CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4167|Reply: 3

Ngeri! Mata Tercucuk Pensel. Sikit Lagi Nak Kena Otak..

[Copy link]
Post time 26-2-2018 10:17 AM | Show all posts |Read mode




Bahaya ada di mana-mana. Lagi-lagi yang ada anak kecil, mereka tidak tahu benda apa yang berbahaya dan tidak berbahaya. Bagi mereka semua benda hendak dicapai, dipegang dan dijadikan ia sebagai mainan. Sebab itu, ibu bapa dan penjaga perlu memastikan keadaan dalam rumah dan keadaan sekeliling selamat untuk anak-anak sebelum membiarkan mereka bermain serta peka dengan bahaya yang akan berlaku.

Perkongsian daripada Public Health Malaysia di laman facebook benar-benar membuatkan hati ibu bapa risau untuk membenarkan anak-anak bermain dengan benda-benda tajam walaupun hanya sebatang pensel.


Walaupun pensel digunakan oleh kanak-kanak untuk mewarna dan mengasah kemahiran menulis mereka, namun ia tetap berbahaya jika tidak digunakan dengan betul dan boleh mencucuk anggota badan.




Inilah wajah ceria kanak-kanak yang matanya tercucuk pensel itu. Nampak seperti tidak berlaku apa-apa tetapi jika diperhatikan betul-betul, mata sebelah kanan kanak kanak-kanak yang tercucuk pensel itu kelihatan sepet sedikit.  




Ramai netizen yang bergelar ibu bapa mula risau untuk memberikan anak-anak mereka memegang pensel kerana risau tercucuk mata seperti kanak-kanak tersebut. Mereka masing-masing berpesan agar mengawal anak-anak ketika sedang menggunakan pensel.









Ada juga netizen yang sudah takut untuk memberikan pensel untuk anak-anak menulis. Sebenarnya tidak salah untuk menggunakan pensel bagi melatih anak-anak menulis tetapi pastikan pensel itu digunakan untuk menulis dan bukannya di bawa ke mana-mana dan dijadikan permainan yang boleh membawa bahaya. Maklumlah, malang tidak berbau. Lebih baik berjaga-jaga sebelum terkena.





Bukan setakat pensel sahaja, benda-benda yang kelihatan seperti tajam yang boleh mencucuk bahagian anggota anak-anak kita perlu pastikan ia selamat digunakan. Barang mainan juga ada yang berbahaya. Sebagai ibu bapa dan penjaga, perlu lebih peka dan tingkatkan aspek keselamatan anak-anak. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2018 10:42 AM | Show all posts
okay aku suka bagi budak kecik main pensel kena tengok ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 05:55 PM | Show all posts
biozipstar replied at 26-2-2018 10:42 AM
okay aku suka bagi budak kecik main pensel kena tengok ni

Pegang pensil tak aper kak...  yang bahaya tuh bila berjalan or berlari sambil pegang pensil.. kene ajar anak2x sebelum p memaner setelah aktiviti menulis ke mewarna ke, letak dulu pensil di atas meja or tempatnya dengan keadaan bahagian tajam tuh ke menghala ke bawah... perlu diajar supaya terbiasa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 06:16 PM | Show all posts
ngeriiiiii nya wei....nyesal aku tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040576 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list