View: 7706|Reply: 23
|
Lelaki Ini Kongsi Rahsia Hanya Dengan RM7 Je, Wajah Berjerawat Teruk Jadi Licin!
[Copy link]
|
|
Ramai yang merasakan produk yang murah, kualitinya juga rendah dan sebaliknya. Tetapi perlu diingat, produk yang mahal tidak semestinya sesuai dengan kulit wajah kita.
Pemilihan produk yang sesuai dengan kulit adalah yang paling penting dan bukannya memilih berdasarkan faktor harga atau jenama produk berkenaan.
Produk penjagaan kulit wajah semestinya akan memakan kos yang tinggi jika kita tidak berbelanja dengan cermat. Terdapat produk penjagaan kulit wajah dengan harga yang berpatutan dan mungkin sesuai dengan kulit wajah anda.
Lelaki ini berkongsi pengalamannya tentang produk penjagaan kulit wajah di laman Twitter miliknya.
Dia berkongsi tentang produk penjagaan kulit yang agak mahal tetapi memberi kesan yang tidak baik terhadap kulit wajahnya. Namun, selepas dia menggunakan produk lain yang lebih murah, kesannya sangat menakjubkan!
Katanya;
“Murah tak semestinya tak bagus, mahal tak semestinya bagus.”
Dia mengalami kulit yang sensitif akibat resdung. Oleh itu, adalah sangat penting untuk memilih produk yang sesuai dengan kulit wajah kita.
Jangan sebarangan menggunakan produk yang mahal, ia belum tentu sesuai dengan kulit wajah kita.
Kulit wajahnya menjadi semakin teruk selepas menggunakan produk yang terkenal dan agak mahal. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk menukar produk yang lain dan lebih murah.
Dia akhirnya menemui produk yang sesuai untuk kulit wajahnya, lebih murah dan berbaloi. Produk yang hanya berharga RM7! Namun, kesannya sangat menakjubkan.
Dia juga berkongsi produk-produk lain yang pernah digunakan olehnya. Namun, produk-produk itu tidak memberi kesan yang baik kepada kulit wajahnya malah menjadi semakin teruk.
Dia menganggap produk-produk yang telah dicuba olehnya mungkin tidak sesuai dengan kulit wajahnya yang sangat sensitif. Ia bergantung kepada jenis kulit wajah masing-masing.
Akibat terlalu kecewa selepas mencuba pelbagai produk, dia pernah terniat untuk menggosok wajahnya dengan menggunakan kertas pasir ekoran telah berputus asa untuk mencuba produk yang lain. Namun, produk yang berharga RM7 telah menyelamatkan kulit wajahnya.
Selepas menggunakan produk itu, kulit akan mengelupas dan jerawat akan menjadi kering. Hanya perlu bersabar untuk mendapatkan kesan yang baik.
Dia hanya menggunakan pencuci muka kerana tidak mempunyai banyak masa untuk menggunakan jenis produk penjagaan kulit yang lain. Dia juga mengesyorkan produk itu untuk dicuba kerana murah.
Ini keadaan kulit wajahnya selepas memakai produk yang murah dan berbaloi itu. Kelihatan semakin baik berbanding sebelum ini.
Mungkin bagi mereka yang masih belum jumpa produk yang sesuai untuk kulit, boleh mencuba produk yang lebih murah pula? Tapi hati-hati jangan sampai terbeli produk yang timbang kilo yang mengandungi merkuri pulak, ye!-CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu janji berkesan utuk muka ko |
|
|
|
|
|
|
|
aku nyer pencuci muka lagi murah.....0.99 sen....sebiji lemon gosok2 kat muka..tahan seminggu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bbondong2 lh ummah jerawat vatu menyerbu mydin, 99mart dan seangkatan dgnny.
Ai x sgup nk try n error. Jadinya jerawat batu bgini x keluar rumah,depress,hilg selera mkn pasti kurus 10kg |
|
|
|
|
|
|
|
sesuai ngn dia.. so yg lain blh la cuba |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah pakai 3 daripada 5 cleanser yang mamat ni pakai |
|
|
|
|
|
|
|
sejak meningkat umur ni, tetiba naik bintik2 halus di muka, adakah patut iolls try Alaisyah ni bila beli pencuci yg mahal2 still xhilang lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
ikut kesesuaian kulit muka jugak sebenar nya
|
|
|
|
|
|
|
|
aciik replied at 27-2-2018 01:00 PM
aku nyer pencuci muka lagi murah.....0.99 sen....sebiji lemon gosok2 kat muka..tahan seminggu..
peh tebal kulit chuols..tak panas ke
meols pakai himalaya honey + lemon tu dah rasa ala2 panas gitu..terus stop |
|
|
|
|
|
|
|
nk suruh adik lelaki aku cuba lah..kesian tgk muka dia jerawat teruk gini. dh lah sengkek adik aku tu |
|
|
|
|
|
|
|
Muka iols pakai yang murah tak jalan.Jerawat batu mencanak2.Pakai hada labo kecut terus jerawat kecut. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi macam tak boleh percaya gambar last dia tu.. filtered ke bruh |
|
|
|
|
|
|
|
ikut keserasian jugak ni...
tp x salah mencuba ... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak kalao iols nak speku yang hormon dalam badan kau dah stabil dekk??.. proses keremajaan meningkat kepada dewasa memang buatkan hormon kau tak stabil. tu yang mucul jerawat-jerawat tu. bila dah stabil, insyaallah, hilang la jerawat kecik-kecik tu. unless la umur kau dah 30'an & jerawat tak putus-putus.. tu mungkin la ada masalah kulit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain orang lain yang sesuai dengan kulitnya mungkin jenama ni yang sesuai dengannya sebab tu ia berhasil |
|
|
|
|
|
|
|
iols pakai Nature Republic MUD Cleanser, rasa yang ni paling sesuai, dan sedap dipakai Lagipun sejak dah melepasi usia remaja purba nih, jerawat pon dah xde sangat, cuma kecik2 je kadang2... |
|
|
|
|
|
|
|
sesuai dengan dia tak semesti sesuai dgn orang lain...aku dlu pakai macam2 last2 makan ubat hormon terus ok pencuci muka pakai murah ke mahal dah tak kisah dah memang bersih kulit tak naik jerawat dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ubat hormon apa uols pakai?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|