CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2624|Reply: 56

[Tempatan] Bn selangor nak bagi rumah free jika menang

  [Copy link]
Post time 25-2-2018 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
February 25, 2018
Jamal: BN Selangor janji rumah percuma untuk pasangan muda, gaji rendah
Khairil Ashraf
ShareTweetPinMail
jamal
Jamal Yunos berkata, rumah percuma itu juga akan disediakan kepada golongan berpendapatan rendah.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Yunos mendakwa pengerusi BN Selangor berjanji akan memberi rumah percuma kepada pasangan muda baru berkahwin, jika parti itu menang di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau sudah membincangkan perkara itu dengan Tan Sri Noh Omar yang mengetuai BN Selangor.

“Yang belum ada rumah, yang mempunyai pendapatan RM2,500 ke bawah, kita bagi percuma.

“Janji pastikan balik mengundi BN, pastikan BN menang dan merampas Selangor daripada kerajaan yang tiada harapan masa depan ini,” katanya berucap di depan kira-kira 300 hadirin pada Majlis Ramah Mesra bersama pengundi luar Parlimen Sungai Besar di restoran miliknya, lewat malam Jumaat.


Beliau menjawab soalan seorang pengundi luar kawasan itu yang ingin tahu kemudahan disediakan kepada anak Selangor untuk membeli rumah.

Pada Julai 2013, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu, Datuk Seri Abdul Rahman mengumumkan pelaksanaan Projek Perumahan Transit untuk meringankan beban pasangan muda baru berkahwin dengan memperuntukkan 10% Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa golongan itu pada harga RM124 sebulan selama 2 tahun.

Katanya, sebagai permulaan, tumpuan pembinaan akan dilaksanakan di bandar besar seperti Kuala Lumpur sebelum diperluaskan ke bandar lain.

Pada 18 Februari lalu, Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Satim Diman dilaporkan berkata caj 20 sen untuk beg plastik akan dihapuskan jika BN menang di Selangor pada PRU14.

Jamal berkata, rumah percuma turut akan disediakan kepada rakyat berpendapatan rendah.

“Yang lepas kahwin, tidak mempunyai rumah dan pendapatan terhad mungkin RM2,500, RM3,500 atau mengikut prasyarat daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kita bagi percuma kepada rakyat, apa masalahnya?

“Kerana Selangor ini negeri terkaya dan termaju,” katanya sambil menambah kemungkinan pemberian rumah percuma itu akan dimasukkan dalam manifesto BN Selangor.

Beliau berkata, Noh yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, berhasrat membina lebih banyak rumah di Selangor.

“Tetapi, ia tidak dapat didirikan kerana kerajaan Selangor tidak memberi kelulusan. Tanah dah ada, semua dah ada,” dakwanya.

Rumah percuma pulakkkkk..cer tanye noh omar tu..dia da tunaikan ke pembinaan rumah prima sebyk 1juta yg dijanji pru lepas? ni nak buat janji lg...bg free pulak tu?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Percuma? Mabuk ketum ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
meols prcy jaaa itu hny imaginasi jamal pak tongkol sesambil heols bygkan tekjul.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat org gaji kecil ni vodoh agak nye. Nanti dah menang byk la ko punya syarat itu ini. Last2 yg nak bg free tu pun kelaut dalam.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kelako haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_bratz replied at 25-2-2018 08:14 PM
Dia ingat org gaji kecil ni vodoh agak nye. Nanti dah menang byk la ko punya syarat itu ini. Last2 y ...

yg dpt kena isi borang umno la tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2018 08:41 PM | Show all posts
mana ada percuma. tapi kalau diskaun gila2 mcm banglo guan eng mungkin boleh. dgn syarat kena bagi habuan mcm isu guan eng vs taman manggis pulau pinang   
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 08:48 PM | Show all posts
Banyak sangat makan bijiran Quinoa, inilah kesannya - suka berjanji
yang bukan-bukan...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
gigih la..dorang ingat kita ni bodoh masih duduk dalam gua ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Choiii ja..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 09:27 PM | Show all posts
Lagi batak dari DATUK DOKTOR Boy Iman
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk kronik2 ja kot...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rsnya orang selangor tak mudah makan janji kosong....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata Jamal Jamban laksanakan di Johor dulu negeri BN tu baru la jd contoh utk org yakin
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ari tu isu plastik beg rm0.20..la ni smpai nk bg umah free pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
multinicky replied at 25-2-2018 07:58 PM
meols prcy jaaa itu hny imaginasi jamal pak tongkol sesambil heols bygkan tekjul.

Hammboi komen... tapi ini memang janji yang tidak realistik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-2-2018 10:16 PM
Hammboi komen... tapi ini memang janji yang tidak realistik...

meols klu blh nk gelak guling2 mcm ni depan jamal jamban lps die buat kenyataan bimbo mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 10:37 PM | Show all posts
skali jamal lembu aka jamban

standard spm lulus cukup2 mkn

ni sembang bkn main kencang

dia punye imagine nak buat umah

mcm ala2 nak bikin reban ayam
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jamal2
Lagikan rumah mampu milik x dpt nk penuhi
Ini nk bg free????
Duk lama sgt dlm jamban sampai bengap ke
Jamal Jamban oii.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti rumah halimunan yg dia nak bagi free tu. projek join venture dgn boy reman pagar istana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.096539 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list