CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2147|Reply: 0

Jejakkan Kaki Di Batanes Filipina! Pulau Indah, Kaya Dengan Adat Budaya

[Copy link]
Post time 2-3-2018 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Batanes merupakan sebuah daerah di Filipina. Ibu kotanya ialah Basco.


Ia terletak paling utara di Filipina dan terdiri daripada gugusan 10 pulau (hampir dengan Taiwan!).


Hanya tiga pulau yang tidak didiami iaitu pulau utamanya, Batan; pulau yang kaya dengan adat tradisi, Sabtang dan pulau terpencil Itbayat.






Foto:Facebook



Antara pemandangan dan landskap Batanes yang anda boleh nikmati ialah gunung berapi yang kehijauan, cerun-cerun bukit curam, bukit bukau dan juga air laut yang berwarna hijau kebiruan yang menggamit anda untuk mandi-manda.



Foto:Facebook


Jika mahu ke sini, anda perlu rancang perjalanan dan memeriksa cuaca di Batanes kerana ia kerap mengalami taufan.


Penduduk tempatan yang kebanyakannya merupakan orang asli Ivatan, membina rumah mereka lebih tinggi dan dengan menggunakan batu kapur yang tebal agar ia kalis taufan.


Foto: Facebook



Adat budaya orang Ivatan juga menarik untuk dipelajari. Jika anda ke Batanes anda tentu akan nampak beberapa orang perempuan Ivatan memakai perhiasan di kepala mereka.


Ia dikenali sebagai Vakul dan diperbuat daripada abaca dan voyavoy yang hanya boleh ditemui di Batanes. Kaum lelaki pula memakai Kanayi di kepala.


Foto: Rappler.com


Kedua-duanya berfungsi sebagai pelindung daripada matahari dan hujan. Ada banyak lagi fakta menarik tentang Batanes. Kalau nak tahu lebih lanjut jejakkan sahaja kaki anda di sini!


Wah, selepas lihat gambar-gambar ini tak percaya ia hanya di Filipina. Rasa macam di Eropah!


Nak feeling di Eropah tapi dengan kos dan jarak penerbangan singkat? Jom ke Batanes di Filipina! -CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.195880 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list