CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7841|Reply: 19

Nak Percutian Percuma? Jom Kutip Buah Di Australia!

[Copy link]
Post time 26-2-2018 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Bagi yang ingin mencari duit lebih dan tak kisah 'mengotorkan tangan' atau bermandi peluh (pada musim panas), jomlah mengutip buah di Australia!


Anda boleh memohon visa selama 88 hari untuk tujuan itu dan bekerja di ladang buah-buahan atau sayur-sayuran pilihan anda. Ada laman sesawang yang khusus mencari pekerja, jadi anda hanya perlu menyediakan tiket kapal terbang untuk ke sana. Ayuh!


Memetik Australia Backpackers Guide, Atherton Tablelands, Queensland berdekatan Cairns menawarkan pelbagai pekerjaan di ladang. Boleh petik avokado, mangga, beragam jenis limau atau oren, pisang serta memotong tebu. Dikatakan tempat paling indah untuk bekerja, ia menjadi tumpuan semasa musim panas di antara Disember dan Mac.




Australia antara penghasil oren terbaik di dunia.
Foto: TheLittleBackpacker









Di sekitar bandar Mildura, Victoria pula terdapat ladang pelbagai jenis buah-buahan sitrus, anggur dan sayur-sayuran. Sepanjang tahun, ia menjadi tumpuan pemetik sambilan kerana ia juga menyediakan hostel untuk pengembara beg galas (backpacker). Selain itu, hostel berkenaan juga menawarkan pakej lengkap serta pengangkutan untuk ke ladang di sekitar kawasan terbabit.


Manakala, Stanthorpe terletak di selatan Queensland dan terkenal dengan ladang epalnya. Musim memetik epal pula adalah dari Februari hingga Jun. Dengan 30 jenis epal di kawasan itu, kerja memetik epal memang tidak pernah reda. Cumanya, anda perlu memanjat tangga untuk mencapai buah epal yang tinggi-tinggi. Sanggup tak?




Seronoknya panjat pokok epal dan pilih buah yang ranum, kan?
Foto: busy








Margaret River, Western Australia memiliki lebih 130 ladang anggur. Inilah destinasi pengutip anggur dari seluruh dunia! Pemandangan di sini sangat indah dan memang berbaloi bekerja sambil menikmati alam semula jadi. Anda boleh pilih untuk bekerja pada bulan Jun hingga September (memangkas pokok) atau Februari hingga April (memetik buah).




Impian sesetengah orang... nak petik anggur. Sekarang, boleh!
Foto: crushed&stirred








Bowen, Queensland terletak ke utara Whitsundays. Bandar Bowen agak aman sehinggalah tiba musim memetik buah-buahan dan sayur-sayuran pada bulan Mei. Mangga, zukini, tomato, jagung dan cili benggala ditanam dengan banyaknya. Boleh dikatakan, anda pasti akan mendapat pekerjaan tanpa mengira masa.




Tomato yang ranum dan menanti pekerja untuk memetiknya.
Foto: BurnabyNow








Tamar Valley, Tasmania adalah tempat tanaman ceri dan pelbagai jenis beri. Blueberi, strawberi atau raspberi mulai dikutip pada musim panas antara bulan Disember dan Februari. Sambil kutip boleh makan, itu memang tak jadi masalah dan sesiapa pun takkan melarangnya.




Sakit lutut tak boleh mencangkung? Kerja membungkus strawberi pun ok, boleh!
Foto: PUALingo








Ayr, Queensland mulai sibuk tatkala tiba musim memetik buah. Hostel menyediakan penginapan dan pengangkutan. Musim dan hasil pertanian di Ayr dan Bowen hampir sama di mana kerja memetik buah bermula sekitar bulan Mac. Pada waktu lain, ada kerja membersihkan ladang, memangkas pokok dan seumpamanya.




Gugusan ceri yang mengecurkan air liur.
Foto: WorthTheWhisk








Griffith di New South Wales terkenal dengan penghasilan anggur, buah-buahan sitrus (beraneka jenis limau manis, lemon, limau nipis), pic serta buah-buahan berbiji keras. Musim memetik anggur bermula pertengahan Februari dan berakhir dalam masa enam hingga lapan minggu. Buah sitrus mulai dipetik dari November hingga Mac.




Ranum dan harum baunya, buah peach.
Foto: 813Area








Selain dapat mengumpul wang, boleh bergaul dengan warga dari pelbagai pelosok dunia yang bertumpu ke sana pada musim memetik buah. Jom kumpul wang untuk tiket kapal terbang! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama pasang niat nk kerja petik buah ni, tunggu membesar je {:run
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 12:55 PM | Show all posts
kerja ni illegal
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 01:04 PM | Show all posts
rasanya mcm dah biasa  dgn berita2 yg tak enak didengar pasal pengutip buah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lupakan je lah kutip buah ni {:run
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 03:22 PM | Show all posts
Petikan dari salah satu blog mat salleh mengenai '88 days working visa.' Ni mat salleh sendiri cakap.

"Succumbing yourself to 88 days of slave labour, just to find out it was all for nothing would be a f**king nightmare."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2018 04:38 PM | Show all posts
Tu yang pelik baca kat sini..
Ingat kerajaan Australia dah make it legal sebab nak curb illegal labour ni..
ke mcmana? TT boleh jelaskan?

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 07:30 PM | Show all posts
akak klu gi pon nak relaks kan minda bukan nak semak dgn wat kerja...lagipon kat sana bnyk ular kapak al korok, euwww tak berani akak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2018 09:29 PM | Show all posts
tompie replied at 26-2-2018 04:38 PM
Tu yang pelik baca kat sini..
Ingat kerajaan Australia dah make it legal sebab nak curb illegal lab ...

Memang legal. Ini namanya working holidays. Australia dan New Zealand ada skim working holiday ni. Tp yg gampangnya penipu kaki scam pi sembang kencang kat blog, kat fb cite blh dpt duit riban riban. Org Msia yg dungu dan bodoh ni menonong saja pergi tanpa persediaan. Pdhal nak ikut program working holidays ni boleh saja tgk kat website. Tgk link nun kat bawah aku tempek. Pastu limit umur 30 tahun ke bawah saja. Lbh dr tu tak blh. So klu ada yg kata takde had umur, itu mmg sah scam. Tp jgn ingat kerja petik buah tu semua indah indah belaka. Aku dah jumpa beberapa budak student Msia yg kerja kat sana petik buah dan tangguhkan pengajian mereka semata nak join working holiday. Tau tau mcm mana rupa depa?? Tangan semua mengerutu, muka berbelang belang mcm zebra. Kerja bawah panas terik matahari, hard labour work. Kesimpulannya jd bangla kat Aussie.

https://www.homeaffairs.gov.au/trav/visa-1/417-

http://www.visabureau.com/australia/working-holiday-visa.aspx
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 09:31 PM | Show all posts
giyomi replied at 26-2-2018 07:30 PM
akak klu gi pon nak relaks kan minda bukan nak semak dgn wat kerja...lagipon kat sana bnyk ular kapa ...

Klu pompuan ada option blh jd receptionist hostel/motel/waitress, sales girl. Takdelah rosak muka dan kulit. Tp had umur 30 thn kebawah saja. Klu lebih mmg tak akan diterima. Program ni dipanggil working holiday. Lepas dah kerja beberapa bulan, blh pergi holiday pastu blk lah Msia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Woeking holiday ni visa dia utk setahun dengan optional setahun tambahan kendian. Utk tahun pertama dorang kena keje remote. Maksimum utk 1 employer 6 bulan je. Then dorang kena cari employer lain as part of 2nd year renewal kelak. Kena ada 2 employer yg berbeza n salah satunya mesti ada bukti keje remote. That is why kita tgk ramai yg duk petik buah.

For info, Australia Gov hanya luluskan 200 (kalau tak silap) permohonan Working Holiday Visa utk Malaysian. Tempat mmg terhad utk Malaysian. Tp ada yg salah guna visa ni. Ditariknya kawan2 dia yg msuk atas tourist visa utk keje scara illegal kutip buah. Bila kena raid, members tu kena tangkap while dia senang2 je lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 07:16 AM | Show all posts

All this kene stop la, its called fairtrade, dimana kerajaan cuba mengekalkan harga buah local dengan murah tp kerje hard labour dibelakang di denied kan haknnye! BOYCOTT all this kind of holiday, ianya same macam Negara kita developer mempergunakan cheap labour membina rumah/bangunan pencakar langit dan mengambil keuntungan selebihnya (pernah terfikir ke?)

Nak bercuti sediakan duit, duduk cheap hotels and makan catu rather then pergi tmpt org sibuk petik buah, motifff?

Even its working holiday, kene ingat VISA APPLICATION FEES, tempat tinggal, sewa bagai dan deposit semua ni adalah upfront money, so stop bagi harapan palsu.

p.s buah import australian yang dijual di Malaysia pn semuanye mahal especially pisang while labourer nye keja teruk di Australia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 11:14 AM | Show all posts
Aurora175 replied at 27-2-2018 07:16 AM
All this kene stop la, its called fairtrade, dimana kerajaan cuba mengekalkan harga buah local d ...

Setuju!! Orang Msia bukan main lg kerek tak mau kerja ladang sawit atau jd buruh kat Msia. Tp gigih jd buruh kat negara luar pdhal kena exploit kaw kaw. Psl depa org putih org kita pun ingat oklah org putih takpe. Jgn negara sendiri. Bodoh sungguh. Rela jd buruh kasar yg di opress kat negara org sedangkan klu jd buruh kat negara sendiri lbh baik kerana kita membangunkan negara sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 11:18 AM | Show all posts
nafham replied at 26-2-2018 11:25 PM
Woeking holiday ni visa dia utk setahun dengan optional setahun tambahan kendian. Utk tahun pertama  ...

Ya betul. Kena scam dgn kwn psl diri sendiri yg bodoh. Ada sorang brader tu aku kenal pun terkena camni. Aku ckp kat dia, ko tu dah 38 thn, mana laya k utk program tu. Apahal ko pigi sana?? org yg offer kerja tu kat ko tu illegal. Dia tak mau dengar, gigih gak nak ke sana petik buah yg ditawarkan gaji riban riban konon. Sekali tak smp 3 bulan dia dah blk. Dia kata tak tahan kena kejar dgn polis dan imigresen psl takde visa kerja. Dtg atas visa tourist. Pastu ada satu ketika dia terpaksa tido atas jalan. Rasain ko. muahahaha!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 11:25 AM | Show all posts
TT @Cari-Zai sila beri feedback berasaskan pengalaman anda terhadap comment2 negative bekerja di Aussie oleh forumers mengenai thread awak ini. Mungkin ada yang kami tidak tahu.

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 06:32 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 27-2-2018 11:14 AM
Setuju!! Orang Msia bukan main lg kerek tak mau kerja ladang sawit atau jd buruh kat Msia. Tp gigi ...

rasanya bukan kerek tapi masalah gaji...sebab tu ramai malaysian sanggup jadi cleaner di luar negara berbanding dlm negara yg gaji ciput, ni bukan kes membangun atau memundurkan negara tapi negara kita sendiri kena lbh proaktif dlm isu gaji dan pengambilan pekerja...pengambilan pekerja di malaysia, foreigner diutamakan wlpon kekonon warga negara patut dan mesti diutamakan tapi perlaksanaan undang2 tidak ada, sekadar ckp sepintas lalu jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2018 07:42 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 27-2-2018 11:14 AM
Setuju!! Orang Msia bukan main lg kerek tak mau kerja ladang sawit atau jd buruh kat Msia. Tp gigi ...

  tuela kesian letak harapan pada mereka yang nak lihat negara orang tapi akhirnya ditipu...cukupla jadi pengajaran pada budak Malaysia yang kes pecah appendix tu, sampai mati kot sebab die xbayar Health Insurance... aku bukan cakap kosong, ramai terpedaya pegi sane petik buah, tapi ramai tak terangkan mengenai VISA APPLICATION FEES dan perlu membayar insuran perubatan yang tinggi (ni bukan insuran AIA, prudential bagai yer, tiap2 negara under visa application ada termaktub dimana kite kene bayar certain amount utk kemudahan hopsital, akan tetapi perubatan pesakit luar adalah masih perlu DIBAYAR disana melainkan admitted hospital)... hopefully kalu ade betol pun pekerjaan ni make sure smue dokumen LEGAL, jadi pengembara yang bijak.






Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 08:59 PM | Show all posts
giyomi replied at 27-2-2018 06:32 PM
rasanya bukan kerek tapi masalah gaji...sebab tu ramai malaysian sanggup jadi cleaner di luar nega ...

apa yg ko ckp tu separa benar. Aku pernah jumpa beberapa budak lelaki Melayu kerja buruh kat construction site. Mengejutkan. Depa cerita yg gaji sebenarnya ok, lbh sikit dr pekerja Indon dgn Bangla. Derang cerita pekerja Indon yg mahir dpt gaji lbh mahal dr derang. Aku ada kenal satu brader Indon yg dok Msia dah 20 thn. Dtg sini umur masa 18 thn kerja buruh kat construction site. Skrg dah jd tokeh. Dia amik job kerja kerja contract kat apartment/kondo. Mahal sikit dia caj tp kerja mmg tip top. Dia timba ilmu kerja disini, bila dah pandai dia buat freelance ke rumah rumah org dan akhirnya jd tokeh. Bawa msk org Indon dr sana kerja dgn dia. Yg ini org kita tak terfikir. Mgkn budak2 muda yg kerja buruh aku jumpa satu hari akan jd spt brader Indon ni.

Ada company mmg prefer org Msia tp psl takde yg nak kerja, tu kena import dr luar. Bukan semua company yg buat mcm ko ckp tu. Ujung ujung walau gaji byk dan besar pun org Msia mmg pandang hina kerja buruh. Klu tau bakal menantu kerja buruh, lg hina di pandang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 09:01 PM | Show all posts
Aurora175 replied at 27-2-2018 07:42 PM
tuela kesian letak harapan pada mereka yang nak lihat negara orang tapi akhirnya ditipu...cukupl ...

Bab insurance ni org kita mmg sgt cetek ilmu. Klu pigi melancong ke luar negara pun kedekut nak spend duit byr insuran. Bila dah kena, baru lah merayu satu Msia suruh derma kat dia. Duit riban riban utk melancong blh di adakan, tp duit insuran yg cuma berapa ratus tu berkira bukan main. Depa tak fikir tu klu sakit kat luar negara bukan mcm kat Msia, byr RM1 utk outpatient treatment.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2018 01:55 PM | Show all posts
transporter replied at 27-2-2018 11:25 AM
TT @Cari-Zai sila beri feedback berasaskan pengalaman anda terhadap comment2 negative bekerja di Aus ...

Feedback saya? Kalau betul-betul ikut laman web rasmi pengambilan pekerja, saya tak lihat ada masalah. Yes, mungkin ada insurans kesihatan dll yg perlu dibayar selain tiket kapalterbang. Problems di sana, pastilah ada sebab majikan dan fellow pekerja dr pelbagai negara berkumpul di satu tempat. Yg ambil kesempatan, yg mudah terpedaya ... Kalau ikut prosedur yg betul, saya rasa tiada masalah dengan pihak berkuasa di Australia atau mana-mana saja yg menawarkan pekerjaan bermusim ini. Mungkin peluang terhad sebab tak ramai yg layak atau sanggup melakukannya. Walauapa pun senarionya, sebelum nak mulakan sesuatu seumpama ini, check dan double-check dengan pihak berkuasa di sana. Kalau kita ikut cara sah (legal), kita tak perlu takut. My two-cents.
Terima kasih atas feedback lain yang memberi pencerahan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.080727 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list