CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14225|Reply: 24

Nak Beli Barang Guna Kad Tapi Kena Minimum Payment RM50? Peniaga Boleh Disaman!

[Copy link]
Post time 6-3-2018 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Pernah tak anda berada di situasi dimana anda hendak membeli barang keperluan dalam kuantiti yang sedikit tetapi tidak mempunyai 'cash' yang mencukupi?


Mesin ATM pula tidak kelihatan, dan terpampang pula di kaunter pembayaran yang pembayaran menggunakan kad debit atau kredit diterima hanya untuk pembelian melebihi RM50 atau lebih?








Semestinya sangat menyakitkan hati dan menyusahkan apabila anda terpaksa membeli barang lain yang tidak termasuk dalam senarai pembelian semata-mata mahu untuk mencukupkan belian minimum yang ditetapkan untuk pembelian secara 'cashless'.


Perkara ini seringkali berlaku kepada rakyat Malaysia di mana juruwang enggan menerima pembayaran menggunakan kad sekiranya jumlah pembelian kurang daripada jumlah minimum yang telah ditetapkan.


Melalui pengalaman penulis sendiri ketika berada di negara-negara luar, penggunaan atau transaksi secara 'cashless' digunakan secara meluas. Sebagai contoh di Seoul, kedai-kedai kecil ditepi jalan pun menerima transaksi menggunakan kad tanpa ada penetapan jumlah minimum!



Imej Hasil Carian Google




Tahukah anda sebenarnya penetapan had minimum ini adalah salah dari segi undang-undang, dan peniaga berkenaan boleh dikenakan tindakan?


Memetik laporan daripada SAYS, kami kongsikan penjelasan daripada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Facebook mereka;


“Hai BNM! Saya ada soalan – adakah sah jika peniaga menetapkan had bagi pembayaran dengan menggunakan kad kredit/debit? Saya telah melihat beberapa kedai menetapkan jumlah minima RM50 bagi transaksi melalui kad”.



Berikut merupakan respon yang diberikan oleh wakil BNM.

“Peniaga adalah dilarang untuk mengenakan jumlah pembelian minima bagi pembelian barangan menggunakan pembayaran kad. Larangan ini termaktub di dalam skema peraturan yang ditetapkan oleh skema pembayaran kad seperti Mastercard dan Visa. Peraturan skema ini boleh didapati melalui laman sesawang skema tersebut”.



“Jika anda berhadapan dengan peniaga yang mengenakan amaun pembelian minima untuk pembayaran melalui kad, anda boleh membuat laporan dengan memberikan maklumat seperti berikut kepada kami”.


Nama peniaga:

Alamat:

Nama pemeroleh (boleh didapati pada resit transaksi pembayaran kad):

Jenis aduan:



Kredit : EraBaru




Pihak SAYS juga telah meneliti buku peraturan oleh Mastercard dan Visa, didapati kedua-dua syarikat ini tidak membenarkan mana-mana peniaga untuk menetapkan had tertentu bagi transaksi yang menggunakan kad.

Kredit: EraBaru




Di bawah Seksyen 1.5.5.1, Peraturan Teras Visa dan Produk Visa Peraturan Perkhidmatan menyatakan bahawa “Peniaga tidak berhak menetapkan jumlah minima atau maksima sebagai syarat kepada Kad Visa atau Kad Elektron Visa”.



Kredit: EraBaru




Bagi syarikat Mastercard pula, di bawah Seksyen 5.11.3 di bawah Fasal 5, “Peniaga tidak perlu, atau menyatakan bahawa ia memerlukan, jumlah transaksi minima atau maksima untuk menerima Mastercard atau Kad Maestro yang sah dan benar”.


Arahan yang jelas lagi terperinci namun mengapa masih ramai peniaga yang mengambil enteng tentang larangan ini?


Sebenarnya, peniaga perlu membayar sejumlah wang untuk setiap transaksi kad yang berlaku. Fi pertukaran bagi kad kredit dan debit adalah berbeza di Malaysia. Pada kadar yang minima, peniaga perlu membayar fi pertukaran sebanyak 0.21% bagi setiap transaksi kad debit.


Jumlah keseluruhan boleh meningkat dan segelintir peniaga tidak gemar untuk membayar sejumlah wang tertentu bagi pembelian barangan yang berharga RM5 sahaja.


Sementara itu, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) mengeluarkan keterangan bahawa pihaknya tidak menyokong tindakan sebegitu dan akan melakukan pemeriksaan secara rawak bagi memastikan peniaga tidak meletakkan caj minima bagi transaksi menggunakan kad.


Malah, ABM turut mendedahkan bahawa ahli-ahli persatuannya akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang gagal untuk mengikuti peraturan yang ditetapkan.


Jadi, jika anda berhadapan dengan situasi seperti di atas, anda boleh membuat laporan kepada BNM dengan memberikan butiran yang diperlukan.


Anda juga boleh menghubungi BNM di talian 1-300-88-5465 atau layari laman sesawang BNM untuk maklumat lanjut.


Apa yang anda akan lakukan apabila anda berada di dalam situasi begini? Jom kongsikan dengan kami. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2018 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi kesian kat seller kalau bayar guna card bawah rm100 kena charge lebih dgn bank. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg bookmarked! Tunggu la nanti kali ni I akan argue dgn manager. Kurang ajar sgt suka suka minimum 50 tak kira you guna cc ke dc ke sampaikan orang beli barang yg tak perlu. Ni bukan zaman bawa cash banyak banyak pastu taruh dlm bra
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Haa aku kena kt watson aeon..kuajaqq..geng2 acik kepam pekeja watson duk pandang sinis kat aku..aku memg jarang bwk duit beli brg kecuali nk mkn beli jajan gitu..pastu ada min total utk kad pulak watson ni..

Aku x kesah hg ada rules min.amaun..yg aku paling rasa nak mengamuk ialah aku nmpak n dgr pekeja watson duk mengata aku masa aku jln p amik duit kat husben! Memg hitam terus muka aku..semenjak tu x pi dah watson aeon..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 02:51 PM | Show all posts
macam mana pulak kalau nak bayar pakai kad, ada caj 5% camtu? pekedai prefer cash, walaupun mesin swipe bersepah kat kaunter. sah atau tak caj extra 5% tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 02:54 PM | Show all posts
Baguslah dah ada penerangan pasal benda ni.  Kat China guna Qpay bayar kat ahsoo jual keychain kat tepi jalan ok je kat sini je macam2 hal.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Caj cashless ni kene hapuskan baru ramai nak guna.. Especially klu guna debit card.. Rugi je huhu kene time nak beli tiket bas online
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mydinmart kt umah ni memula minimum rm30 pastu naik ke rm50. Iols kekadang balik keje tinggal rm10 je dlm dompet. Teringat pula itu ini habis terpaksa singgah membeli. Now speedmart dah boleh buat pembayaran guna kad so situla jadi tumpuan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2018 04:26 PM | Show all posts
alieyrina replied at 6-3-2018 02:23 PM
Haa aku kena kt watson aeon..kuajaqq..geng2 acik kepam pekeja watson duk pandang sinis kat aku..aku  ...

Haaaaa kita senasib la sis. I terkena kat watson aeon big. Beli brg dlm rm20 lebih gitu. Pastu nak swipe kad kredit. Cashier tu kata maaf kredit kad utk rm50 ke atas. So next time i akan argue dengan watson tu i nak buat report kat bank negara. Thank you TT for the info yg sgt berguna
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina: Haa aku kena kt watson aeon..kuajaqq..geng2 acik kepam pekeja watson duk pandang sinis kat aku..aku memg jarang bwk duit beli brg kecuali nk mkn beli  ...


I baru aje beli spring water harga rm32 kat Watsons Aeon. Ok je pakai credit card. Diorang ni tak standardize ke? Ikut suka cawangan ke mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
missinpiece: Mydinmart kt umah ni memula minimum rm30 pastu naik ke rm50. Iols kekadang balik keje tinggal rm10 je dlm dompet. Teringat pula itu ini habis terpaksa ...


Leceh kan. Balik keje redah jam nak singgah2 atm pulak sbb nak beli barang rm30. Defeats the purpose of debit card/cc tu sendiri. Ada dc/cc tp tak boleh guna masa memerlukan *yawn*
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 04:51 PM | Show all posts
iwan007 replied at 6-3-2018 04:26 PM
Haaaaa kita senasib la sis. I terkena kat watson aeon big. Beli brg dlm rm20 lebih gitu. Pastu nak ...

Budak watson tu buat muka x puas hati mcm aku x paham..sbb mula aku kata guna cc..lps tu dia kata x boleh becos of min.amount..pastu aku kata guna debit..dia tggi sora kt aku..ulang balik ckp tak boleh..pun xdak notis apa lekat kt situ pun kata ada min.amount .. haihhh!
Memg hilang mood terus ajak laki balik..memg jarang aku membeli kt situ dah..sanggup test brg watson situ..tapi aku p beli kt watson lain..

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 05:07 PM | Show all posts
aku suka je pakai cc kadang malas nak keluar cash

kalau pakai cc kadang balik umah terus bayar online

lepas ni boleh aku argue kalau ada cashier cakap minimum payment for cc
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 06:15 PM | Show all posts
alieyrina replied at 6-3-2018 04:51 PM
Budak watson tu buat muka x puas hati mcm aku x paham..sbb mula aku kata guna cc..lps tu dia kata  ...

I pun mcm dah lama x pi watson sejak kes tu. Skrg ni mcm byk membeli kot shopee jer. Lg murah. X byk songeh nak pakai cc pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 07:02 PM | Show all posts
Haha mengarut punya rules.
Aku ok je RM5 pon debit sebab nak renew membership.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kedai buku hasani pun sama.. sakit hati je.. walhal popular boleh je... pasni nak rwport bnm terusla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2018 08:35 PM | Show all posts
Edited by alieyrina at 6-3-2018 08:38 PM
moonbug replied at 6-3-2018 04:27 PM
I baru aje beli spring water harga rm32 kat Watsons Aeon. Ok je pakai credit card. Diorang ni ta ...

Crita taun lepas..lepas merajuk reda aku p watson lain beli brg..dgr cashier bgtau customer lain x da min amaun..aku mcm hahh! Baru nak buat! Buat penat sakit hati ritu

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak baru kena kat Nagoya last week....lancau mereka....penat akak kena turun pergi ATM cucuk duit..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Siputjelly replied at 6-3-2018 01:43 PM
tapi kesian kat seller kalau bayar guna card bawah rm100 kena charge lebih dgn bank. huhuhu

I pernah dgr talk pasal card credit/debit ni kt tv1.. Sebenarnya peniaga x terbeban pon pasal caj tu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.066489 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list