CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1484|Reply: 0

kesian..Penghapusan etnik terus berlaku di Myanmar

[Copy link]
Post time 8-3-2018 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Myanmar didakwa masih meneruskan kempen peng­hapusan etnik Islam Rohingya menerusi tindakan ke­ganasan dan membiarkan kebuluran berlaku (kebuluran paksa) di ne­geri Rak­hine, enam bulan selepas tindakan kekerasan tentera memaksa hampir 700,000 penduduk minoriti itu melarikan diri ke Bangladesh

Pembantu Setiausaha Agung bagi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Andrew Gilmour membuat dakwaan itu selepas lawatan empat harinya ke daerah Cox’s Bazar, Bangladesh bagi meninjau keada­an etnik terbabit yang melarikan diri dari Myanmar, baru-baru ini.

   
“Penghapusan etnik Rohingya terus berlaku dan hanya itu ke­simpulan yang boleh saya katakan berdasarkan apa yang saya lihat dan dengar di Cox’s Bazar.
Gilmour menjelaskan, sifat ke­ganasan itu telah berubah daripada pertumpahan darah dan rogol beramai-ramai pada tahun lalu kepada kempen keganasan pada skala rendah dan sengaja membiarkan berlaku kebuluran.
Kata beliau, sukar untuk dipercayai bahawa etnik Rohingya akan dapat kembali ke Myanmar dalam masa terdekat di sebalik janji diberikan Myanmar bahawa mereka bersedia menerima kepulangan penduduk berkenaan.
“Kerajaan Myanmar sedang sibuk memberitahu dunia bahawa mereka sudah bersedia menerima kepulangan etnik Rohingya walhal pada masa sama, tentera sedang giat menghalau etnik itu ke Bangladesh.
“Kepulangan selamat, bermaruah dan teratur tentu saja mustahil berdasarkan keadaan semasa,” katanya.
Sebaliknya tentera Myanmar menegaskan, tindakan kekerasan itu perlu dilakukan untuk menghapuskan pemisah Rohingya yang menyerang pos polis sempadan, pada Ogos lalu hingga mengakibatkan kematian lebih 10 orang.
Doktor Tanpa Sempadan (MSF) menganggarkan 6,700 etnik Rohingya terbunuh pada bulan pertama tindakan kekerasan dilancarkan.
Ratusan kampung Rohinga dibakar dan imej satelit terbaharu menunjukkan sekurang-kurang­nya 55 buah kampung diratakan sepenuhnya tanpa meninggalkan sebarang kesan bangunan, telaga dan tumbuhan.
        
              

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.300204 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list