CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1609|Reply: 4

Kantoi Bawa Air Ketum Depan Sekolah

[Copy link]
Post time 8-3-2018 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Polis menahan lelaki tempatan berusia 22 tahun dipercayai membawa air ketum di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia Sungai Rengit, malam semalam.


Sinar Online melaporkan, air berkenaan dibawa di dalam sebuah van jenis Ford dan tangkapan dibuat pasukan khas Balai Polis Sungai Rengit pada jam 11.40 malam, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah.

"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam van telah menjumpai dua peti tong ais berwarna biru dan oren. Pemeriksaan dalam tong ais berwarna biru tertera tulisan Seven Seas Ice mengandungi 17 bungkus air ketum.


Foto: Sinar Online



"Sementara pemeriksaan dilakukan ke atas peti tong berwarna oren tertera tulisan Ocean mengandungi lapan bungkus air ketum,"katanya.


Polis turut menemui sebuah beg galas berwarna hitam mengandungi lapan botol berisi cecair disyaki ubat batuk 'DYNADRYL SYRUP' serta sebuah kotak berwarna hitam jenama GIVI mengandungi wang tunai sebanyak RM1,010.

"Suspek ditahan dibawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 dan direman selama empat hari bermula 8 hingga 11 Mac ini.

"Kes juga disiasat di bawah Seksywn 12(2) ADB 1952 kerana ubat batuk yang dirampas disyaki mengandungi Kodein," katanya lagi. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2018 03:00 PM | Show all posts
jual ketum kt sekolah ke dik? dengan minum ketum otak boleh jd cerdik ke? kalau buku xpernah buka cmne nak cerdik? makanlah segala vitamin tp sikap salah tetap tak cerdik.

kalau betul lah ketum tu cerdik kan otak, tentu adik jadi cikgu mengajar pelajar bukan niaga ketum depan sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
apa motif dia parking kat luar sekolah tu? berapa je budak sekolah rendah bawa duit ke sekolah? rm20 ke sehari? kalau jual ketum 50sen satu plastik? balik modal ke dik? just because u failed as a human,  does not mean u have to failed others by giving them drugs.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 03:22 PM | Show all posts
Air ketum ni rasa mcm ape ek?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 03:23 PM | Show all posts
orang macam ni memang haramjadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.105960 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list