CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 830|Reply: 14

[Tempatan] Elaun bulanan SL1M dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,500

[Copy link]
Post time 24-2-2018 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan elaun bulanan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,500  sebelum ini.

Selain akan memberi lebih motivasi kepada pelatih, katanya beliau juga memahami keperluan mereka yang kebanyakannya  datang daripada pelbagai latar belakang kehidupan.

Menurut Najib, Ketua Sekretariat SL1M Norashikin Ismail telah berbisik kepadanya untuk mengumumkan sesuatu sebagai ‘hadiah’ kepada pelatih SL1M.

"...dan selepas melihat kisah hidup pelatih SL1M, saya umumkan elaun bulanan pelatih dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,500 sebelum ini," katanya.

Najib membuat pengumuman itu  ketika berucap merasmikan Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang hari ini.

Program selama dua hari itu menawarkan lebih 15,000 peluang pekerjaan kepada graduan dan pencari kerja.

Najib turut menyifatkan SL1M sebagai 'anak kunci' yang berfungsi membuka peluang kehidupan lebih baik kepada generasi muda melalui peluang pekerjaan yang disediakan.

Perdana menteri berkata rajin, bersemangat dan bercita-cita sahaja tidak mencukupi tanpa ‘anak kunci’ yang biasanya tersedia melalui dasar yang disediakan kerajaan.

Secara asasnya, beliau berkata setiap kejayaan sama ada oleh generasi muda atau taikun perniagaan mempunyai kaitan dengan dasar yang diperkenalkan kerajaan dalam menyediakan peluang-peluang kepada rakyat bagi memajukan kehidupan.

"Selain keinginan dan potensi besar yang dimiliki, kejayaan yang dinikmati rakyat dan negara adalah disebabkan kerajaan yang ada hari ini telah meletakkan dasar-dasar yang baik untuk kemajuan warganya," katanya.

Menjadikan manifesto pilihan raya umum lepas pada 2013 yang meletakkan penyediaan peluang pekerjaan kepada generasi muda sebagai contoh, Najib berkata ia telahpun direalisasikan melalui lebih 2.26 juta pekerjaan baharu yang diwujudkan kerajaan sejak tempoh itu sehinga kini.

Perdana menteri berkata SL1M sendiri telah memberi peluang pekerjaan kepada lebih 140,000 graduan yang mengikuti pelbagai latihan bersama industri sejak inisiatif itu diwujudkan pada 2011.

Najib turut merakamkan penghargaan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang sentiasa mendukung kerajaan dalam menerajui pelbagai inisiatif yang diwujudkan, khasnya SL1M.

“Syarikat-syarikat ini bukan sahaja telah meningkatkan kebolehpasaran graduan yang mengikuti SL1M, malah secara tidak langsung turut memperkasakan modal insan negara,” katanya.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak tu naik 33%
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
meols xrase semua company naikkan elaun kot..sebab sblm ni 1500, MAHB byr trainer 1000 jahh.. xtaw la skrg dh naik ke blum..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 08:32 PM | Show all posts
2018 adalah tahun terhebat
rasa mcm berada di utopia
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 08:54 PM | Show all posts
Thank you, bos...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:40 PM | Show all posts
sapa yang gaji kecik tu berenti pi apply jadi slim jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2018 07:32 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 24-2-2018 09:40 PM
sapa yang gaji kecik tu berenti pi apply jadi slim jah

ha ah..
aku ada kenal sorang kawan ni...ada degree tp still jd kerani dgn gaji rm1400++..

slim is better...but boleh sambung sambung ke kalau term dah habis?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 24-2-2018 08:32 PM
2018 adalah tahun terhebat
rasa mcm berada di utopia

Sekali dlm 5 tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 25-2-2018 07:32 PM
ha ah..
aku ada kenal sorang kawan ni...ada degree tp still jd kerani dgn gaji rm1400++..


depend.... klau hauk sapa pun taknak smbg
tgk kekosongan jwtn.... tp gunalah utk dpt experience dulu....  
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 25-2-2018 09:22 PM
Sekali dlm 5 tahun

org bg ambik undi blkg cite.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 09:50 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 24-2-2018 09:40 PM
sapa yang gaji kecik tu berenti pi apply jadi slim jah

dengan syarat uols..umur kena below 30. above 30 dah x boleh apply.


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 10:13 AM | Show all posts
tobobon replied at 25-2-2018 09:50 PM
dengan syarat uols..umur kena below 30. above 30 dah x boleh apply.

ooo.. macam tu pulak..
kesian la orang yang lebih 30 tapi takde kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 10:19 AM | Show all posts
dolo dolo tak SLIM ni...bagus betul kerajaan skg...UTC ada, BRIM ada, PRIMA ada...apa lagi mau??? ini semua idea BN...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde org berbisik suruh dia insaf ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 11:00 AM | Show all posts
Najib turut merakamkan penghargaan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang sentiasa mendukung kerajaan dalam menerajui pelbagai inisiatif yang diwujudkan, khasnya SL1M.

dari segi kewangan, syarikat2 swasta terpaksarela bagi....contoh kampeni aku ye, kampeni org lain aku tak tahu
setiap kontrak dgn prinsipal luar negara yg diperbaharui, diwajibkan bagi some % utk SL1M


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.597701 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list