CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10344|Reply: 75

Usah Tuduh Melulu Kes Suami Ziana – Nana

[Copy link]
Post time 7-3-2018 11:18 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nordiana meminta netizen memberi ruang kepada Ziana Zain berdepan kes suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka, pada 25 Februari lalu.

Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana memberitahu, Ziana ketika ini melalui saat yang sukar dan tidak adil bagi pihak lain membuat tuduhan melulu.

“Saya harap peminat faham dan netizen terutamanya jangan membuat kesimpulan sesuka hati… Hanya pihak terbabit tahu apa yang berlaku.

“Lagipun, hal ini sudah menjadi kes mahkamah, jadi lebih baik kita hormati,” katanya kepada BH Online.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi, Armin, 53, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, Armin yang tidak bekerja, didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Berikutan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Ziana yang mencipta populariti sejak 1991 dengan rangkaian lagu dan album hit, bagaimanapun tidak hadir pada prosiding itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis dibuat sendiri oleh penyanyi Kemelut Di Muara Kasih itu pada 27 Februari lalu, sebelum Armin ditahan, Jumaat lalu.

Siti Nordiana yang menjadikan Ziana idolanya berkata, sebagai seorang ibu, dirinya faham perasaan dan naluri penyanyi itu dan mendoakan beliau tabah.-Bharian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 11:29 AM | Show all posts
apa hal pula minah ni tiba2 buat statement...apa2pun semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:35 AM | Show all posts
Eh, apa relevennya dia yg keluar statement? Ke wartawan cedok dari komen dia kat socmed? Tapi tulis kat situ "katanya kepada BH Online"
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:39 AM | Show all posts
ke BH online panggil nana untuk promote drama or lagu dia? alang-alang dah panggil photoshoot, tanya sekali pasal kes ZZ..nana pun bagi je la komen. dah kes ZZ ni tengah panas, reporter pun terus jadikan komen nana tu as a story instead of kerjaya beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa relatednya Nana n somi mek jena mahupun jena sendiri? Kalau ernie zakri tu bg statement atau nuar jeng paham lah jg iols
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sejak bila nana rapat dgn ziana? kalau tokti memang rapat la dulu2 dgn ziana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2018 11:50 AM | Show all posts
sepatutnya sis vokuru yang bagi statement
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:00 PM | Show all posts
dia ni ada family ties ke ngan nek jenna?

kalau ernie yg cakap relevant la jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 12:01 PM | Show all posts
Ingatkan Nana mana (saudara mara ZZ ker), rupanya CT Nana
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:34 PM | Show all posts
mcm pelik nana bg statement. bkn siapa-siapa pn. baik diam jela nana. kang ko plak kne kondem
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:41 PM | Show all posts
macam kurang sesuai tiba2 nana bagi statement pasal kes zz. pak zain lebih layak
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:43 PM | Show all posts
nana tiba tiba sebok perihal mokcik ziana?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasai dia sibuk..madu acik zena ke dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:54 PM | Show all posts
ada beza ke Nana bagi statement dengan acik2 forum yg speku macam2 pasal rumah tangga ZZ kt thread situ nun??

dua2 who r yussss
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 7-3-2018 11:29 AM
apa hal pula minah ni tiba2 buat statement...apa2pun semoga dipermudahkan

KAN? Mcm Nek Jen tetiba komen psl HajZouq
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
katibism replied at 7-3-2018 04:55 AM
KAN? Mcm Nek Jen tetiba komen psl HajZouq

khuenssss.. masing2 feeling kaklong kawasan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 12:59 PM | Show all posts
Eh Eh pehal tiba2 Nana ni komen. Sedara tdekat ZZ ke? hahahhah
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ko sibuk2 umah tangga org da kenapa hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:56 PM | Show all posts
apa kena mengena nana dalam hal ini?
siapa nana di sisi ziana atau armin atau anak ziana dan armin?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:58 PM | Show all posts
ingatkan Nuar/nana zain yang kluar statement
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.080612 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list