CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2291|Reply: 15

[Tempatan] 10,000 Apam Balik Istana diberi percuma di Jalan Kebun

[Copy link]
Post time 25-2-2018 03:12 PM | Show all posts |Read mode
10,000 apam balik percuma diedarkan di Jalan Kebun
24 Februari 2018 6:21 PM


SHAH ALAM 24 Feb. - Sebanyak 10,000 keping apam balik berjaya diedarkan kepada orang ramai dalam satu program khas yang dianjurkan oleh seorang peniaga makanan itu di Jalan Kebun, di sini semalam.


SEBAHAGIAN pekerja Apam Balik Istana bertungkus-lumus menyediakan juadah itu untuk diberi secara percuma kepada orang ramai  Jalan Kebun, Shah Alam, semalam. - UTUSAN ONLINE/Abdul Razak Idris

Peniaga terbabit, Mohd. Nabil Rahizad berkata, program pemberian apam balik itu merupakan inisiatif beliau sendiri sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan pelanggan kepada peniagaannya yang dikenali sebagai Apam Balik Istana selama ini.

“Saya keluarkan kos kira-kira RM5,000 untuk menyediakan apam balik itu untuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai. Kita mula agihan itu bermula pukul 4.30 petang dan berakhir pada pukul 8 malam.

“Seramai 15 pekerja terlibat dalam menyediakan juadah ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini malam semalam.

Tambah Mohd. Nabil, antara apam balik yang disajikan oleh pihaknya meliputi perisa nestum, milo dan coklat.

Jumlah 10,000 keping apam balik itu katanya menyamai jumlah apam balik yang dijualnya di empat lokasi setiap hari iaitu di Jalan Kebun dan Seksyen 24, masing-masing di Shah Alam serta di Teluk Panglima Garang dan Kampung Batu 8 di Kuala Langat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 03:26 PM | Show all posts
semoga dimurahkan rezeki lagi,berlipat ganda
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Murah rezeki beliau. Sedap tak apam balik istana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 03:59 PM | Show all posts
apam balik ni sedap recommended, siapa dah rasa tlg bg review?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dimurahkan rezeki si owner
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 04:12 PM | Show all posts
area mana telok panglima garang tu dia jual
xperasan lak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2018 04:17 PM | Show all posts
sudah banyak  kali santap di istana
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 25-2-2018 04:17 PM
sudah banyak  kali santap di istana

ahhhhh menipu je keje ko nek kerepot.. silap2 ko beratur byk kl dkt situ nk makan percuma kheenn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
btw, byk btul selling die dlm sehari..sebab tu meols xpndg rendah penjaja2 kecik ni.. theyols byk ja untung lg2 yg jenis bukak stalls merata2 mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 04:51 PM | Show all posts
Bagus ler moga dimurahkan rezeki peniagaan pun makin maju
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak.cm.sedaps
Iols.dolu suka apam.balik di kedai apa tah kat equine tu..memula.indon buat..sedap..
Pastu boss dia buat..trus jadi xsedap sebab jagung sikit..segalanya cut..cis
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnye apam balik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 07:30 PM | Show all posts
apam balik lagi kenyang dan murah drpd lunch nasi berlauk
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 11:32 AM | Show all posts
hygine x jaga
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 01:09 PM | Show all posts
Sedap plak nampak. Dikala eat clean ni memang bende tak suka pun nampak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 04:26 PM | Show all posts
semoga perniagaan kalian semakin maju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.462944 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list