CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 754|Reply: 6

[Tempatan] Menjelang PRU14, bantuan BR1M, mesyuarat PIBG sure ada majlis perasmian oleh wak

[Copy link]
Post time 25-2-2018 01:28 PM | Show all posts |Read mode
PM lancar BR1M hari ini

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak tiba di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan di sini, sebentar tadi untuk merasmikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kebangsaan.

Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan akan menyampaikan bantuan itu kepada kumpulan pertama penerima, pagi ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Tahun ini, kira-kira RM6.3 bilion diperuntukkan bagi pengagihan kepada kira-kira tujuh juta penerima BR1M di seluruh negara.

Penerima boleh mula menyemak akaun bank masing-masing esok dan bantuan akan diagihkan dalam tiga fasa, iaitu bulan ini, Jun serta Ogos.

Penerima berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan mendapat bantuan berjumlah RM1,200, penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 (RM900), serta penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah (RM450).

Peserta program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah turut menerima bantuan BR1M.

BR1M diperkenalkan kerajaan sejak 2012 untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah dan merapatkan jurang pendapatan di Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 07:32 PM | Show all posts
Sambil2 merasmikan sambil2 berkempen
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Termasuklah Bantuan Awal Persekolahan rm100 yang datang bagi pon ADUN kawasan......hihi...5 tahun hnya sekali nampak muka...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tol katanye nk mansuh..mcmana nti nk bayar brim??
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi pencil case kat student pon Yb nak datang
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 10:01 PM | Show all posts
estrelle replied at 25-2-2018 07:48 PM
Bagi pencil case kat student pon Yb nak datang

kat sabah
pondok jaga sekolah pun YB rasmikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2018 11:25 PM | Show all posts
guna segala peluang yang ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.302999 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list