CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3545|Reply: 55

[Tempatan] Me'nate menang dua anugerah, akan buka lagi 2 cawangan

  [Copy link]
Post time 25-2-2018 03:25 PM | Show all posts |Read mode
PENJENAMAAN semula Me’nate Steak Hub sejak 2015 akhirnya membuahkan kejayaan apabila berjaya merangkul dua anugerah berprestij baru-baru ini.

Dalam tempoh tiga tahun, sejak Syarikat Palace Butcher Resources Sdn Bhd mengambi alih Me’nate Steak Hub berjaya meraih dua anugerah, iaitu ‘Malaysia International Business Awards 2017 - Excellence In Western Steak House’ anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor pada 12 Disember lalu.

Selain itu, Me’nate juga dianugerahkan sebagai ‘The Brandlaureate Best Brand In F&B - Steak House 2017-2018’, anjuran Asia Pacific Brands Foundation (APBF) pada 8 Februari lalu.

Kejayaan itu diumumkan Palace Butcher dalam satu majlis khas bersama media, di salah satu cawangannya di Setapak pada Rabu.

Bagi Pengarah Urusan Palace Butcher, Syed Ashraff Syed Ali, anugerah yang diterima merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada Me’nate Steak Hub sebagai sebuah restoran stik dan makanan barat yang berkualiti di Lembah Klang.

“Anugerah yang diterima itu berjaya membuktikan penjenamaan semula restoran ini daripada sebuah restoran sederhana di Ampang, kepada pertambahan tiga lagi rangkaian baru Me’nate Steak Hub di Lembah Klang dan Selangor.

“Banyak perubahan besar yang dilakukan bagi mempertingkatkan imej Me’nate termasuk rekaan dalaman restoran, peralatan memasak moden dan paling utama pemilihan daging segar berkualiti serta bahan mentah segar yang dipilih khas,” katanya.  

Tidak lokek berkongsi rahsia kejayaan Me’nate, Syed Ashraff menjelaskan ia terletak pada kualiti daging yang dihidangkan kepada pelanggan.

Beliau berkata, setelah mengambil alih operasi Me’nate juga, Palace Butcher mewujudkan pusat pemotongan dan penyimpanan daging (central butchery) sendiri sebagai usaha menjaga kualiti dan dalam masa sama membekalkan daging ke semua rangkaian restoran.

“Di Me’nate kami mempunyai chef-chef berpengalaman untuk menyediakan menu dan masakan terbaik untuk pelanggan.

“Antara hidangan popular di Me’nate ialah stik wagyu, angus ribeye, lamb rack, pasta, spageti, T-bone wagyu dan spageti bebola daging.

“Selain itu, Me’nate juga menyediakan menu ikan, udang kara, ayam dan pelbagai makanan ringan lain pada harga berpatutan,” katanya.

Sehingga kini, terdapat empat rangkaian Me’nate Steak Hub yang terletak di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.

Syed Ashraff menjangkakan Me’nate akan berkembang dengan adanya strategi bersama agensi kerajaan dalam membuka peluang kepada usahawan berminat untuk mengurus dan mengendali rangkaian baru kelak.

“Kita merancang akan membuka sekurang-kurangnya dua lagi rangkaian Me’nate dalam tempoh tiga tahun lagi. Buat masa ini kita fokus untuk mengukuhkan kedudukan di pasaran tempatan dahulu,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 03:57 PM | Show all posts
menate jgn ckp kuat2 nanti kena free makian carut
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 25-2-2018 07:57 AM
menate jgn ckp kuat2 nanti kena free makian carut

mana dah heshe? senyap mcm tu jah selepas feeling jadi barua.. ehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpernah mkn kt sini....sedap sgt ke? Harga berbaloi x?padahal dkt je dgn rumah x smpi 10min pn
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada satu kat wangsa maju tapi dah tutup
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap terus bertahanla jika bg peluang kt usahawan lain uruskan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2018 04:20 PM | Show all posts
samasam90 replied at 25-2-2018 03:59 PM
mana dah heshe? senyap mcm tu jah selepas feeling jadi barua.. ehhhh

tengah makan menate
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap tak sis? Ke overrated jah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 25-2-2018 04:00 PM
Xpernah mkn kt sini....sedap sgt ke? Harga berbaloi x?padahal dkt je dgn rumah x smpi 10min pn

@munchkin selalu mkn kat sini.....

Ok ke munchkin....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cc: Azwan Ali

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 25-2-2018 03:59 PM
mana dah heshe? senyap mcm tu jah selepas feeling jadi barua.. ehhhh

heols bkn sibuk dgn politik ke..siap ad mission nk jatuhkan azmin ali dg bhn bukti berenvelopekan urusan seri paduka bagibda yach!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
RED 666 replied at 25-2-2018 04:02 PM
Dulu ada satu kat wangsa maju tapi dah tutup

mgkn nk tumpukan dkt kedai yg tepi setapak central tu kot..dkt situ pon ad satu kan... ye la, wangsa maju pon dekat je dr situ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih owner yg sama ke?
yg penah keje kat buckingham palace
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 25-2-2018 04:00 PM
Xpernah mkn kt sini....sedap sgt ke? Harga berbaloi x?padahal dkt je dgn rumah x smpi 10min pn

Sedap. Suka ribs kat sini dari tony romas
nk kata murah sgt tu tak da la
depends jenis beef yg kita order
pegi kat chiller & pilih daging
kat setiap daging dah ada tanda harga
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mkn kat  ampang..daging ikut marbling..lembut juicy harga pun ok murah br banding kat restoran ned
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang tobi kata rakyat nipu dok merungut harga barang mahal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap..environment pun ok.
Pergi haritu masa berbuka puasa.

Next time i nak try wagyu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah cuba..boleh la msk list utk
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 06:01 PM | Show all posts
aechae replied at 25-2-2018 04:00 PM
Xpernah mkn kt sini....sedap sgt ke? Harga berbaloi x?padahal dkt je dgn rumah x smpi 10min pn

kalu x silap changa penah bg positive review..sedap lah tu kot. kalu xsedap for sure di hanjing kan aje oleh ponen tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah masuk dan pernah tengok daging yang boleh kita pilih untuk di masak.

Pilih pilih belek belek sambil tengok rega congak congak ..tak jadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.097692 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list