CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2493|Reply: 48

[Tempatan] Bekas tentera: Bukan Cina tak mahu, tapi proses pemilihan terlalu ketat

  [Copy link]
Post time 25-2-2018 09:44 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia (Macva) mendakwa kerajaan “terlalu memilih” dalam merekrut orang Cina yang mahu menyertai pasukan tentera dan polis.

Presiden Macva, Mejar (B) Tan Pau Son, berkata lebih 100 orang Cina mahu menyertai pasukan itu sejak 2 tahun lalu, tetapi ditolak atas alasan “mereka tidak cukup baik”.

Katanya, pegawai bukan Melayu melebihi orang Melayu dalam angkatan tentera, ketika beliau berkhidmat dengan pasukan itu pada 1960-an.

“Anda mungkin tidak tahu ahli Parlimen Umno di Parlimen mengadu mengapa orang bukan Melayu lebih ramai daripada orang Melayu dalam tentera,” katanya sambil menambah jumlah anggota bukan Melayu kemudiannya dikurangkan.

“Tetapi kemudian, orang Cina dituduh enggan menyertai perkhidmatan itu. Kenapa kurangkan jumlah mereka terlebih dahulu?” soalnya pada sidang akhbar di Kem Tentera Sungai Buloh hari ini.

Tan menjawab soalan mengapa orang Cina dan bukan Melayu tidak mahu berkhidmat untuk negara dengan menyertai pasukan keselamatan.

“Bukan sebab kami tidak mahu sertai, tetapi proses pemilihan sangat ketat terhadap orang Cina.

“Ini adalah sesuatu yang merugikan kita.”

Disember lalu, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata, pembahagian mengikut garis etnik yang jelas antara faktor orang bukan Islam mengelak menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, dasar tindakan afirmatif kerajaan pada 1980-an menyerap adalam pentadbiran tentera dengan “kata-kata pelik seperti ‘orang kita’ merayap dalam minda komander tentera”.

“Lambat tapi pasti, komander berkenaan melihat mereka di bawah jagaan mereka sebagai adik tiri atau anak tiri, tidak lagi sama seperti sebelumnya. Mereka membuatkan individu berkenaan rasa tidak penting dan tidak diingini.

“Sebaliknya, perasaan seperti ‘orang luar’ menyebabkan ramai rasa tidak disegani. Demikian bermula era individualistik serta sikap dan tingkah laku mementingkan dri sendiri dalam tentera.”

Arshad berkata, sebab lain ialah tentera lama-kelamaan semakin menumpukan agama Islam.

“Mulai penghujung 1980-an, tentera semakin bertumpukan agama dan bukan Melayu rasa lagi terenggang. Kehidupan di mes pegawai dan kehidupan askar ditentukan sensitiviti agama. Kesudahannya ia menjejaskan ‘esprit de corps’ dan kesetiakawanan dalam unit tentera pelbagai kaum.”

Sementara itu, Tan berkata, satu lagi faktor menyebabkan bukan Melayu tidak menyertai pasukan keselamatan ialah budaya buli.

Merujuk kes Pegawai Kadet, Zulfarhan Osman Zulkarnain yang didakwa dipukul sehingga maut pada Jun tahun lalu, katanya, budaya buli mungkin lebih teruk dengan adanya lebih ramai orang bukan Melayu.

“Ini perlu dihentikan. Bukan sahaja untuk Melayu, tetapi untuk semua.”

Katanya, budaya “ragging” tidak dibenarkan dalam sistem kolej tentera di United Kingdom di mana pegawai kadet akan dibuang jika didapati berbuat demikian.

Zulfarhan, anak sulung daripada 4 beradik ialah pelajar tahun ke-2 peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ( UPNM).

Beliau ditemui rakannya dengan kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap di sebuah pangsapuri di Sepang kira-kira malam 1 Jun 2017, sebelum meninggal dunia keesokannya.

Enam penuntut UPNM didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat UPNM, antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi 22 Mei 2017.

Mereka bersama 13 penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa untuk memerasnya bagi mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tenkiu Major sebab menghighlightkan kes buli Zulfarhan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 11:03 AM | Show all posts
Meols cikcur  kat IG, tak jumpa lagi IG tentera berbangsa Cina.

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 12:30 PM | Show all posts
ye ke? rasa ccina tk minat masuk tentera baik  they all jual henpon lagi masyuk
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 25-2-2018 12:30 PM
ye ke? rasa ccina tk minat masuk tentera baik  they all jual henpon lagi masyuk

Btl la tu. Sbnrnya rata2 melayu yg aku jumpa pun x minat jd tentera. Baik keje kfc, mcd
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 25-2-2018 12:30 PM
ye ke? rasa ccina tk minat masuk tentera baik  they all jual henpon lagi masyuk

sama pendapat kita...depa lbh berminat jual henpon jer pon....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2018 01:31 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 25-2-2018 03:03 AM
Meols cikcur  kat IG, tak jumpa lagi IG tentera berbangsa Cina.

ada jek sisthur.. tapi askar singapork la.. surprisingly, semua tasty-tasty belaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 25-2-2018 01:19 PM
Btl la tu. Sbnrnya rata2 melayu yg aku jumpa pun x minat jd tentera. Baik keje kfc, mcd


Keje tentera gaji besar kfc mcd gaji ciput
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 25-2-2018 01:31 PM
ada jek sisthur.. tapi askar singapork la.. surprisingly, semua tasty-tasty belaka {:s ...

Apa IG deyols ? #moodmembirah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 01:45 PM | Show all posts
dasar tindakan afirmatif kerajaan pada 1980-an menyerap adalam pentadbiran tentera dengan “kata-kata pelik seperti ‘orang kita’ merayap dalam minda komander tentera”.


zaman sapa ni... tuan tuan puan puan ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:15 PM | Show all posts
Themilo replied at 25-2-2018 01:31 PM
ada jek sisthur.. tapi askar singapork la.. surprisingly, semua tasty-tasty belaka {:s ...

singapork taknaklah. nak tgk malaysia punya. pan asian malaysia takde ke jadi askar?
ankel zainol mcwilson tu dulu pernah jadi polis ke kat uk? bukan warganegara boleh apply ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
karangan ni mcm pelik je. translate ye?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 25-2-2018 01:31 PM
ada jek sisthur.. tapi askar singapork la.. surprisingly, semua tasty-tasty belaka {:s ...

Benerrrr skli!!!!! Tasty2 sgt! Cina tanned. Lean. Aahhh!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tatu gak kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujong2 kantoi puak2 ekstremis meleis dan penonggeng ugama punca utama  non meleis semakin berkurangan dlm tentera. Tuhan maha adil sis!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 25-2-2018 01:21 PM
sama pendapat kita...depa lbh berminat jual henpon jer pon....

Meleis pon ramai jual ugama padahal diri sendiri cam setan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 25-2-2018 01:31 PM
ada jek sisthur.. tapi askar singapork la.. surprisingly, semua tasty-tasty belaka {:s ...

Khenn?? Ramai jah cina singkapork jdi askar, tpi di tanah ayer kehausan dek tindakan puak2 ekstremis meleis dan penonggeng ugama yg jadikan aktiviti tentera bersifat perkauman dan keutamaan. Akhirnya di kantoikan sendiri oleh pihak tentera.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sinalegna replied at 25-2-2018 05:24 PM
Sbb tatu gak kot

Kalau sbb tatu, ramailah bumiputera non meleis di borneo xdpt masuk sis tpi aman2 jah mereka dlm tentera.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:40 PM | Show all posts
Spesies hello kitty bila dikata tak cukup bagus terus meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 25-2-2018 05:38 PM
Kalau sbb tatu, ramailah bumiputera non meleis di borneo xdpt masuk sis tpi aman2 jah mereka dlm t ...

I mean bkn ethnic tats.. those triads one
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.131498 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list