CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1657|Reply: 3

[Tempatan] Quinoa jenama Quib kini jadi perhatian ramai, 25kg cuma RM1,250

[Copy link]
Post time 25-2-2018 11:11 PM | Show all posts |Read mode
Kerana quinoa bisnes anak Najib diperhatikan
Hari ini, 8:21 pm



Tiba-tiba sejenis makanan yang diusahakan sejak ribuan tahun dulu - quinoa - popular di kalangan masyarakat. Ia disebut pada majlis dihadiri Datuk Seri Najib Razak di Bangi pada 22 Feb lalu.

Ia mudah menarik perhatian ramai kerana ia dibangkitkan secara spontan oleh perdana menteri ketika sesetengah anggota masyarakat mengeluh akibat kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Tempias daripada polemik mengenai bijirin quinoa itu kemudian terkena kepada anak lelaki Najib, Norashman, ekoran salah satu hantarannya dalam Instagram.

Melalui gambar itu anak Najib terbabit mempromosikan produk quinoa yang dipasarkan di bawah jenama Quib.

Sekeping imej Norasham yang dimuat naik pada 2014 menunjukkan dia bergambar di depan stok quinoa, diiringi dengan kapsyen: "Amat gembira quinoa jenama kami akhirnya berada di rak (dapat dijual). Dapatkan quinoa terbaik sekarang di Grocer Village yang berdekatan."

Ia kemudian mengundang spekulasi bahawa Norashman terlibat dalam perniagaan quinoa.





Semakan maklumat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Norashman adalah pengarah bagi Rasa Food Asia Sdn Bhd iaitu syarikat yang mengedarkan quinoa jenama Quib.

Dua lagi pengarah syarikat itu ialah Kaveh Wong Tz Toe dan Mohd Fadli Abdul Farish.

Bagaimanapun Norashman bukan salah seorang pemegang saham syarikat berkenaan. Dua per tiga syarikat itu dikuasai Mohd Fadli manakala selebihnya oleh Wong.

Melalui laman sesawang Quib, qunioa organik mereka dijual pada harga RM29.50 untuk paket 400g, manakala bungkusan seberat 25kg dijual pada harga RM1,250.

Baca Walau makan quinoa PM sentiasa utamakan rakyat

Pada Khamis lalu Najib memberitahu beliau menggantikan beras dengan quinoa sebagai dietnya untuk menjaga kesihatan.

Kata perdana menteri quinoa itu diperkenalkan oleh anak lelaki beliau.

Sehari kemudian Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan untuk menegaskan Najib diet diambil perdana menteri itu tidak bergantung kepada quinoa semata-mata.

Malah kata PMO diet berkenaan disarankan oleh doktor, selain Najib giat melakukan senaman untuk menjaga kesihatan.

Kenyataan dibuat Najib itu segera mengundang reaksi daripada pemimpin pembangkang. Antaranya ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2018 12:07 AM | Show all posts
lebih baik makan quinoa dari minum air kencing unta   celup pulak dengan buah tamar...perghhhhh




Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 02:20 PM | Show all posts
OAT lebih baik untuk kesihatan  dan 90% lebih murah daripada Quineo.
Kenapa Najib tak mahu makan OAT .......................??????
Aku makan oat setiap hari, tak perlu amik ubah untuk turunkan klotrol.
Quineo ini termasuk dalam kumpulan 'BAYAM'.
Orang kaya macam Najib anak beranak je mampu.
Makan Quineo, tapi badan FLOM tetap kembang macma badak......


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 11:13 AM | Show all posts
maka mendunialah jualannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.072832 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list