CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2219|Reply: 8

Pasport Paling Berkuasa Di Dunia! Nak Tahu?

[Copy link]
Post time 7-3-2018 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Buku kecil yang dikenali dengan pasport ini rupa-rupanya mempunyai 'kuasa'. Lebih berkuasa bermakna ia dapat membawa anda ke lebih destinasi tanpa perlukan visa.


Wah, cuba cuba teka pasport mana paling berkuasa? Kalau anda teka pasport keluaran Amerika Syarikat (AS) atau United Kingdom (UK), anda salah!




Dokumen perjalanan paling penting kalau ke luar negara.


Pasport negara ini berjaya 'mengenepikan' kuasa Jerman yang pernah bertakhta di tempat pertama sebelum ini. Dari segi sejarah, pasport dari negara-negara Eropah telah mengungguli kedudukan carta 'paling berkuasa' dan menjadi pasport 'paling diingini' ramai orang.


Menurut carta Indeks Pasport 2018, dahulu pemegang pasport Jerman boleh mengembara ke jumlah negara tertinggi tanpa perlu memohon visa terlebih dulu, kini tidak lagi.




Ada negara yang perlukan visa untuk memasukinya.



Sekarang, pemegang pasport Korea Selatan dan Singapuralah yang paling berkuasa! Menurut badan rundingan dunia berasas di Kanada, Arton Capital, ia berikutan keputusan Uzbekistan yang membenarkan pemegang pasport memasuki negara berkenaan tanpa visa, sekali gus membolehkan pemegang pasport mengembara ke 162 negara.


Pasport Jerman dan Jepun di tangga kedua di mana pemegangya dibenarkan melawat 161 negara tanpa visa diikuti Sweden, Finland, Itali, Perancis, Denmark dan Sepanyol, dengan 160 negara.


Manakala, UK di tangga keempat boleh ke 159 destinasi sama dengan Luxembourg, Norway, Netherlands, Belgium, Austria dan Portugal.


Afghanistan berada di kedudukan terakhir yang membenarkan mereka melawat 26 negara tanpa visa. Sementara Iraq (29), Pakistan (30), Syria (33) dan Somalia (34).




Foto: passportindex




Sementara itu, menurut carta di atas, pasport Malaysia seri di tempat kelima bersama AS. Kita boleh melawat 158 negara tanpa perlu memohon visa. Boleh dikatakan 'Top Ten' jugalah. Jadi, berbanggalah hendaknya jadi rakyat Malaysia. - CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 12:18 PM | Show all posts
passport malaysia mmg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:38 PM | Show all posts
Harap lebih banyak negara membenarkan pemegang passport Malaysia masuk ke negara mereka tampa visa
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Paspot malaysia paling berani..sbb xleh masuk israel
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 03:43 PM | Show all posts
Hebat Malaysia!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tak mustahil bila malaun hanat yang ada rm10 boleh travel ke jepun buat onar buatkan banyak negara tarik balik visa free tu.. so nak melancong tu sila bawak otak dan duit okeh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2018 05:33 PM | Show all posts
rege passport mahal huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 08:44 AM | Show all posts
tahniah la hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2018 01:06 PM | Show all posts
Ye betul..masa aku study dulu mmbr aku dak Thai suke jeles sebab aku boleh sesuka ati masuk Europe bebila nak..derang lak tiap kali nak pi travel kena apply visa.. dah la sekali apply 80GBP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056982 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list