CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1319|Reply: 0

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

[Copy link]
Post time 8-3-2018 03:18 PM | Show all posts |Read mode

                                                                                                                                                                                Pada 9 pagi, unit tempatan disebut pada 3.8990/9040 berbanding dolar US daripada 3.9050/9080 pada Isnin.
                           
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan minat belian baharu bagi unit tempatan, susulan berita mengenai keputusan AS untuk mengenakan tarif ke atas aluminium dan keluli terus kekal di pasaran, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan disebut pada 3.8990/9040 berbanding dolar US daripada 3.9050/9080 pada Isnin.

Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata selain itu, harga minyak yang lebih tinggi berikutan laporan mengenai penurunan inventori minyak mentah di kemudahan penyimpanan US Cushing Oklahoma, turut menyokong ringgit.

Penanda aras minyak mentah Brent diniagakan 0.32 peratus lebih tinggi kepada US$65.75 setong.
Di peringkat tempatan, Innes berkata Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan dasar kadar faedahnya yang stabil minggu ini, dengan keutamaan bank pusat kepada ringgit yang lebih kukuh sebagai elemen untuk mengetatkan keadaan monetari, dan ekonomi terus bertambah baik sepanjang 2018.

"Secara keseluruhannya, kenyataan BNM akan memberi manfaat kepada ekonomi dan menyokong pasaran bon.

"Bagaimanapun, berdasarkan mata wang semasa yang lemah di pasaran serantau, ia dijangka kurang menggalakkan," kata Innes.

BNM akan mengadakan Mesyuarat Dasar Monetarinya pada Rabu.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9614/9654 daripada 2.9588/9617 pada Isnin dan merosot berbanding pound British kepada 5.4028/4106 daripada 5.3944/3001.

Ia turun berbanding euro kepada 4.8164/8238 daripada 4.8110/8162 dan lemah berbanding yen kepada 3.6679/6740 daripada 3.6983/6022.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049744 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list