yang ingin memastikan kebajikan warga emas terbela.

Katanya menerusi program 'Home Help', sukarelawan akan menziarahi warga emas yang tinggal sendirian dan memastikan mereka dalam keadaan sihat dan baik.

Ini kerana KPWKM memahami ramai anak atau ahli keluarga yang terpaksa keluar dan meninggalkan ibu bapa di kampung tetapi Suriani agak terkilan kerana ada anak yang langsung tidak pulang menjenguk mereka.

Sebagai anak restu ibu bapa amat penting untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

Suatu masa dulu, hatinya berat ketika melangkah untuk menduduki peperiksaan bagi menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Minat sebenarnya lebih kepada bidang komunikasi yang dipelajari di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1993.

Namun, demi memenuhi permintaan ibu bapa yang mahu beliau mewarisi kerjaya bapanya sebagai penjawat awam, Suriani tetap menjalani peperiksaan berkenaan sehingga lulus dan berjaya melepasi sesi temuramah dijalankan.

"Saya terpaksa melupakan kerjaya sebagai Eksekutif Editorial di Bernama PR walaupun sangat menyukai kerjaya itu yang memberikan saya peluang keluar berjumpa orang ramai dan mengatur pelbagai program.

Bagi saya, restu ibu bapa lebih penting dalam semua perkara yang ingin dilakukan kerana ia adalah doa dan hasilnya, di sinilah saya berada kini," katanya yang pernah menyandang beberapa jawatan penting termasuk sebagai Pengarah Dasar dan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Nasihat saya kepada individu yang berminat menjadi PTD, mesti patriotik dan sayang negara kerana perlu menyumbang dan berbakti untuk rakyat serta menggalas tanggung jawab diamanahkan.

Beliau berkata, kakitangan PTD yang baik boleh memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat dan meletakkan diri mereka dalam situasi dihadapi rakyat.

INFO:

Secara keseluruhan, KSU paling muda dalam jabatan kerajaan adalah Datuk Lokman Hakim Ali, berusia 46 tahun ketika dilantik jawatan itu, pada 15 Mac 2016.

Profil:  

Datuk Suriani Ahmad

Jawatan: Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Asal: Perlis

Umur: 49 tahun

Anak: Tiga orang

Tarikh Lahir: 28 Julai 1968

Kelulusan:

1. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Universiti Sains Malaysia (1993.)

2. Sarjana Strategi dan Diplomasi Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Pengurusan Awam Institut Tadbiran Negara (1996).

Kerjaya tertinggi pernah disandang:

1. Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan (2014).

2. Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), Kementerian Dalam Negeri (2015).

Pencapaian:

Anugerah Pekerja Contoh 2005 (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by caprut at 24-2-2018 12:35 PM

Ketua setiausaha kementrian slalu gred turus 3 ke paling cikai kan?? Bole la cmpor elaun dpt dkt rm30k gak sbulan rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:35 PM | Show all posts
caprut replied at 24-2-2018 12:29 PM
Ketua setiausaha kementrian slalu gred jusa c je kan?? Bole la cmpor elaun dpt rm15k ke 20k

kalau menteri JUSA berapa sis??
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 24-2-2018 12:35 PM
kalau menteri JUSA berapa sis??

Silap da edit. Jusa bwah skit dri turus. Lepas gred nombor 54 bole naik jusa jusa dibahagi kpd 3 (A B C). Start dri jusa C. Lpas jusa naik turus (1 2 3). Start turus 3. Lpas tu bru jadi ketua setiausaha negara atau KSN. Jusa C bsuk2 ley cecah rm20k kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 50
Pdptan 20k
10k utk monthly expnss
10k utk cikcur
Ok la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 24-2-2018 12:38 PM
Silap da edit. Jusa bwah skit dri turus. Lepas gred nombor 54 bole naik jusa jusa dibahagi kpd 3 ( ...

Haah.. Ex bos my husband prof univ dpt jusa c,  lebih 15k sebulan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2018 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Way to go datuk

Gred M la kan? Gaji masyukk
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 03:49 PM | Show all posts
caprut replied at 24-2-2018 12:29 PM
Ketua setiausaha kementrian slalu gred turus 3 ke paling cikai kan?? Bole la cmpor elaun dpt dkt rm3 ...




.....sahaja?

lebih lagi kot ...... sebab jusa jusa ni kenaikan tahuna min 9% nax 15% .. katanya .. kalau turus hauslah lagi ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 24-2-2018 03:49 PM
.....sahaja?

lebih lagi kot ...... sebab jusa jusa ni kenaikan tahuna min 9% nax 15% .. k ...

Jgn trlalu lebih jgn trlalu rendah. Kang rendah sgt , dorg ckp gomen staff sengkek. Tggi sgt ckp gomen staff gaji je mahal tp x ley wat kjer. Tp klo org swasta pkir rendah gaji gomen staff ujung2 ley naik gaji lg pastu yg dengki plak akan ckp gaji tggi tp x ley wat kjer. Same old same old story. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 06:04 PM | Show all posts
caprut replied at 24-2-2018 12:29 PM
Ketua setiausaha kementrian slalu gred turus 3 ke paling cikai kan?? Bole la cmpor elaun dpt dkt rm3 ...

depends on Kementerian.. kementerian kecik ada yg JUSA A jer
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:07 PM | Show all posts
caprut replied at 24-2-2018 05:29 PM
Jgn trlalu lebih jgn trlalu rendah. Kang rendah sgt , dorg ckp gomen staff sengkek. Tggi sgt ckp g ...




Tapi ye laaa .. cukup lah kalau rm30k pun.. apa jer la kijer dorang ..  
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow
Patut la.ada staff gomen.suka.masuk.hai.o..
Sebab hai o ada rm50k auto pilot income
Come from mana.
Iols pon tatau...
Rendah sgt gaji datuk suriani ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah..masuk dlm 30% wanita pembuat dasar negara. tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
private cakap pong pang2 gaji besar pun tapi bukan pembuat dasar negara.

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikai2 pon jusa c atau turus3
41 44 48 52 54 jusa c jusa b jusa a, ade 8 gred. 26thn servis. Giler cepatt....dlm 3thn da naik pgkt....tp no wonder la...byk jabatan2 "terpaksa" wjujudkn gred M ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
nie mesti kabel kuat nie...cepat giler naik pangkat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 24-2-2018 10:57 PM
Cikai2 pon jusa c atau turus3
41 44 48 52 54 jusa c jusa b jusa a, ade 8 gred. 26thn servis. Giler  ...

Kene pasang airkon sis..
Tau je la dorg ni cmne. Mostly dlm jabatan majority xsuke dorg ni

Banyak spesis perosak jabatan. Kaki blocking org dalam naik pangkat
Sori to say mostly i jmpe sume eksen. Siap cakap "apahal jawatan ******* ****** ***** banyak sangat elaun!" My pengarah sound, "kalau u nak tau, u bole masuk belajar procedure dan semua silibus berlambak2 dan buat keje mcm dorg, sanggup ke tak sanggup"

Hati busuk
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
49 thn kira muda ker
Ingatkan yg mid 30s jd jusa.
Btw, pembuat dasar kerajaan ni kebykkan syok sndiri. Jns based on theory & x practical.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 04:12 PM | Show all posts
Innrukia replied at 25-2-2018 02:01 PM
49 thn kira muda ker
Ingatkan yg mid 30s jd jusa.
Btw, pembuat dasar kerajaan ni kebykkan sy ...

haha..kan..

i  pun ingat umur mid 30 tadi..

hampir 50thn..ape yg muda..
so standard pegang KSU umur berapa? 55?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.422073 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list