CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4939|Reply: 15

” Aku pinjam telefon kawan aku nak telefon laki aku. Tekan2 nombor keluar nama ‘

[Copy link]
Post time 7-3-2018 03:53 PM | Show all posts |Read mode




” Aku pinjam telefon kawan aku nak telefon laki aku. Tekan2 nombor keluar nama ‘My Love’, nombor telefon laki aku. Takkah terkejut bagai jantung nak tercabut. Sial punya betina, kawan baik aku sejak kecik sanggup buat aku macam ni.. “

Bahagiamu deritaku, mungkin ada orang akan samakan dengan tajuk lagu tapi itulah hakikatnya yang terjadi dalam hidup aku. Selama 7 tahun perkahwinan aku dengan suami aku, zuriat belum dikurniakan lagi. Mungkin itu yang menyebabkan laki aku beralih arah kepada perempuan lain. Aku hidup dengan laki aku dengan bisnes masing2. Hidup dalam kesibukan harian mungkin tu juga penyebab tiada zuriat.

Gambar Sekadar Hiasan)

2016 berakhirlah hidup ku menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri. Bermulanya cerita apabila kawan dari kecik aku. Sanggup merampas laki aku. Tak ke teruk namanya, pada malam tu aku keluar jalan dengan kawan aku pergi mall. Saat mahu balik, aku nak call laki suruh datang jemput aku dan pada masa itu hp aku kehabisan cas.
(Gambar Sekadar Hiasan)

Tuhan maha mengetahui kan. Aku pinjam hp kawan aku , tekan2 no keluar nama Mylove no telefon laki aku. Takkah terkejut bagai jantung nak tercabut. Sial punya betina, kawan baik aku sanggup buat aku mcm ni. Tanpa dia rasa bersalah pinjamkan aku hp, atau mungkin dia lupa yang laki aku tu lelaki simpanannya. Aku balikkan hp nya tanpa buat muka yang tak ada benda yang terjadi.


Malam tu juga aku sendiri yang minta hantar dengan betina ni balik rumah aku dan dia setuju nak hantar aku. Dalam sepanjang perjalanan mulut aku beku. Satu ayat pun takda keluar nak bercakap dengan betina ni. Dalam hati, Tunggu kau kat rumah, aku nak jumpa 6 mata. Sampai je depan rumah aku sempat lah jemput dia masuk. Macam yang tiada maruah dia masuk. Laki aku pun buat2 takda apa2 pasal hubungan diorang.
(Gambar Sekadar Hiasan)

Dengan rasa sebak tetiba mulut aku terasa kencang meluah perasaan yang telah aku pendam dari tadi. Tanpa aku sedari air mata aku mengalir dengan derasnyaa. Padaa mulanya laki aku dan betina tu tak mengaku, bila aku cakap aku ada bukti , baru mereka mengaku. Mengaku kesilapan masing2 tapi hati aku memang tak boleh dah maafkan diorang.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Malam tu juga aku minta cerai dan keluar rumah dengan mengundur diri. Mungkin disebabkan aku tak ada anak sampai sekarang laki aku cari lain dan aku sedar juga penampilan aku terhadap suami aku nampak kolot sikit. Jalan pakai baju kurung , bukan macam betina tu sexy, pandai bergaya. Sekarang hidup aku rasa lebih tenang tanpa ada sapa2. Mungkin hidup mereka bahagia sekarang. Maaf min saya tak pandai nak karang tapi ni dari hati saya hidup saya dimasa lalu. Tq min.

Apa pendapat anda ?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 04:12 PM | Show all posts
apa benda ni karangan ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 04:36 PM | Show all posts
mcm cerita kt asteruk je
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
SO?

Nak minta khidmat nasihat ke macam mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 05:16 PM | Show all posts
hasanah versi lakiku dirampas orang ke..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 08:37 AM | Show all posts
Nak minta pendapat apa?
Kata dah minta cerai dan keluar dari rumah
Kata hidup lebih tenang sekarang.
So?
Sendiri ada jawapannya, kenapa nak minta pendapat orang lain lagi?
Teruskanlah hidup sendiri tanpa suami dan kawan baik.
Lebih tenang kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2018 09:22 AM | Show all posts
ni produk apa plak... motif viral?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:46 AM | Show all posts
macam copy paste dari cerita KRT je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2018 12:45 PM | Show all posts
dari kawan baik tu rampas laki awk, awk blh tahu orang tu mmg bukan sahabat sejati awk.
Mungkin meninggalkan mrk awk akn lbh bebas
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 03:19 PM | Show all posts
dog eat dog world dik
jangan kata kapal terbang je, laki pun boleh kena rampas bebila
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 04:05 PM | Show all posts
mungkin wanita itu lapar konek
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rainbowrainz at 12-3-2018 04:25 AM

Itu namanya kwn x guna...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:51 PM | Show all posts
MY LOVE???
alahaiiii kekampungan sangat..zaman skang org dah tak panggil my love bagai..zaman skang org panggil laki diorg as HUSBABY
barulah urban dan hipster
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 04:51 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-3-2018 03:51 PM
MY LOVE???
alahaiiii kekampungan sangat..zaman skang org dah tak panggil my love bagai..zaman skang ...

hahahaha mcm kenal je nama manja itu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 05:11 PM | Show all posts
nor_aini.s replied at 29-3-2018 04:51 PM
hahahaha mcm kenal je nama manja itu...

ye le noks..zaman skang ke hulu hilir ummah gunakan word Husbaby penangan fattzura
my love my love ni dah outdated
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 05:21 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 29-3-2018 05:11 PM
ye le noks..zaman skang ke hulu hilir ummah gunakan word Husbaby penangan fattzura
my love my lov ...

entah aku kdg2 rasa geli,yela nyah kita as adult rasa nyampah tgk bdk2 wechat bahasakan diri papa,mama or baby ke apa ke..
habis penangan husbaby utk suami yg dah kertua sgt la xsesuai..hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.079323 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list