View: 1587|Reply: 12
|
30 Tahun Sorok Mayat Ibu Sendiri
[Copy link]
|
|
Seorang wanita menyimpan mayat ibu sendiri di dalam pangsapuri miliknya selama tiga puluh tahun.
Mayat wanita yang lengkap berpakaian putih , stoking hjau dan kasut biru itu ditemui di sebuah rumah di Bandar Mykolaiv, Ukraine.
The Mirror UK melaporkan, polis membuat penemuan ngeri itu dalam sebuah bilik terkunci yang penuh dengan longgokan makanan busuk, surat khabar lama dan sampah sarap.
Foto: east2west news
Menurut sumber, jiran-jiran menyifatkan wanita berusia 77 tahun tersebut sering menyendiri di dalam rumah memandangkan dia mengalami lumpuh di kaki.
Polis dalam kenyataannya berkata, "Untuk menyelamatkannya, rumah itu perlu dipecah masuk. Kami menemui wanita itu duduk di atas lantai, dikelilingi sampah dan tidak dapat berjalan.
Bagaimanapun sewaktu membuat pemeriksaan ke bilik lain, polis menemui rangka seorang wanita yang dipercayai mayat ibunya."
Sebelumnya, jiran-jirannya memberitahu yang wanita tersebut tidak mahu bercakap atau membuka pintu rumah langsung.
"Bagaimanapun, jiran-jiran masih menghulurkan bantuan dan meninggalkan makanan di luar pintu rumah.
"Tidak siapa yang menyedari bahawa selama ini pesara itu tinggal di rumah berkenaan bersama mayat ibunya." -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. kenapalah menyendiri mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
tak busuk ke mayat tu.. maksudnya dulu-dulu la waktu proses penguraian... takde orang terbau ke? |
|
|
|
|
|
|
|
takziah...
msti dia nk jaga ibunya smpai mati |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya mak dia meninggal masa umur dia 47..mak oi |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada duit nak uruskan dan malu nak mintak bantuan gaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Menyendiri pastu lumpuh di kaki.
Macam mana dia sustain hidup tu agaknya? |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan. Dan pada masa yang sama, agak mengerikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm cite Psycho Alfred Hitchcock
|
|
|
|
|
|
|
|
30 tahun lama tu
jejiran buat apa selama 30 tahun tu
takkan takde sesi kunjung mengunjung |
|
|
|
|
|
|
| |
|