CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2186|Reply: 2

Tentera laut Israel bunuh nelayan Palestin

[Copy link]
Post time 2-3-2018 03:12 PM | Show all posts |Read mode



[size=0.8]
SEORANG lelaki memeriksa bot yang dinaiki nelayan Palestin yang terbunuh di pelabuhan Bandar Gaza semalam.






BAITULMUQADDIS – Seorang nelayan Palestin dari Genting Gaza terbunuh kelmarin selepas tentera laut Israel menembak bot yang dinaikinya bersama dua nelayan lain, kata jurucakap tentera Rejim Zionis.

Tentera laut Israel melepaskan tembakan selepas bot itu didakwa tidak mengendahkan amaran dan berada di luar kawasan kebenaran menangkap ikan di utara Genting Gaza, menuju ke Israel.
Salah seorang lelaki di dalam bot itu cedera parah dan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Namun, Persatuan Nelayan Gaza berkata, bot tersebut menjadi sasaran serangan tentera Israel ketika dalam perjalanan pulang ke Gaza.
Menurut setiausahanya, Nizar Ayyash, nelayan yang terbunuh dikenali sebagai Ismail Saleh Abu Reyala. Mangsa berumur 18 tahun.
Insiden itu mendorong nelayan-nelayan di Gaza untuk mengadakan mogok selama dua hari.
Israel mengekalkan kepungan laut ke atas Genting Gaza yang dikuasai oleh pergerakan Islam Hamas. Pekerjaan menangkap ikan merupakan salah satu industri terbesar di Genting Gaza, sebuah kawasan pesisir pantai yang didiami oleh hampir dua juta penduduk.
Dalam pada itu, seorang komander tentera laut Israel berkata, pihaknya telah menahan berpuluh-puluh nelayan Palestin dari Gaza sejak dua tahun lalu kerana menangkap ikan di luar kawasan sempadan maritim. – Reuters


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2018 03:48 PM | Show all posts
yahudi laknatullah.....isi neraka dan kekal di dalam nya
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 07:19 AM | Show all posts
pak arab lain buat apa ye..gigih nak serang yemen, syria, iraq, libya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.071559 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list