CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1385|Reply: 2

Bakal bergelar bapa, luahan Adam Corrie selepas 10 tahun penantian buat netizen

[Copy link]
Post time 8-3-2018 03:12 PM | Show all posts |Read mode




Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Adam Corrie Lee bakal bergelar bapa selepas 10 tahun berkahwin.

Adam yang popular menerusi filem KL Gangster ini berkongsi berita gembira tersebut di laman Facebook miliknya.

“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Mu. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah .

“Allah dah bagi honeymoon 10 tahun berdua. Insya-Allah kelak bertiga pula. Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.

“Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya.


“Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki.

“Dan jadikanlah bagi manusia yang selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah.

“Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga Allah berikan zuriat juga.

“Aamin allahumma aamin. I love you @puan_fazi_fuad. Mr & Mrs Adam Corrie. #adamcorrie #bakaljadiAyah,” tulis Adam.

Entri tersebut menarik perhatian pengguna laman Facebook dengan mendapat 58,000 ‘likes’ serta hampir 5,300 ‘share’.

Rata-rata peminat Adam mengucapkan tahniah kepada pelakon aksi itu atas berita gembira yang dikongsikan.

Kebanyakan netizen juga turut sebak dengan penantian 10 tahun yang ditempuhi oleh Adam dan isteri dalam menanti kehadiran cahaya mata.

Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40, pada 21 November 2008.


Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Adam


  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2018 03:22 PM | Show all posts

dragon dah nak jadi ayah. kena beritahu king sama shark ni. thaniah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 03:26 PM | Show all posts
rupa2nya ni kali ke 4 wife dia peknen, alhamudlillah da ada anak2 syurga yg menanti....semoga kalini dipermudahkan & selamat melahirkan, aamiin

ni dari ig adamcorrie....

adamcorrielee Coretan dari Bidadari saya @puan_fazi_fuad ❤️
.
“Ini bukanlah kali pertama saya hamil.
Ini adalah kali ke 4 saya hamil.. Saya dah ada 3 anak di syurga. .
Mudah-mudahan kali ini Allah berikan saya peluang selamat melahirkan anak dan membesarkannya menjadi anak yang soleh/solehah dan menjadi menyambung dakwah Rasulullah SAW.
.
Setiap ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnya. ❤️ .
Saya Ibu hamil yg berusia 40tahun tahun ni❤️ , suami saya 50 tahun , tahun ke 10 usia perkahwinan kami dan kandungan saya sekarang sudah 5 bulan ❤️❤️❤️
Alhamdulillah..
.
Ramai pm fb dan dm ig saya tanya tips macamana nak hamil
.
Tak ada tips pon. Tapi yang pasti. Kalau dari kesihatan, terus jumpa doktor pakar. Suami dan isteri kena pergi buat pemeriksaan. Ikut sahaja saranan doktor. .
Jgn lengah2.. supaya kita tahu apa masalah kesihatan yang kita lalui.
.
Doa usaha dan tawakal ❤️ insyaAllah .
.
Jadikan setiap ujian itu sebagai hadiah dan kasih sayang dari Allah kepada kita. Ujian yang diberikan utk kita kumpul pahala.
Yang penting suami isteri kena sentiasa berkasih sayang. Tiada zuriat bkn makna hidup itu kosong dan tiada erti.
Jadikan rumahtangga jambatan kita ke syurga bersama.
.
Doa yang kami amalkan sejak awal perkahwinan dan Habib Ali Zaenal Abdin yang syorkan kami baca
Surah al-imran ayat 38 :
“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
.
Kita baca sirah Nabi Zakaria.. insyaAllah kita akan faham tentang apa itu Rezeki, Ujian dan kasih sayang dari Allah.
.
❤️Fazi”
.
.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.056795 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list