View: 2870|Reply: 3
|
Cuaca Panas Terik! Coconut Shake, Jeli Kelapa Jadi Rebutan Di Joez Coconut Penan
[Copy link]
|
|
Kalau makan angin di pulau, cuaca pada waktu siang memang kadangkala menjengkelkan. Sinaran terik matahari boleh merimaskan dan mendahagakan.
Namun jika anda kepanasan di Pulau Pinang, usah khuatir. Segeralah ke Joez Coconut yang terletak di Jalan Dato Kramat!
Sangat mudah nak cari kedai ini kerana anda pasti akan nampak lambakan buah kelapa di hadapan kedai! Gerai ini sangat terkenal di kalangan penduduk Georgetown, Pulau Pinang.
Foto:Facebook
Wajib cuba di sini adalah coconut shake kerana bahan-bahannya dikisar dengan sempurna dan sebati, ditambah pula dengan aiskrim vanila, memang umphhh!
Foto:Facebook
Salah satu cara terbaik untuk menghilangkan dahaga ketika terik matahari. Rasa yang masuk dalam tekak sungguh mengasyikkan.
Jika anda mahukan yang lebih segar, anda boleh pesan air kelapa muda , lebih berkhasiat dan menyegarkan!
Ia boleh dinikmati di situ atau sambil berjalan-jalan melihat mural yang menjadi ikon Pulau Pinang. Selain itu terdapat juga jeli kelapa yang istimewa.
Jeli kelapa ini dijual dengan harga RM3.70 setiap satu. Rasanya sangat sejuk dan menyegarkan.
Foto:Facebook
Aromanya juga sungguh wangi dan ia boleh menghilangkan dahaga anda walaupun dalam bentuk jeli. Namun jika anda benar-benar dahaga anda perlukan dua!
Rasa lembut jeli yang cair dalam mulut sememangnya menyegarkan! Tiada bahan pengawet atau gula tambahan dalam menghasikan jeli kelapa ini.
Mana satu anda nak rasa? Anda boleh beli kesemuanya dan kongsi bersama teman-teman atau keluarga. Ia dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 7 maLam setiap hari.
Foto:Facebook
Alamat:
Joez Coconut
201 , Jalan Dato Kramat,
Penang, Malaysia
Ayuh, tunggu apa lagi! Tekak dah perit, jom ke Joez Coconut! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhhhhhhhhh nmpk sedap sgt |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnye........
dengan harum kelapa
nyum2
kena cuba nanti |
|
|
|
|
|
|
| |
|