CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1782|Reply: 2

Sapuan Kacang, Rawatan Paling 'Enak' Buat Mereka Yang Sakit Gigi!

[Copy link]
Post time 26-2-2018 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Arghh! Rasa nak marah saja kalau tengah sakit gigi. Janganlah menduga mood mereka yang sedang mengalami sakit gigi. Kalau tak kena gaya, boleh makan 'penampar' dibuatnya!


Foto: fullfitsure.com




Mana taknya, bukan sahaja gigi terasa sakit, malah ia bagaikan menjalar ke seluruh tubuh rasa sakitnya itu. Bikin emosi saja!




Foto: Gfycat




Pernahkah anda menyangka bahawa sapuan kacang mampu membantu mengurangkan sakit gigi?

Menurut Boldsky, kacang bersifat analgesik dan antiinflamasi, sekali gus boleh membantu mengubati rasa sakit gigi.




Foto: BT.com




Caranya, ambil satu sudu teh sapuan kacang dan sapukan pada gigi yang sakit bagi mengurangkan rasa sakit yang sangat mengganggu. Selain sapuan kacang, ada empat bahan semula jadi yang ternaya berkesan meredakan kesakitan pada gigi anda.


1. Garam


Foto: ThoughtCo




Kumur air larutan garam (guna air suam) untuk meredakan sakit gigi. Selain mengurangkan sakit gigi, nutrien serta antioksida dalam garam berkesan mengurangkan pembengkakan dan melawan bakteria yang menyebabkan gigi sakit.


2. Limau nipis

Foto: StyleCraze




Kandungan vitamin C yang tinggi bermanfaat meredakan nyeri serta radang pada gigi mahupun gusi. Caranya, sapu jus perahan limau pada gigi menggunakan kapas bersih.


3. Bawang putih

Foto: Healthline




Bawang putih membantu membunuh bakteria serta virus menyebabkan gigi sakit. Anda hanya perlu hiris atau hancurkan bawang putih sampai lumat sebelum disapu pada gigi yang sedang menyeksa jiwa raga anda. Biarkan selama 10 minit sebelum berkumur.


4. Cengkih

Foto: Intisari Online - Grid.ID



Kalau nak tahu, cengkih mengandungi zat antiinflamasi, antibakteria serta antioksida. Malah, ia turut mengandungi zat anestesia yang membantu meredakan rasa nyeri pada gigi.

Caranya? Mudah saja! Tempelkan saja cengkih pada gigi yang sakit atau lumurkan ia dengan serbuk cengkih.




Foto: Dentamax




Bagaimanpun, harus diingat bahawa cara ini hanya bersifat sementara. Cara terbaik adalah memeriksa gigi dengan pakar dan mendapatkan rawatan sepatutnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2018 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapuan kacang? Orang guna peanut butter tu untuk blok sumbat lubang gigi
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 02:57 PM | Show all posts
Tips menarik apa pun elok ler jumpa Dr gigi juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.352369 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list