Setiap kejadian yang diciptakan Tuhan mempunyai sebab-musabab tertentu. Anda mesti tidak tahu kenapa perkara sebegini berlaku dan sebab yang terlindung disebaliknya. Anda juga pasti tertanya-tanya, kan?
Apa sahaja tindak balas badan yang terjadi adalah bertujuan melindungi diri kita. Jom tambah ilmu dengan membaca artikel yang dikongsikan dari AsyikHeboh.bid ini.
1) Menguap
Foto: Giphy
Mungkin anda tak menyedarinya bahawa menguap membantu menyejukkan otak yang dah terlalu penat 'bekerja' sepanjang hari. Ajaib, kan?
2) Bersin
Foto: Giphy
Okey, yang ini pasti semua tahu! Bersin bertujuan untuk membersihkan kotoran dan mengeluarkannya dari dalam badan kita.
3) Menggeliat
Foto: Pictures-and-image.com
Aik, menggeliat pun ada sebabnya? Ya, anda perlu tahu bahawa tujuan mengeliat adalah untuk membuatkan tubuh lebih bersedia menghadapi masa mendatang selain meregangkan otot-otot serta melancarkan peredaran darah.
4) Tersedu
Foto: thepartnerstrust.com
Apabila anda tersedu-sedan, ia menunjukkan kesalahan yang telah 'tubuh' anda lakukan seperti makan dengan cepat atau menelan ketulan makanan tanpa mengunyah hancur terlebih dahulu, mahupun makan terlalu banyak.
5) Tubuh tersentak ketika terlelap
Foto: Variedadesdigital.com
Baru nak terlelap, tubuh terasa bagai terkena renjatan elektrik. Kenapa ya? Ini kerana di saat anda tertidur, tubuh berada dalam keadaan relaks menjadikan kadar pernafasan dan denyutan nadi lebih perlahan, hingga boleh menyebabkan otot lumpuh dan nafas terhenti seketika.
Ketika itu, mungkin otak mentafsir ia sebagai tanda kematian. Maka, anda akan 'direnjat' untuk menyelamatkan anda daripada bahaya.
6) Kulit mengecut
Foto: Carian Internet
Siapa ketika kecil dulu suka main air lama-lama sebab nak tengok kulit tapak tangan menjadi kecut? Pernah tak terfikir kenapa ia berlaku?
Ia terjadi disebabkan badan menghadapi peningkatan jumlah kelembapan, sekali gus menyebabkan permukaan kulit menjadi lincin. Jadi, kedutan kulit seperti kismis itu adalah bagi memudahkan jari memegang sesuatu dengan erat. Ala, sama macam bunga tayar kenderaan yang bertujuan untuk mencengkam permukaan jalan.
7) Bulu roma meremang
Foto: METRO
Ini sering terjadi ketika anda berasa sejuk, kan? Jadi, bulu roma akan 'terpacak' bagi mengurangkan jumlah haba yang keluar dari badan anda melalui liang-liang kulit.
Sungguh indah ciptaan Tuhan, kan? Rupa-rupanya, di setiap kejadian itu mempunyai fungsi uniknya tersendiri. Jadi, anda bolehlah berkongsi dengan orang lain kelak. - CARI |