CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

Perihal Ilmu Kalam dalam Pengukuhan Pemahaman ASWJ

[Copy link]
 Author| Post time 12-11-2018 04:54 PM | Show all posts
Umat Melayu Islam mesti menanggap usaha-usaha memahami dan menghayati LOGIK/MANTIQ dan METODOLOGI SAINTIFIK bukan sahaja sebagai peluang IJTIHAD KOLEKTIF mereka dalam TAJDID (Pembaharuan) Pemikiran dan Peradaban di Malaysia malah merupakan JIHAD ILMIAH mereka demi kelangsungan Wilayah Nusantara, Negara dan Bangsa Malaysia dan; Bangsa dan Kaum Melayu dalam memasuki Alaf ke 21 ini.
Malah dalam beberapa hal tertentu jika usaha-usaha ini digarap dengan lebih luas dan mendalam, ia bakal menjadi METODOLOGI ALTERNATIF dari METODOLOGI SAINTIFIK semasa yang sempit lagi terhad cakupan faham kewujudan, faham ilmu dan faham nilai mereka.


Usaha ini juga jika berjaya dilakukan oleh Umat Melayu Islam akan menjadikan mereka penentang atau pencabar bagi status quo sistem Ilmu Barat Moden yang sejak 500 tahun menjarah dan menjajah setiap sistem ilmu dan sains manusia yang mereka duduki. Sehingga kini masih belum terdapat satu wilayah, negara, bangsa dan kaum pun yang berupaya untuk tampil menyaingi apatahlagi mengganti sistem ilmu dan sains Barat Moden yang egosentrik dan berpaksi Barat tersebut.


Sudah tentunya Umat Melayu Islam boleh menjamin dan menempatkan diri mereka disisi Allah SWT dan Rasul SAW dengan berada dalam paradigma dan enterprais IJTIHAD KOLEKTIF dan JIHAD ILMIAH sekaligus jika mereka faham implikasinya.

*NARATIF NUSANTARA ialah sebahagian dari PROGRAM KALAM STRATEGIK ISLAMIC AND STRATEGIC STUDIES INSTITUTE (ISSI) bertujuan membina masyarakat dunia yang menikmati kesejahteraan, keamanan, rahmah dan barakah melalui tradisi keilmuan, kerohanian dan ketamadunan Islam* (NARATIF NUSANTARA SIRI 60)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2018 10:41 PM | Show all posts
semoga bermanfaat ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 11:37 AM | Show all posts
selamat mendengar dan semoga  bermanfaat

kepada semua , kuasailah ilmu dan memanfaatkan semua manusa denga memahami Islam ...

di bawah adalah satu  rakaman majis ilmu berkenaan Ilmu kalam dan kepentingannya.
Dalam intisari kandungan - faedah mengetahui ilmu kalam sebab asas hujah , memantapkan pegangan akidah ASWJ, sejarah ilmu kalam dan aplikasi ilmu kalam dalam peradaban barat - ni best ( sekitar minit 50 +++ ini best ) - perihak juzuk yang terpisah, perihal imam Al Ghazali , etc



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 11:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:37 PM | Show all posts
sambungan

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2018 01:04 PM | Show all posts
sebelom diisi pembelajaran ilmu mantiq, kebiasaannya guru2 mursid akan membawa
terlebih dahulu bab adab sblm ilmu, kemudian diikuti dgn ilmu tauhid tasawuf
jika tidak tahkik tasauf, dikhuatiri akan lemas tersesat dlm ilmu kalam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2018 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berapa nak faham tapi seronok jugak dpat tahu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 10:27 AM | Show all posts
Agak bombastic artikel dia.

Secara summary nya, apa sebenarnya diajar dalam ilmu kalam? Bagi lah contoh.

Mana tau, dok belajar selama ni tapi tak dipanggil ilmu kalam. Nak2, guru yg mengajar tu dia extract dari segala kitab2 dan susun balik ikut bahasa dia yg mudah difahami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2018 12:33 PM | Show all posts
baulu replied at 28-11-2018 10:27 AM
Agak bombastic artikel dia.

Secara summary nya, apa sebenarnya diajar dalam ilmu kalam? Bagi lah  ...

artikel ni pendedahan saja tentang kepentinga ilmu kalam/ hikmah.
nak belajar kene laa berguru dengan guru yg sahih tauliah kena pi link tu. Depa ni yg kita ketahui academician yg dilatih dalam ilmu ini dan tahu nak letak kedudukan ilmu ni dalam memantapkan world view Islam.

sebab depa ni deals dengan pemikiran dan usuluddin.
dea kaji kitab kitab dan susunkan kerangka ni.

sebab lacking this part yg muslim sekarang nampak macam lalang bila sesuatu produk pemikiran datang sebab lemahnya ilmu asas, tak tahu nak letak adab ilmu kat mana dan menggunakan ilmu untuk menangkis kekeliruan dalam pemikiran.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2018 12:38 PM | Show all posts
baulu replied at 28-11-2018 10:27 AM
Agak bombastic artikel dia.

Secara summary nya, apa sebenarnya diajar dalam ilmu kalam? Bagi lah  ...

lagi satu if u have time sila tengok video tu , tu majlis ilmu dalam fakulti pengajian islam tu di UKM dan di UM.

tu lebih jelas.


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 01:39 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 28-11-2018 12:38 PM
lagi satu if u have time sila tengok video tu , tu majlis ilmu dalam fakulti pengajian islam tu di ...

Sy tengok video Habib Ali Zainal Abidin tadi.

Rasanya saya boleh agak apa yg dikatakan ilmu kalam. Dalam kelas tafsir & Makrifatullah, kdg2 ustaz kami akan share mcm mana nak counter hujah2 org2 kafir, atheis, multazilah etc yang tak mau beriman kpd Allah. Yang banyak bertanya sekadar utk mengejek etc.

Dan as a budak baru belajar, ustaz akan guide where to stop. Tp sebenarnya we all bukan perlu nak belajar semua tu pun sb tak perlu berhadapan dgn set2 yg belum beriman. Saja ustaz nak expose, going beyond budak2 kafa katanya,  plus nak memantapkan hati2 kami ni. . But truthfully, mmg best, ilmu yg tak biasa didengar diajar pulak org yang dalam ilmunya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2018 02:09 PM | Show all posts
baulu replied at 28-11-2018 01:39 PM
Sy tengok video Habib Ali Zainal Abidin tadi.

Rasanya saya boleh agak apa yg dikatakan ilmu kal ...

sekarang ni the challenges datang dari pemikiran dan pemikiran yang dikelirukan dan ditambah dengan kepentingan diri dan mengikut hawa nafsu , tu yg banyak cabaran tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 04:27 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 28-11-2018 02:09 PM
sekarang ni the challenges datang dari pemikiran dan pemikiran yang dikelirukan dan ditambah denga ...

As long as seseorang tu sentiasa dekat dgn ulamak yg betul, tak perlu nak belajar ilmu2 kalam ni. Nak-nak yang tak terexpose pada pemikiran2 modern/ org tidak beriman. Kalau pun kita diexpose dgn golongan ni, your guru is always right behind you bila ada sesuatu permasalahan and you learn from there.
Siapa yg hanya berharap pada sumber bacaan tanpa seorang guru pembimbing lagi parah kalau nak bertekak ttg ilmu kalam.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2018 05:31 PM | Show all posts
baulu replied at 28-11-2018 04:27 PM
As long as seseorang tu sentiasa dekat dgn ulamak yg betul, tak perlu nak belajar ilmu2 kalam ni.  ...

hehehe i think dalam clip yg UM tu, video yg pertama dari 2 bhgn tu, pada part separuh akhir Pensyarah tu menceritakan pecahan ilmu mantiq, mantiq suri etc etc, beliau pun dah macam  u know  tergelak ...sebab how complex that ilmu kalam is...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 03:26 PM | Show all posts
SEMINAR TAJDID KALAM DAN ANALISIS ISU SEMASA (UM)
SIRI 2: TRADISI KALAM DALAM MENGHADAPI KERENCAMAN PEMIKIRAN MODEN

pautan asal :

https://www.facebook.com/ISSIMalaysia/posts/2353128124761905?__tn__=K-R

OLEH: DR. WAN ADLI WAN RAMLI
Pensyarah Kanan Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Siri kedua bagi seminar ini telah dibentangkan oleh Dr. Wan Adli Wan Ramli. Beliau bermula dengan menekankan bahawa memang dalam tradisi Ilmu Kalam, melalui kitab-kitab yang dikarang para ulama’, memang sudah sedia ada asas yang kukuh untuk menghadapi pemikiran pasca modenisme. Untuk itu, apa yang perlu difahami terlebih dahulu adalah aliran yang dikenali sebagai Liberal Muslim, iaitu orang Islam (Muslim) yang terpengaruh dengan ideologi dan falsafah Liberalisme Barat, di mana penghujahan mereka tetap menurut Al-Quran dan Al-Hadith, tetapi mengikut penafsiran masing-masing. Sebagai contohnya, memasukkan idea-idea dari Barat ke dalam Islam seperti – isu kehendak Tuhan, hak asasi, kebebasan beragama, kepelbagaian pendapat yang melanggar perkara qatie. Dalam konteks pemikiran Islam, golongan Liberal Muslim menganggap kemungkinan kesalahan persepsi oleh manusia menjadikan apa sahaja yang cuba difahami oleh ulama’ sebagai tasawur yang tidak pernah benar dan tepat. Kedua ialah aliran yang memang memperjuangkan liberalisme Barat. Kedua-dua aliran ini boleh ditangani dengan Ilmu Kalam, adapun perbincangan siri kedua ini lebih berfokus kepada menangani penafsiran aliran Liberal Muslim dengan Ilmu Kalam.

Perbahasan Epistemologi Islam dan Tahsin wa Taqbih (nilai baik buruk) menjadi asas dalam tradisi Ilmu Kalam untuk menghadapi kerencaman pemikiran moden khususnya aliran Liberal Muslim ini. Perbincangan seminar ini mengulas dari sudut epistemologi, manakala konsep baik buruk dihuraikan dalam seminar siri ketiga. Secara epistemologinya, erdapat 3 elemen teras dalam pasca modenisme. i) Skeptisisme: keraguan terhadap ilmu secara umum, ii) Subjektivisme: kefahaman bahawa kebenaran terhad kepada kumpulan tertentu, iii) Relativisme: golongan yang menolak kebenaran mutlak. Dalam tradisi Kalam, ketiga-tiga golongan ini mempunyai corak berfikir yang sama seperti golongan sofis-sufastaiyah,di mana idea yang hampir sama dibawa mereka, dengan label berbeza – pasca modenisme.

Seterusnya, cara menangani pemikiran pasca modenisme menurut epistemologi Islam, antaranya, menegaskan kembali asas faham ilmu, yang menjadi pegangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah. Para ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah telah sepakat berijmak dalam mengisbatkan bahawa bagi ilmu adalah makna-makna yang berdiri atau difahami oleh para ulama’ (konsep ijmak ulama’). Maka, dalam perkara khilafiyyat, kita dikehendaki mengikut pegangan majoriti ulama’. Manakala golongan sofis, pemikiran mereka menafikan ilmu serta menafikan hakikat bagi ilmu, iaitu i) puak yang bebal menolak langsung ilmu, ii) puak yang mengesyaki kewujudan hakikat, iii) puak yang mengandaikan bahawa hakikat adalah seperti yang dipercayai atau dipersepsikan oleh manusia lalu puak ini menerima semua kepercayaan bersama-sama penentangan yang ada antara pelbagai kepercayaan tersebut (isu pluralisme agama).

Sebelum membincangkan mengenai sifat Allah, Abu Mansur al-Baghdadi menyatakan bahawa prinsip pertama yang dipersetujui bersama oleh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah adalah pengisbatan ilmu dan hakikat. Maksudnya, ilmu memang sesuatu yang sabit dan tetap, yang ada, bukan perkara persepsi, khayalan, andaian, sangkaan atau mainan minda sahaja. Ini merupakan dasar paling tunjang dalam akidah Islam. Tanpa asas epistemologi ini, pembinaan akidah Islam tidak akan mempunyai akar yang kukuh. Hal ini disebabkan akidah Islam berdiri atas asas ilmu yang kukuh. Maka, pertama-tamanya, perlu ditegaskan bahawa prinsip akidah yang pertama adalah penerimaan dan pengakuan terhadap ilmu. Perintah Allah kepada hamba-Nya untuk ‘mengenal’, maka terlebih dahulu perlulah difahami perkara yang ingin di’kenal’, iaitu hakikat dan ilmu.

Seterusnya dibawa contoh definisi ilmu oleh para ulama’ seperti al-Jurjani, Naquib al-Attas dan Daud al-Fathani, di mana dapat dikemukakan suatu rumusan menyeluruh mengenai ciri ilmu dalam Islam, iaitu merujuk kepada tiga elemen atau komponen asas yang membina konsep ilmu menurut Islam, yang dikeluarkan bersumberkan definisi ilmu yang diberikan oleh ulama’. Tiga perkara tersebut ialah yakin, tepat dan hujah. Ketiga-tiga perkara di atas, iaitu yakin, tepat dan hujah, boleh dianggap sebagai tungku yang membolehkan sesuatu berdiri dan dikenali sebagai ilmu. Kekurangan salah satu daripada tungku ini tidak membolehkan sesuatu pengetahuan berdiri sebagai ilmu yang hakiki. Rumusan ini perlu disedari dengan baik dalam usaha menangani idea pasca modenisme yang mendirikan pemikiran mereka atas keraguan terhadap kecapaian ilmu hakiki.

Kesimpulannya, demikian di atas asas epistemologi Ahli Sunnah wal Jama’ah dalam menangani pemikiran pasca modenisme, iaitu secara khususnya konsep kesabitan ilmu dan konsep ijmak ulama’. Perbincangan di atas menunjukkan kepentingan dan pendekatan yang boleh diambil dalam menangani pasca modenisme yang boleh mengakibatkan keraguan ilmu (skeptisisme), kebenaran yang terhad menurut perspektif (subjektivisme), penolakan kebenaran mutlak (relativisme).

Rujukan: Catatan dan bahan daripada pengisian Dr. Wan Adli Wan Ramli semasa seminar dijalankan

-Admin-

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 12:19 AM | Show all posts
saya ada soalan pada moderator...boleh ya....

orang sekarang boleh bermacam-macam pandangan terhadap ilmu ini...ya dan tidak bermacam macam tafsiran....

tetapi kenapa ulamak muktabar  yg 4 meneolak ilmu tersebut hatta ada  selepas menyukainya , mereka menolak kembali...

apabila mereka menolak sedangkan mereka memiliki mantik juga....adakah kita terlepas sesuatu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2018 09:30 AM | Show all posts
ussopp replied at 14-12-2018 12:19 AM
saya ada soalan pada moderator...boleh ya....

orang sekarang boleh bermacam-macam pandangan terha ...

boleh juga rujuk pada pernyataan mufti KL , bukan semua ilmu kalam tu ditolak , sekiranya aplikasi ilmu kaan in bemanfaat dalam menangani  cabaran pemikiran Islam masa kini, ini adakah sesuatu yang baik dan bermanfaat.

jgn tengok orang, kita yg kena tahu kebenaran itu dan siapa yg ahli dan sekiranya yg AHLI dalam bidang ini kita nlaikan yg mereka itu berpegang pada Al Quran, sunnah , qyas ijma , yes - kita yakin depa dan ilmu depa then okay.

kalau nak kata depa yg dedulu tolak, eh bukankah ahli ilmu kalam sendiri pun nyatakan yg ulamak silamdulu pun mengaplikasi ilmu ini tapi dalam acuan yg dibenarkan syarak dan mereka yg ahli.

pada zaman sekarang keadaan lebih rencam.


dan Islam tu tak pernah anti akal pun cumanya akal ini perlu berpandukan nilai nilai Islam .


sebab cabaran masa kini ialah pemikiran.


so - kita tak boleh hanya kata : jgn guna akal ....macam tu pada golongan sasaran.
kita kena peajarilah selok belok pemikiran islam dan cabarannya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2018 05:15 PM | Show all posts
di sini dipaparkan  hujahan  tentang :

pernyataan bahawa kebenaran itu relative sebagaimana disokong oleh pemikiran modernis dan liberal  : maka terhasillah hujah : apakah yg you all cakap hanya benar pada acuan pandangan u all...pernahkan kita terbaca sekali lalu pernyataan ini - haaa inilah  relativisme

ini berlaku apabila kekelurian dalam menilai hakikat kebenaran yg  mutlak ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2018 05:17 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-12-2018 05:25 PM

SEMINAR TAJDID KALAM DAN ANALISIS ISU SEMASA (UM)
SIRI 3: PERBAHASAN BAIK (AL-HUSN) DAN BURUK (AL-QUBH) MENURUT ALIRAN KALAM ASHA’IRAH & KERELEVANNYA DALAM MENDEPANI RELATIVISME



OLEH: DR. MOHD KHAIRUL NAIM CHE NORDIN
Pensyarah Kanan Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya



pautan asal:
https://www.facebook.com/ISSIMalaysia/posts/2356958894378828?__tn__=K-R

Siri Seminar Tajdid Kalam dan Analisis Isu Semasa yang ketiga menyambung isi perbincangan yang lalu dengan tajuk yang menyentuh perbahasan dalam ilmu kalam iaitu tentang baik (al-husn) dan buruk (al-qubh). Perbahasan ini digabung jalin dengan praktikal fahamnya dalam mendepani aliran relativisme. Pembentang bagi siri ketiga ini ialah Dr. Mohd Khairul Naim Che Nordin iaitu pensyarah kanan dan juga graduan pertama daripada program fast track PhD di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya.

Perbincangan dimulakan dengan satu kisah pada zaman Greek yang menggambarkan antara nilai moral dan perbuatan dalam ritual pengebumian. Perbuatan membakar mayat ibu bapa dan memakan mayat ibu bapa dinilai berbeza menurut dua kaum walaupun kedua-dua perbuatan tersebut ironinya bertentangan dari fitrah semula jadi manusia. Inilah salah satu contoh pemikiran relativisme yang telah wujud sejak zaman Yunani lagi.

Justeru, bagi menjelaskan isu perbincangan pada kali ini merangkumi kerangka tentang faham relativisme, perbahasan baik dan buruk menurut Asha’irah dan bidasan kepada faham relativisme.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2018 05:18 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-12-2018 05:28 PM

Dr. Mohd Khairul Naim menjelaskan bahawa tajuk harini merupakan satu perbahasan yang kompleks kerana ianya berkait dengan perbahasan nilai.

Pertama sekali, dijelaskan terlebih dahulu definisi relativisme sebagai satu doktrin bahawa ilmu pengetahuan, kebenaran dan nilai moral ditentukan secara berkait dengan budaya, masyarakat dan konteks pensejarahan.

Walaupun begitu, dalam perbincangan definisi itu sendiri telah menghadkan makna relativisme sedangkan ia memberi maksud relatif dan tidak absolut.


Teori atau pengetahuan bahawa penilaian adalah relatif dan berbeza-beza menurut situasi, peristiwa dan individu yang mengalaminya. Dapat disimpulkan, kebenaran dinilai relatif, tidak mutlak dan saling berbeza antara budaya dengan budaya yang lain, individu dengan individu yang lain dan situasi dengan situasi yang lain. Jika disoroti sejarah, idea-idea relativisme ini telah muncul seawal perkembangan falsafah Greek oleh beberapa tokoh Sophist iaitu Xenophanes, Protagoras dan Euripides.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.447073 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list