View: 3176|Reply: 17
|
Menyanyi lagu Bahasa Mandarin, Nabila Cumi Cumi nak kembang bakat di China macam
[Copy link]
|
|
Menurut Nabila, dia masih perlu banyak memperbaiki penggunaan bahasa Mandarin dan belajar mengenai selok-belok industri muzik di China.
PENYANYI yang sedang popular melalui lagu 'Pematah Hati', Nabila Razali, mengakui mempunyai niat untuk mengembangkan bakat nyanyiannya ke China.
Menurut Nabila, 25 tahun, dia masih perlu banyak memperbaiki penggunaan bahasa Mandarin dan belajar mengenai selok-belok industri muzik di sana.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi peluang menyanyikan lagu tema filem biografi Datuk Lee Chong Wei berjudul 'Cahaya Juara' dan dalam lagu itu, saya harus belajar menyanyi beberapa baris lirik dalam bahasa Mandarin.
"Saya rasa ini permulaan yang bagus bagi kerjaya seni saya pada tahun ini dan saya harus perbaiki banyak perkara jika mahu serius dalam bidang nyanyian di negara orang.
"Jika dilihat, ramai sahaja rakan artis yang berhijrah ke China untuk kembangkan bakat mereka dan ternyata orang di sana sangat menyukainya, jadi bagi saya tidak salah jika menyimpan niat itu.
"Sebagai penyanyi saya suka mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang baru dan jika saya mahu serius mahu tembus pasaran industri di China, saya harus banyak belajar lagi," katanya kepada Astro Gempak.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran trailer kedua filem biografi Chong Wei di Quill City Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain Nabila, bintang sensasi YouTube kelahiran Sarawak, Priscilla Abby turut diberi penghormatan menyanyikan lagu tema filem biografi jaguh badminton negara itu.
Filem arahan Teng Bee yang berkisar mengenai kehidupan awal Chong Wei yang penuh liku untuk muncul sebagai pemain badminton nombor satu dunia bakal menemui penonton di pawagam tempatan bermula 15 Mac ini.
Sementara itu, peminat badminton berpeluang menjadi orang pertama menonton versi tambahan filem berdurasi 133 minit itu pada sesi tayangan istimewa di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 9 Mac ini.
Filem 'Lee Chong Wei: Rise of the Legend' membariskan pelakon seperti Tosh Chan, Datuk Rosyam Nor, selain pelakon Singapura Mark Lee, Yeo Yann Yann dan Ashley.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suara live kau sendu dekk..... |
|
|
|
|
|
|
|
makin meluat pulak mak tengok hijabista berlubang pakai jaket menggelebeh ni nyah...kau tak reti nak pakai leklok ke nyah? ada dulu mak nampak seorang mak hayam tu pakai jaket denim tengah pepanas buta nyah...fesyen tak hingat nyah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Gelilah dengar perkataan cumi cumi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm autotunes boleh la.. Nyanyi live hancur |
|
|
|
|
|
|
|
BookerT replied at 8-3-2018 03:26 PM
makin meluat pulak mak tengok hijabista berlubang pakai jaket menggelebeh ni nyah...kau tak reti nak ...
Kan nyah? Ala2 nak tunjuk tetek ke tak nak tunjuk. Kadang ku mahu kadang tak mahu gittew |
|
|
|
|
|
|
|
ekceli sheols penah bagitau ala2 nak jadi trendsetter untuk style cenggitu...tapi ujung2 ummah konpius antara sheols n hajah zouk...chuols rasa?
|
|
|
|
|
|
|
|
tengoklah siapa yang pakai style tu hehari nyah..dia lah trendsetter nye nyah... |
|
|
|
|
|
|
|
ReginaGeorge replied at 11-3-2018 06:05 PM
Gelilah dengar perkataan cumi cumi tu.
Sama dgn! Alergic ak dengar. Huhh koserr |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni deaf tone ka?tak penah dgr suara sendiri ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Kompiden ya amat yach nabila razali ni. Mementang ada makhluk yg labelkan sheols sbg Britney Malaysia, terus kompiden nak nyanyi ke china walaupon baru nyanyi sebaris dua ayat mandarin.
Iols rasa suara sheols live sangat la hauk. Tp sheols beruntung sbb lagu Pematah Hati tu mmg sedap walaupon sheols pon hauk live lagu tu. Gud luck la ye Nabila! |
|
|
|
|
|
|
|
But shila hamzah can sing live..
She cant yach. Recording version armed with autotune here n there pon still cant beat shila's live singing. Nasib dia baik lagu pematah hati very catchy |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahnya, suara ala chipmunk pun ada hati nk kembangkan smpai intenesenel |
|
|
|
|
|
|
|
suaranya sumbang kalau nyanyi live |
|
|
|
|
|
|
|
Jauh langit and bumi noks suara you teruk kalau nak compare dengan Shila Amzah walaupun I tak minat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lovelytouch at 24-5-2018 08:54 AM
Nyanyi Bahasa Melayu bahasa mak abah kau pun ke laut lagi la lagu Mandarin ke mantel terus! Gittewww akaq patahkan hati ko |
|
|
|
|
|
|
|
shila amzah suara tinggi nyaring, suara kau semput kalau nyanyi live deknon.. kena gelak dgn ummah china je nanti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|