CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1662|Reply: 4

[Dunia] Maut makan telur ikan buntal. Di Jepun, isi ikan buntal menjadi makanan eksklusi

[Copy link]
Post time 24-2-2018 06:19 PM | Show all posts |Read mode


NAKHON SI THAMMARAT: Dua nelayan dari Myanmar meninggal dunia manakala seorang lagi kini dirawat di hospital setelah makan telur ikan buntal, lapor portal berita Bangkok Post.

Dua nelayan itu, yang dikenali sebagai Shwe dan Tal, telah makan telur ikan berkenaan yang baru ditangkap di atas kapal mereka yang bernama Kra Saesin 31, kata pengemudi kapal Wirat Sriwirat kepada Ketua Polis Si CHon, Chokdee Rakwattnapong pada Jumaat.

Seorang lagi nelayan warga Myanmar, Suu Kyi, dalam keadaan sangat kritikal walaupun hanya makan telur tersebut dalam jumlah yang sedikit, tambah Wirat.
Menurutnya lagi, dia telahpun memberi amaran kepada anak-anak kapalnya agar tidak makan ikan beracun itu dan juga telurnya namun amaran itu tidak dipedulikan.

Selepas 30 minit mereka memakan telur ikan itu, Tal mula muntah-muntah, mengalami kekejangan dan terus meninggal dunia, manakala Shwe pula maut tiga jam kemudian.

Wirat segera menghubungi balai polis Si Chon menerusi komunikasi radio dan kemudian kapal mereka telah diiringi polis marin ke pantai untuk menggegaskan mangsa ke Hospital Si Chon.

Seekor ikan buntal mengandungi cukup toksin untuk membunuh 30 manusia dewasa, dan tiada sebarang antidot yang berkesan setakat ini untuk menghentikan kesannya.

Berdasarkan kajian, racun dalam ikan buntal jauh lebih berbahaya daripada sianida.

Di sesetengah negara seperti Jepun, isi ikan buntal menjadi makanan eksklusif yang sangat enak, namun memerlukan khidmat tukang masak berpengalaman dan berlesen untuk menyediakannya.

Di Jepun, jika pelanggan yang dihidangkan fugu (ikan buntal) meninggal dunia akibat toksin yang tersebar sewaktu penyediaannya, tukang masak hidangan itu berdepan hukuman berat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 06:49 PM | Show all posts
baru tahu telur ikan buntal xboleh makan.ngeri nak makan telur ikan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn x boleh makan telur buntal,cuma kna pandai buang racun nye..kat sarawak bsepah org jual telur buntal lbh2 lg area Sri Aman..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
stars83 replied at 24-2-2018 07:07 PM
Bkn x boleh makan telur buntal,cuma kna pandai buang racun nye..kat sarawak bsepah org jual telur bu ...

prnh rase x telur ni sis?? meols mmg suke makan telur ikan mcm telur ikan tenggiri, plottan*meols xtaw ikan ape tp fam meols sebut bunyi gittew... dlm hdp meols dua jenis telur ikan yg meols sllu makan, satu yg dlm kelongsong bulat-bulat byk tu, satu lg yg fav meols yg mcm mamak jual sllu tu, rsnye telur ikan tenggiri..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xreti buang racun mmg boleh mampos. Takziah sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.061627 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list