CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1170|Reply: 0

Tahun mencabar bagi eksport Malaysia tahun ini

[Copy link]
Post time 8-3-2018 03:17 PM | Show all posts |Read mode
                Tahun mencabaKUALA LUMPUR: Tahun 2018 dilihat sebagai tahun mencabar bagi meningkatkan eksport negara berikutan kenaikan sebanyak dua digit yang agak tinggi pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua (MITI) Datuk Chua Tee Yong.


Tahun ini juga memberikan cabaran, khususnya membabitkan eksport minyak kelapa sawit berikutan cadangan sekatan ke atas minyak tersebut oleh Kesatuan Eropah dan terbaru, peningkatan duti import ke atas minyak sawit oleh India.

"Kerajaan akan terus mengikuti perkembangan ini, kami percaya akan ada kesan, bagaimanapun harga minyak sawit masih mampan ketika ini.

"Kami berasa lega kerana China masih mengimport dan telah menyatakan bahawa mereka tidak akan mengenakan sebarang kuota untuk pengimportan komoditi itu," katanya kepada pemberita pada sesi pertemuan agensi-agensi di bawah MITI dengan sektor swasta sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini.
Perdagangan pada Januari tahun ini juga, agak menggalakkan dengan eksport negara mencecah RM82 bilion iaitu angka tertinggi bagi Januari secara keseluruhan berbanding sebelumnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri MITI (Industri) Datuk Ahmad Maslan menggesa usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk terus memanfaat dana yang diperuntukkan dalam belanjawan 2018 berjumlah RM22.2 bilion bagi terus meningkat dan mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.

Peruntukan belanjawan untuk PKS dalam 2018 adalah yang terbesar dalam sejarahnya serta disalurkan dalam bentuk geran, pembiayaan dan pinjaman.

"Tahun ini diharapkan akan menjadi tahun yang akan membuka peluang yang meluas bagi usahawan PKS yang terdiri daripada pelbagai kaum, " katanya.

Katanya, sekarang ini, hanya sejumlah 18 peratus usahawan PKS yang telah berjaya membawa produk mereka ke peringkat antarabangsa, dan ini perlu dipertingkatkan.

Menyentuh mengenai pembabitan usahawan bumiputera, beliau berkata hanya 38 peratus daripada lebih 900,000 pengusaha PKS di negara ini terdiri daripada kaum tersebut.

Angka ini perlu dipertingkatkan kepada 45-50 peratus daripada jumlah keseluruhan PKS di Malaysia dalam tempoh 4-5 tahun akan datang.

Oleh itu, bagi tujuan pemerkasaan ekonomi bumiputera , setiap kementerian telah diamanahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan bahagian pembangunan usahawanan bumiputera.

Katanya, setiap kementerian harus lebih proaktif dan keluar dari kepompong masing-masing bagi mencari dan membentuk usahawan bumiputera seperti yang telah diamanahkan supaya sasaran tersebut dapat dicapai.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.058245 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list