CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6866|Reply: 31

Liza Hanim kena sekat WhatsApp status dengan anak sendiri??

  [Copy link]
Post time 2-3-2018 04:30 PM | Show all posts |Read mode

Iolssss ingatkan Liza Hanim ni dah bergaduh dengan anak sendiri sampai kena sekat whatsapp status... rupa2nya kes anak dia pemalu...


Kenapa Anak Sulung Liza Hanim Sekatnya Di WhatsApp Status?
Umum sedia maklum, penyanyi Liza Hanim sebelum ini mengambil keputusan mengundurkan diri daripada bidang nyanyian bagi memberi tumpuan untuk membesarkan anak-anaknya.

Kini, tiba masanya dia membuat kemunculan semula berikutan keadaan anak-anak yang sudah semakin membesar dan bagi mengubat kerinduannya terhadap bidang seni suara.

Menceritakan pengalamannya membesarkan empat orang cahaya mata yang semakin meningkat remaja, Liza berkata, dia ada melalui satu pengalaman lucu membabitkan anak sulungnya, Marsya Qistina, 15, yang pernah menyekatnya daripada melihat status WhatsApp anaknya itu.

“Anak sulung pernah sekat saya daripada melihat WhatsApp statusnya, itupun saya tahu daripada anak saudara yang menegur, pernah tak saya tengok WhatsApp status yang dikongsikan Marsya. Ketika itu, baru sedar yang saya dah disekat dari tengok WhatsApp status dia.

“Rupa-rupanya dia ada sebab kenapa sekat saya. Sebabnya, hanya kerana dia malu saya tengok video nyanyiannya yang dikongsikan melalui medium itu. Bila ingat balik memang kelakar, malu sampai tahap sanggup sekat mak sendiri,” kata Liza sambil tertawa mengingatkan gelagat anak daranya itu.

Liza tidak menafikan mungkin sikap pemalu anaknya itu diwarisi daripadanya yang pernah melakukan latihan vokal tanpa mahu diketahui oleh ibu bapanya pada suatu masa dahulu.

“Dahulu saya pun lebih suka berlatih menyanyi sendirian dengan membawakan beberapa genre lagu. Kalau dia selesa begitu, saya tiada bantahan.

“Apa pun dari segi mengikut jejak langkah, saya nampak Marsya dan adik ketiganya yang gemar menyanyi serta aktif menyertai pertandingan,” katanya lagi yang menambah tidak akan menghalang kedua-dua anaknya itu sekiranya mereka ingin mengikut jejak langkahnya.

Selepas bergelar naib juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Liza kini tampil dengan single terbaharu berjudul Mimpi. Single yang bergenre balada itu dihasilkan oleh Hafiz Hamidun manakala liriknya pula ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya.

“Ini merupakan hadiah buat peminat saya, tetapi mereka pula yang berterima kasih kepada saya sebab muncul dengan single baharu. Perkara ini benar-benar membuatkan saya terharu dan rasa dihargai oleh peminat. Harapnya lagu baharu ini dapat mengubati rindu peminat pada nyanyian saya,” kata Liza ketika ditemui pada majlis pelancaran single Mimpi di Soireelab, Putrajaya baru-baru ini. – KopiPlanet.com

sumber: www.kopiplanet.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2018 04:33 PM | Show all posts
aduiss tak beshnye baca gossip nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes dia ni lg sendu dr atilia tuh. Sekurang2 nye thread atilia dah 3 page. Hat ni 3 komen pon tadak lg ...btw perlu ke gosip ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 05:10 PM | Show all posts
Single Mimpi sheols not bad. Komposer kak pismidon, lirik fedtri yahya. Pasal pompuan yang baru kawen, tak sampai berapa jam kawen, laki dia mati accident. Berdasarkan kisah benar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 05:19 PM | Show all posts
dia tgh nak market anak dia yang pandai menyanyi tu la....

sambil2 promote lagu baru....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 05:48 PM | Show all posts
Adakah bakal mendonat ni?? Hmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2018 06:01 PM | Show all posts
gosip paling poyo minggu ini..mak hayam liza hanim ni poyo kan..mak tak minat langsung dia masuk gv...show off...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 2-3-2018 05:10 PM
Single Mimpi sheols not bad. Komposer kak pismidon, lirik fedtri yahya. Pasal pompuan yang baru kawe ...

Sdp la jgak tp iols tgk komen2 kt u tube tu mostly cakap x sedap..haha..kesian sheols..mohon kembali ke kuburan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2018 06:22 PM | Show all posts
Best ke dia nyanyi skrg ni? Lama sungguh x dgr
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 08:01 PM | Show all posts
cicicumel replied at 2-3-2018 06:17 PM
Sdp la jgak tp iols tgk komen2 kt u tube tu mostly cakap x sedap..haha..kesian sheols..mohon kemba ...

Sorry to say lagu ni so biasa2. Iols rasa lagu mikraj cinta dato ct tu lg best n feel. Komposer dan penulis lirik yg sama kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 08:03 PM | Show all posts
BookerT replied at 2-3-2018 06:01 PM
gosip paling poyo minggu ini..mak hayam liza hanim ni poyo kan..mak tak minat langsung dia masuk gv. ...

Iols tgh mengompose dan menulis lirik lagu “mimpi basah” sudikah nyah menyanyi kan dan menviralkan lagu mak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 08:14 PM | Show all posts
abgsallehsado replied at 2-3-2018 04:33 PM
aduiss tak beshnye baca gossip nih

Ai nguap trus
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu tgk dari bakat mak n apak, sure sore anak LH ni mantap jgk kan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia yg chabi chabi iklan horlicks bulan posa tu khenn
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 08:38 PM | Show all posts
iwan007 replied at 2-3-2018 08:03 PM
Iols tgh mengompose dan menulis lirik lagu “mimpi basah” sudikah nyah menyanyi kan dan menviralk ...

kau ni lelaki lembut ke nyah? ya robbana...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
gelisah mimpiiiiii datang usahlah purcayaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2018 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Im not her fan tapi i akui dia berbakat. Nyanyi live sedap sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbg pemenat kak liza i rasa gosip ni mmg ermmm sgt
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara LH merdu sgt
Kalau lagu sedih mmg sedih jer dgr
....di manakah letak nya diri ku ini.....lallalaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 11:47 PM | Show all posts
single baru sheols tak menangkap halwa telinga meols la. meols dengar separuh je terus tutup. such a waste ok. better sheols cari komposer yg tgh in skrg dgn lagu2 meletop
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.214383 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list