View: 10863|Reply: 162
|
[Politik]
Robert Kuok berjaya sebab dasar kerajaan
[Copy link]
|
|
Edited by pokaibanktokyo at 26-2-2018 08:32 AM
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Tan Sri Robert Kuok tidak akan menjadi individu terkaya di Malaysia tanpa bantuan daripada kerajaan walaupun beliau mempunyai hak peribadi dan rajin bekerja, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata, Kuok mendapat peluang dan ruang yang luas untuk memonopoli perniagaan beras dan gula pada suatu ketika dahulu hasil daripada pimpinan kerajaan yang wujud sehingga hari ini.
Malah, katanya, walaupun rajin, berdisiplin dan tekun bekerja, bantuan kerajaan tetap menjadi anak kunci yang membuka peluang kepada kejayaan tersebut.
“Kita tengok nama-nama orang yang terkaya di Malaysia. Mungkin kita boleh sebut Tan Sri Robert Kuok. Siapa yang bagi anak kunci? Dia mendapat monopoli beras dan gula seketika dahulu yang diberikan kerajaan pimpinan hari ini.
“Ya dia ada hak. Ya, dia rajin, dia tekun dan dia ber-disiplin, tetapi kalau itu sahaja tuan-tuan dan puan-puan, tidak cukup. Mana-mana individu memerlukan anak kunci dan anak kunci itulah yang kita harap melalui dasar-dasar kerajaan untuk membuka pe-luang dan ruang mereka untuk lebih maju,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis perasmian program Temu Duga Terbuka SL1M 2018 Pe-ringkat Zon Tengah di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini, hari ini.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dah-lan; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Richard Riot serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Baru-baru ini, penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin dalam portalnya, www.malaysia-today.net mendakwa Kuok mempunyai agenda untuk menggantikan pemerintahan kerajaan sedia ada dengan DAP bagi memboleh-kan kaum Cina menjadi pemerintah di negara ini.
Raja Petra mendakwa, bagi merealisasikan impian tersebut, Kuok dikatakan amat menginginkan gelombang pe-rubahan dalam kalangan orang Melayu.
Dakwa Raja Petra lagi, apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada 1970, Kuok dikatakan secara terbuka menyatakan pendiriannya iaitu tidak menyukai langkah tersebut kepada pemimpin UMNO seperti yang dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris di Singapura, The Straits Times pada 4 Disember 2017.
Najib menambah, sesuatu kejayaan akan dicapai oleh individu apabila mendapat anak kunci yang membuka pintu kepada kehidupannya.
“Mengikut pengalaman saya, dalam kehidupan seseorang manusia, sama ada dia seorang yang serba sederhana mahupun tersenarai dalam orang terkaya di Malaysia, apa persamaannya? Terma-suk juga kepada orang politik, apa persamaannya? Persamaannya adalah mendapat anak kunci atau bantuan,” ujarnya.
Katanya, anak kunci itulah yang dianggap akan membuka peluang kepada generasi muda seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang diper-kenalkan sejak 2011.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 15921#ixzz587BMBuNR
© Utusan Melayu (M) Bhd
PS .Warganegara paling kaya sekarang ialah Safie Jaffri. Malah hampir semua rakyat malaysia paling kaya adalah orang melayu . [/COLOR] i
|
|
|
|
|
|
|
|
Gomen bagi dia macam2 lesen etc lebih dari apa yg dia sumbangkan kepada negara, nak apa lagi, semua yg dibagi berkaitan dengan barang2 kawalan...... ,sama jerrr macam apa yg dibagi Suharto kepada tycoon cina Indon Salim Group & yg lain2 tuuu......
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dcruins at 25-2-2018 07:34 PM
kalau versi kat Filipina, owner Malls & property2 besar macam SM tuuuu, cina gak nama Henry Sy, kroni dari era Marcos etc lagi,kira tabung derma untuk politician Filipina laa kata kannnn ....
|
|
|
|
|
|
|
|
dcruins replied at 25-2-2018 07:17 PM
Gomen bagi dia macam2 lesen etc lebih dari apa yg dia sumbangkan kepada negara, nak apa lagi, semua ...
So, selama ni kerajaan BN bagi tongkat sakti kepada Non bumi. No wonder richest list semua penuh Non bumi. Segala mak nenek konsesi dibagi. Sapa2 pun boleh kaya mcm tu.
Tapi kenapa sabsidi untuk bumi yg ciput tu yg uditonjol-tonjol selama ini? |
|
|
|
|
|
|
|
dibagi tongkat yg berkali ganda lebih dari apa yg dia sumbangkan,apa lagi dia nak main tikam belakang macam tak cukup jerrr apa yg dia dapat balik, benda lebih kurang sama berlaku sekitar jiran2 ASEAN kiterrr....
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu robert kuok bantu kerajaan ,najib tak belajar sejarah |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg dia bantu tuuu dibayar puluh kali ganda lebih oleh gomen puluhan tahun, tak cukup lagi ke sampai nak main tikam2 belakang pulak......
|
|
|
|
|
|
|
|
Robert Kuok founded the Kuok Group as a commodities trader in 1949. Today it owns the luxury Shangri-La hotel chain, whose Asia division is headed by one of his sons. Another son leads Asia's largest operator of offshore oil-and-gas exploration vessels, PACC Offshore Services Holdings
|
|
|
|
|
|
|
|
Robert Kuok mula bisnes 1949 di Malaya
|
|
|
|
|
|
|
|
mula 1949, dah billionaire atau kaya luarbiasa ke dia masa tu??? c'mon laaaaa.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum merdeka, penjajah yg kasi jalan. Penjajah tak kasi kat local bumi, nnti Dorang melawan. |
|
|
|
|
|
|
|
Robert Kuok buat malu billionaire Asia jerrr, masa dah kaya gilerrrrr pun sanggup nak JV business property dengan keluarga Raja Dadah terkenal Asia dari daerah Kokang, Myanmar, macam orang dah tak derrr akal, banyak lagi cara nak jadi lebih kaya, jalan ni gakkk dia pilih......
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada netizen Hong Kong hari tu post kat FB SCMP tanya, Kenapa dia tak citerrr dalam memoir dia tentang JV dia dengan keluarga raja dadah Myanmar tu?? siap register business JV tu kat Singapura lagi...... billionaire low class buat malu Asia jerrr.
|
|
|
|
|
|
|
|
Usahawan Cina, dibantu gomen - kaya raya,
Usahawan Melayu,dibantu gomen- kayap rayap ... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi respect dengan Li Ka Shing kat Hong Kong tuuuu yg bermula dengan kerja 22 jam kat kilang plastic sampai jadi property magnet......
|
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 25-2-2018 10:16 PM
Usahawan Cina, dibantu gomen - kaya raya,
Usahawan Melayu,dibantu gomen- kayap rayap ...
Yg kroni dibantu semua kaya. Tak kira bangsa. Racist ke dek?
Kalau dah segala tongkat dan polisi dibagi kepada tokey cina, mana tak kayanya. Tapi melayu merhain loan tekun, mara, brim yg ditonjolkan pemakan sabsidi
|
|
|
|
|
|
|
|
wajevo replied at 25-2-2018 10:21 PM
Yg kroni dibantu semua kaya. Tak kira bangsa. Racist ke dek?
Kalau dah segala tongkat dan polis ...
Kan banyak kroni melayu yg lingkop, kroni cina mostly successful, bermakna cina berjaya sebab kebijakan mereka juga ... nampak beza? |
|
|
|
|
|
|
|
Robert kuok feeling2 Warren Buffet, tup tup tup ada tongkat gomen Malaysia yg jadikan dia kaya luarbiasa puluhan tahun, bila dah kaya pura2 lupa, perasan macam Warren Buffett yg tak derrr tongkat......
|
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 25-2-2018 10:27 PM
Kan banyak kroni melayu yg lingkop, kroni cina mostly successful, bermakna cina berjaya sebab kebi ...
Kroni melayu yg betol2 kroni tak lingkop lah. Moktar kari, mokzani, Mirzani, mikriz tu elok aje kaya raya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|