CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1313|Reply: 0

Eksport perabot negara meningkat

[Copy link]
Post time 9-3-2018 02:49 PM | Show all posts |Read mode
MENTERI Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong (tiga kiri) ketika merasmikan Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/FAUZI BAHARUDIN
KUALA LUMPUR 8 Mac - Eksport industri perabot negara tahun lalu menyaksikan peningkatan sebanyak RM10.14 bilion berbanding RM7.58 bilion pada tahun 2016.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata, dalam keseluruhan industri itu produk perabot kayu telah mendapat sambutan menggalakkan membabitkan nilai eksport sehingga 80 peratus atau RM8.1 bilion nilai pendapatan.
“Peningkatan itu menunjukkan perkembangan positif dalam industri perabot yang menyumbang kepada pendapatan negara.
“Produk tempatan kini semakin diterima di luar negara berikutan kita menawarkan produk berkualiti dengan harga berpatututan,” katanya selepas merasmikan Pameran Perabot Antarabangsa (MIFF) di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan ASEAN Business, United Business Media (UBM) Asia, M. Gandhi dan Pengerusi MIFF, Datuk Dr. Tan Chin Huat.
Mengulas lanjut, Siew Keong berkata, dalam mengekalkan prestasi produk tempatan kerajaan turut memperuntukkan geran RM100 juta selain membangunkan pusat rekaan bagi menggalakkan lebih ramai pereka muda menghasilkan produk tempatan sebelum dieksport.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.047935 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list