CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ultra78

[Tempatan] Lobai berkopiah pervert raba peha amoi gebu dalam LRT

  [Copy link]
Post time 4-3-2018 08:25 PM | Show all posts
makin melampau nampaknya cina dari parti DAP menabur fitnah @dodolgemok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2018 08:37 PM | Show all posts
PETALING JAYA: Video seorang lelaki warga emas yang didakwa meraba paha seorang penumpang wanita di dalam transit aliran ringan (LRT) tular di media sosial baru-baru ini sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

Lelaki itu yang kononnya meraba paha seorang wanita yang duduk di sebelahnya dan sedang tidur, dirakamkan seorang penumpang lain yang duduk bertentangan.

Pelbagai kecaman dan hinaan ditujukan netizen kepada warga emas itu, termasuklah yang mengaitkannya dengan isu perkauman.

Namun seorang pemuda yang mendakwa dirinya turut berada di tempat kejadian tampil menafikan lelaki warga emas itu meraba wanita tersebut.


Karl Jeffrey Ramesh, 24, berkata, ketika kejadian dia menaiki LRT dalam perjalanan dari KL Sentral ke USJ, Subang Jaya, baru-baru ini.

Dia menjelaskan berada di dalam gerabak yang sama ketika kejadian tetapi berdiri di ruang hadapan pintu, bersebelahan dengan tempat duduk perakam dan warga emas itu.

“Saya nampak dengan mata saya sendiri, pakcik tu tak meraba tapi dia hanya menarik kain jubahnya yang tertindih di bawah paha perempuan itu.

“Pakcik tu tarik secara perlahan-lahan sebab tak mahu kejutkan perempuan tu yang tengah tidur. Netizen kena tengok video tu betul-betul, jangan buat tuduhan sehingga memfitnah,” katanya kepada mStar Online.

Ramesh yang berasal dari Klang berkata, dia tampil membuat penafian kerana berang dengan kecaman netizen terhadap warga emas berkenaan, yang masih berterusan sehingga kini.

Menyifatkan lelaki tersebut sebagai ‘mangsa’, Ramesh meminta supaya netizen menghentikan fitnah dan tidak lagi menyebarkan video tersebut.

“Anda tidak berada di tempat kejadian dan anda tidak tahu hal sebenar, jangan fitnah dan tuduh macam-macam sehingga menyentuh isu perkauman.

“Bayangkan ahli keluarga atau saudara anda berada dalam situasi pakcik tu yang tak bersalah, apa yang anda rasa kalau video tu tular? Mesti sakit hati kan,” katanya.

Ramesh turut menafikan dakwaan dia dibayar untuk memberi sokongan kepada lelaki tersebut sambil menegaskan dirinya sebagai saksi kejadian.

“Saya hanya memperjuangkan nasib pakcik tu yang lemah dan ketika ini tidak bersuara untuk mempertahankan dirinya,” katanya.

Ramesh turut mempersoalkan tindakan perakam itu yang hanya merakam dan memuat naik video tersebut di laman sosial sehingga tular.

“Kenapa si perakam tidak tegur pakcik tu kalau betul dia meraba? Kenapa dibiarkan saja? Rakaman dibuat untuk dijadikan bukti dan buat laporan kejadian kepada pihak berkuasa, bukannya terus memalukan orang.

“Saya minta si perakam supaya tampil membuat kenyataan dan permohonan maaf di atas tuduhan tersebut,” katanya dengan nada kesal.

http://www.mstar.com.my/berita/b ... awab-isu-raba-paha/
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 08:38 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 4-3-2018 08:08 PM
Yg soalan ko kena tanya, why the perakam tak bertindak tegur pakcik tu? kenapa nak rakam pastu vir ...

Yes itu pun betul juga. Sebelum nak viralkan kena siasat dahulu. Orang yg merakam (pada pandangannya) nampak pak cik ni seperti cubaan meraba. If so dia kena tegur pak cik tu dahulu. Kalau pak cik tu cakap "Jubah pak cik terselit bawah bontot amoi ni nak... macam mana pak cik nak tarik jubah pak cik" then all the misunderstanding would have been cleared. Tak kan menjadi isu pun. But what to do zaman sekarang you can make anything viral easily and almost everyone have access to internet. Sekejap sahaja boleh jadi isu negara.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa pakcik ni viral aku malas nak amek port tgk video bukti tu.. Ala.. kan dah rugi.  Berdasarkan gambar amoi tu tido dgn rambut mcm tu seram cam cik ponti rebonding.
Kesian pakcik.. dpt pahala free dari netizen.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 09:13 PM | Show all posts
kesian pacik jadik mangsa..amoi x tau apa tu plak free2 kena panggil bitch..ni semua sebab babi asa mpete kemaruk viral sekor nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik sebelum hentam aku tengok video tu berkali kali nampak bukan nak meraba, kalau tak merangkak jua di akhirat kelak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2018 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Video yg viral tu langsung x nmpak bukti meraba. Yg ada caption n spekulasi saja. Sbb tu perakam x cakap pape hanya rakam x sound pakcik tu. Takde bukti walau pun rakam. Hanya tgk mimik muka saja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 12:36 AM | Show all posts
aku pun xtau nak cakap siapa btol siapa salah, tp dgn perkembangan terkini ada penafian si Ramesh diharap si celaka batak viral yg mula2 rakam dan sebarkan dpt buat clarifikasi insiden sebenar adakah btol dia rakam sbg bukti pakcik tu meraba, atau niat si celaka tu merakam untuk viralkan agar dia dpt manfaat, contohnya nk viralkan page fb dia agar dpt juAL produk online, mungkin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2018 12:42 AM | Show all posts
axl_bach replied at 5-3-2018 12:36 AM
aku pun xtau nak cakap siapa btol siapa salah, tp dgn perkembangan terkini ada penafian si Ramesh di ...

Mungkin jugak bro. Skg banyak trend men"viral"kan kebodohan utk melariskan prodak..............
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 12:53 AM | Show all posts
highcastle replied at 5-3-2018 12:42 AM
Mungkin jugak bro. Skg banyak trend men"viral"kan kebodohan utk melariskan prodak..............:lo ...

Aku try cari page si Asa Mpete dah xder plak.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 01:00 AM | Show all posts

Untuk menggelakkan fitnah ada eloknya pakcik pakcik tidak duduk bersebelah dgn kaum perempuan. Kalau jubah terhimpit elok lah buat buat batuk kuat lepas tu minta maaf dan ckp nak tarik jubah. Tak pun berdiri jer ..kain tersepit tu akan terlepas.

Zaman viral ni lah yang kita perlu berhati hati. Orang ckp ..ckp malam padang pandang ckp siang hati hati. :-)
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 01:18 AM | Show all posts
zaman skrg fitnah viral lebih menakutkan...  
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 01:23 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 09:14 AM | Show all posts
DARSITA replied at 5-3-2018 01:00 AM
Untuk menggelakkan fitnah ada eloknya pakcik pakcik tidak duduk bersebelah dgn kaum perempuan. Kal ...

kalo amoi tu himpit kain jubah pakcik tu sah2 la pacik tu yg duduk dulu kak. pehal lak dia nak kena bangun bila amoi sengal tu dok sblh dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 09:31 AM | Show all posts
Update untuk kisah pak cik ini. Sila ke thread bawah ye...

Pakcik Tu Tak Raba, Saya Tak Dibayar

https://bm.cari.com.my/forum.php ... p;extra=&page=1
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 10:00 AM | Show all posts
kucen_miang replied at 4-3-2018 05:14 PM
kalo amoi tu himpit kain jubah pakcik tu sah2 la pacik tu yg duduk dulu kak. pehal lak dia nak ken ...


maksud akak bila pakcik tu bangun berdiri (barang 3 second) baju yang ditindih tu akan tertarik keluar. Pastu duduk lah balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2018 10:04 AM | Show all posts
DARSITA replied at 5-3-2018 10:00 AM
maksud akak bila pakcik tu bangun berdiri (barang 3 second) baju yang ditindih tu akan tertarik  ...

barangkali hati pacik tu terlalu lembut sampaikan tak sanggup mengejutkan amoi yg lena tido..for me lembut tu tak bertempat
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 11:03 AM | Show all posts
pumpkingirl replied at 26-2-2018 02:11 PM
Tangan dia kuis2 sikit2 mcm kucing nk curi makanan pulak kan..sbb tu gaknya ada pepatah alim2 kuci ...

ha ha, dia mcm nak try. sekali...tren bunyi...dah sampai stesen, org nak kuar.
terus aktiviti tu terhenti.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 11:05 AM | Show all posts
kucen_miang replied at 5-3-2018 10:04 AM
barangkali hati pacik tu terlalu lembut sampaikan tak sanggup mengejutkan amoi yg lena tido..for m ...

jgn nak mengada2. masa bilanya amoi tu terlentok kat pakcik tu.
aku tengok mmg le dia tido, tapi tak le sampai terkena pakcik sebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 11:08 AM | Show all posts
DARSITA replied at 5-3-2018 01:00 AM
Untuk menggelakkan fitnah ada eloknya pakcik pakcik tidak duduk bersebelah dgn kaum perempuan. Kal ...

kalau batuk kuat, mesti org sebelah tersedar kan?
"sori ya, saya punya baju...."

amoi: "haiya..soli ma"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.098323 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list