CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2312|Reply: 5

Lepas Tengok K-Drama, Teringin Rasa Makanannya Pula? Wajib Pergi Sini!

[Copy link]
Post time 27-2-2018 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Bagi penggemar makanan Korea yang Halal, tentu pernah dengar nama K-Street dengan tagline 'The Best Korean Street Food in Town'. Dahulu, ia dikenali sebagai 'The Street Cafe' dan terletak di Subang Jaya.

Banyak betul pilihan di dalam menunya, memang sukar nak buat pilihan! Jom jamu mata tengok apa yang menarik di sini.
Menjadi tumpuan kerana makanannya dijamin Halal.



Di tingkat bawah restoran, terdapat kerusi dan meja yang biasa. Manakala, di tingkat atas pula ada dua pilihan. Salah satunya adalah dengan duduk bersila di atas lantai bermeja rendah. Ini sinonim dengan stail makan orang Jepun dan Korea. Bahagian anjung pula dihias menarik seperti sebuah kafe di negara yang sinonim dengan K-Drama dan K-Pop itu.





Pelbagai pilihan gaya makan, nak santai bersila atau berkerusi pun boleh.



Boleh dikatakan, kebanyakan juadah ditawarkan mengikut selera orang Malaysia. Pelbagai masakan disajikan bersama aneka juadah sampingan serta sos tertentu. Malah ada hidangan yang cukup untuk dua orang makan. Terdapat juga makanan sampingan yang tak sah kalau tak dipesan, iaitu pajeon (pankek tepung) dengan beberapa perisa pilihan seperti kimchi, keju atau seafood.





Ada diskaun untuk pelajar. Mesti cuba citron tea, tau.



Nak buat sendiri memang rencah sebab bahan-bahannya sukar didapati. Contohnya, serbuk cili Korea berbeza dengan serbuk cili yang biasa kita gunakan dalam kari atau sambal. Di K-Street, hampir semua makanan yang dijual oleh penjaja jalanan (street vendor) ada. Lihatlah, nampak enak saja set nasi bulgogi, jabchae atau tokgalbi yang disajikan bersama buah-buahan, sup dan seumpamanya.




Hidangan seimbang lengkap dengan sup dan pencecah sampingan.



Malah, nak meratah kimchi dan jeruk halia dengan makanan 'ringan' seperti odeng, gimbab, egg roll atau kentang goreng (mungkin kegemaran anak-anak) pun boleh!

Dengan harga berpatutan, memang berbaloi datang ke sini untuk merasai sendiri keenakan masakan Korea autentik dalam suasana yang membuat anda seolah-olah berada di negara 'Winter Sonata' ini.


Menepati citarasa mereka yang menggemari makanan pedas.



Bukan saja makanan, malah minuman juga enak sekali. Selain teh sitron, Korean Green Tea atau jus buah dengan campuran susu juga ada. Jangan lupa pesan manisan, aiskrim dengan rencah buah, kekacang dan beraneka sirapnya. Selera pasti terpikat!



Alamat: 28, Jalan SS 15/8, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.





Dah macam berada di Seoul, Korea sambil menjamu selera dan mendengar lagu K-Pop. Serius, tempat ini memang happening! -  CARI







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2018 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk kat running man mkn, rasa nak try jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 07:18 AM | Show all posts
iols makan dekat ss15 ni xberapa sedap sgt. Selalu makan kat branch Asian Avenue, Sunway Pyramid sedap lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 11:35 AM | Show all posts
pi la... sedap la jugak.
lepas gi kedai ni dkt ss15, po sambung makan patbingsu dkt owl coffee.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 11:43 AM | Show all posts
not bad la..yg ss15 ni kdg lambat servisnya..time ramai org..klu tak brp ramai cepat ler..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 05:15 PM | Show all posts
rindu street food korea.. adoyaiiiii..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.130801 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list