CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: mosti

Minta share pengalaman anak dari kecik pandai baca sebab mak ajar atau pergi tut

[Copy link]
Post time 25-3-2018 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Majlis Ilmu Parenting Bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi
Antara perkongsiannya:

1.Kalau kita berasa sukar mendidik anak2, bersabarlah.* Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al Quran sekurang2nya semuka sehari, puasa Isnin & Khamis dsbnya. Tambah2 lagilah untuk mendidik org lain. Maka bersabarlah dalam mendidik. Dalam banyak2 keadaan,  matlamat kita untuk anak2 sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2.Tuntutlah ilmu secara berterusan.* Walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3.Jangan label anak.* Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yg baik sebab itu adalah labelnya.

4.Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak.* Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.

5.Anak bukan milik kita tapi amanah Allah kepada kita.* Didiklah anak mengikut kehendak Pemberi amanah. Jangan bawa anak2 kepada kita, tapi bawalah anak2 kepada Allah.

6.Ibu sama dengan bulan Ramadhan* sebab ibu adalah madrasah anak2 dan bulan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu adalah cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah.

Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7.Pendidikan anak2* bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya.

Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan. Didiklah isteri secara berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8.Didiklah anak dengan Al Quran.* Ibnu Sina, Hafiz Al Quran pada masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah dididik oleh ibu yang hafizah Al Quran.

Kita bukan hafiz Al Quran tetapi pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9.Ibu bapa pemimpin kepada anak2.* Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak2. Skrg ni anak2 tadika lebih percaya Ustazah di sekolah daripada ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan daripada ibu bapanya. Akhirnya, ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.

10.Tingkatkanlah pengaruh dari rasa cinta kepada kepercayaan.* Dlm rumahtangga,  dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya.

11.Walk the talk.* Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

12.Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan* seperti sedekah dsbnya sebagai tawasul anak2 menjadi baik. Cth: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..

13.Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita.* Cth: kita jadikan anak2 kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus war2kan. Anak yang tak dapat result elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita. Jangan membezakan anak2 yang pandai dengan yang kurang pandai.

Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama walaupun diri serba kekurangan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2018 01:41 PM | Show all posts
My son is 6 now. I am just going with the flow. His flow I mean.
Each day after work, I spend around 15-20mins with him doing reading, colouring, maths etc fafter going through his homework.
The moment I sense that he is not focused or tired, I stop.
Currently he only goes to kindy and swimming once a week over the weekend.
I am just letting him be a kid with minimal expectations for now.
We shall see how things progress once he is in school.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak juga. Tengok budak dan pembawakan sepanjang masa dia. Kalau u boleh terapkan positif and good value in sha Allah berjaya. I ade ex student dr die 3 years old smpai lani i follow fb mommy die  i tengok Alhamdulillah, excellent je studies die. Bright girl pulak tu. Aktif sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 02:36 PM | Show all posts
iols ank baru 4 tahun.. dah start ajarkan dia bunyik phonics..

dia cepat bosan.. 5-10 minit je bertahan.. kalau iols paksa.. mampus dia tak nak.. so iols tenang2x je la ajar..
sbb dia tak skola lagi.. iols ajar dia sekali sehari sahaja.. 5-10 minit.. lain2x waktu adalah waktu dia bermain.. pi kebun la main bola ..

iols takot juga dia bosan.. and the same time iols takot dia ketinggalan kalau tak reti membaca..

alamak stress nye..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:09 PM | Show all posts
dewimalam78 replied at 11-3-2018 03:16 PM
Pengalaman ai pernah tinggal di oversea (uk)..
Anak ai masuk tadika ms umur 3 1/2thn. Budak2 byk du ...

agree! as parents I pun encourage anak utk minat belajar n emphasise on knowledge is power. but let them take their baby steps to learn something, xperlu push and stress sgt. byk tadika skrg alert and keep track ngan progress bebdk, and adala action plan dorg tuk yg perlukan perhatian at what areas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:14 PM | Show all posts
gujiwa replied at 28-3-2018 01:36 PM
iols ank baru 4 tahun.. dah start ajarkan dia bunyik phonics..

dia cepat bosan.. 5-10 minit je b ...

i rasa good start dah tu. tggl nak consistent je. nanti bila dia join tadika, ada kawan2 dia mesti lagi senang nak adapt sbb dah familiar kt umah sbelum nie, so kalau blum pandai membaca mesti cepat je dia leh membaca nanti. trust me. tapi kena carik tadika yg ajar dgn phonics jugakla so dia tak confuse. don't worry.. he/she'll catch up. anak i pun memula i buat cam u kenalkan phonics kat umah. masa masuk tadika senang je dia ikut flow sbb dah familiar. skrg dia lagi semangat asik2 suh kte bacakan story book. i je yg pemalas kdg2, cakap kat dia nanti..jap lagi..5minutes la apa la sebab keletihan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2018 03:03 PM | Show all posts
anak aku dah sekolah menengah nak masuk u dah. ada juga yang sekolah kebangsaan la.

aku rasa yang penting:

1. mak ayah kena bagi info/maklumat kat anak apa realiti hidup kat dunia ni seawal tadika hehe. joinkan dia dalam perbualan pasal dunia, pasal bola, pasal politik, pasal alam sekitar, serangga, drama, artis, kisah jenayah dan lain-lain. oleh itu, setiap kali perbualan ibu bapa mestila yang berfaedah dan boleh mencambahkan idea dan pemikiran baru, bukan citer hal ngumpat2 org je. ingat, best people talk about ideas and innovation.

2. rotan+ cubit bila buat salah, bagi dia ingat kesalahan dia. ini untuk ingatkan bahawa walopun aku leh sembang dengan dia as kawan, tapi aku juga ada authority utk hukum dia atas kesalahan sebab aku kena ajar. itu saja.

3. masa anak kecik2 aku bagi reward utk setiap kali diorg tolong buat kerja say lipat kain sendiri, or susun kasut kat luar or kemaskan ruang tamu or masukkan baju dalam mesin atau bagi makan kucing. reward besar utk tolong buang taik kucing.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 03:06 PM | Show all posts
alamak aku tak menjawab soalan rupanya haha, ini thread pasal anak belajar dan malas belajar bila tuition ye? kihkihkih

aku hantar tuition masa diorg darjah 5 ke atas. masa kecik tadika dan tahap 1 tu semua hantar dia kelas2 yang diorg suka la, ada yg suka karate, ada yg suka swimming ada yang suka public speaking..so pilih ikut suka hati mereka. kena bagi warning dah pilih ni mesti buat sampai habis sebab ini hadiah dari mama. kalo ko tak habis belajar aku kurangkan elaun sekolah. so diorg kena pikir utk choose properly. kecik2 tadika pun aku suruh pikir sendiri buat pilihan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2018 03:11 PM | Show all posts
so bila dah sekolah menengah ni diorg banyak je pilihan2 dan pemikiran yang diorg buat tapi mesti kena vet by mama dulu lah. aku akan tanya detail sampai habis2an macam tengah audit dan csi wakakaka so mereka kena prepare semua jawapan dengan proper before they see me.

takde masalah dengan semua kelas2 dan tuition2 yang aku dah hantar masa kecik2 tu, tapi aku takmola bagi budak2 ni pandai sangat masa kecik2, biarle diorg reti sendiri pikir apa yang baik dan buruk, takyah nak tuition seawal darjah 1.

pastu, aku tengok anak2 kawan aku yang asyik bg anak baby diorg tgk youtube dan english kartun kat astro tu, end up anak diorg macam tak reti bercakap dengan masyarakat. cakap pun english la tapi macam dalam tv, macam baca skrip. bila dah umur 13 or 14 jadi anti sosial camna tah. so takyah bagi anak2 ko gadget youtube english sangat, rosak budak. lagipun dengan gadget2 tu u can develop adult autisme nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2019 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba mosti ajar anak dirumah dalam keadaan santai. Anak akak 4 orang. Semua hanya tuition kalau diaorg rasa perlu. Kalau rasa boleh overcome apa2 problem, let them be. So, Aanak sulung & kedua x pernah tuition sebab diaorg yakin boleh belajar sendiri & concentrate dalam class. Anak ketiga dia kena struggle banyak sikit dan masa dia penghujung Form 4 dia sendiri cari cikgu yg dia boleh faham dan minta tuition dengan cikgu tu masa Form 5. So, dia ambil Add maths & Chemistry je. Yg bongsu ni manja sikit. Ada problem (read as malas nak buat exercises) dengan Maths so dia sendiri setuju pergi Kumon utk setahun setengah. Skrg dah Form 2 dan dah 3 taun quit Kumon sebab dia dah cekap dan dah minat dgn Maths. Awal tahun ni dia request utk masuk tuition Maths tp di tempat yg kakak dia recommend. So, dia pergi dan tersuka pulak nak ambil English tp syllabus Singapore. So, kitorng pun ok je..

As for membaca, ajar anak dlm suasana yg santai. Anak ketiga akak belajar kenal huruf dalam bilik mandi saja. Bila ada percikan air di dinding, itu la kertas mahjong dia. Situ dia mula lukis ABC, nombor dan AlifBaTa. Sebelum tu memang akak amalkan  golek2 dengan anak2 sambil baca buku sebab akak memang minat membaca. Anak2 dari baby dah dibacakan buku. Semua jenis buku akak dan suami bacakan. Termasuk la majalah2 komik, Gila2 dll. Kamus pun termasuk juga.. Tidak terhad kepada buku Ladybird sahaja. Tapi make it joyful for them. Akak memang ada schedule tk aktiviti seharian. Termasuk la memasak, cuci baju( biasa berus baju dengan anak2), buat semua house chores la kiranya. Waktu main dan layan pokok & laman sekangkang kera pun termasuk dalam aktiviti. EQ & IQ. Sambil2 tu kita combine dlm “syllabus” akak. Dari waktu akak masih mengajar sampailah dha jadi fulltime housewife. Buat “syllabus” sendiri mengikut kecenderungan anak2 supaya diaorg x bosan. Alhamdulillah sampai la ni diaorg masih seronok belajar dan tahu kepentingannya. Selain tu bila diaorg berjaya capai sesuatu kejayaan, kami bagi la reward. Contohnya jika hari2 jaga pokok diaorg, dan bila pokok berbunga @ berbuah, kami reward la picnic kat tepi pantai ke... Atau ajak anak2 jiran datang rumah dan main dengan diaorg mcm ada party bila diaorg pergi masuk pertandingan mewarna @ apa2 pertandingan di tadika atau sekolah. Kalah pun kami raikan. Akak lihat benda tu sebagai encouragement utk diaorg. Semuanya ikut kepada kecenderungan anak tu sendiri tau.
Just be creative. Jangan memaksa tapi encourage then.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2019 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba mosti ajar anak dirumah dalam keadaan santai. Anak akak 4 orang. Semua hanya tuition kalau diaorg rasa perlu. Kalau rasa boleh overcome apa2 problem, let them be. So, Aanak sulung & kedua x pernah tuition sebab diaorg yakin boleh belajar sendiri & concentrate dalam class. Anak ketiga dia kena struggle banyak sikit dan masa dia penghujung Form 4 dia sendiri cari cikgu yg dia boleh faham dan minta tuition dengan cikgu tu masa Form 5. So, dia ambil Add maths & Chemistry je. Yg bongsu ni manja sikit. Ada problem (read as malas nak buat exercises) dengan Maths so dia sendiri setuju pergi Kumon utk setahun setengah. Skrg dah Form 2 dan dah 3 taun quit Kumon sebab dia dah cekap dan dah minat dgn Maths. Awal tahun ni dia request utk masuk tuition Maths tp di tempat yg kakak dia recommend. So, dia pergi dan tersuka pulak nak ambil English tp syllabus Singapore. So, kitorng pun ok je..

As for membaca, ajar anak dlm suasana yg santai. Anak ketiga akak belajar kenal huruf dalam bilik mandi saja. Bila ada percikan air di dinding, itu la kertas mahjong dia. Situ dia mula lukis ABC, nombor dan AlifBaTa. Sebelum tu memang akak amalkan  golek2 dengan anak2 sambil baca buku sebab akak memang minat membaca. Anak2 dari baby dah dibacakan buku. Semua jenis buku akak dan suami bacakan. Termasuk la majalah2 komik, Gila2 dll. Kamus pun termasuk juga.. Tidak terhad kepada buku Ladybird sahaja. Tapi make it joyful for them. Akak memang ada schedule tk aktiviti seharian. Termasuk la memasak, cuci baju( biasa berus baju dengan anak2), buat semua house chores la kiranya. Waktu main dan layan pokok & laman sekangkang kera pun termasuk dalam aktiviti. EQ & IQ. Sambil2 tu kita combine dlm “syllabus” akak. Dari waktu akak masih mengajar sampailah dha jadi fulltime housewife. Buat “syllabus” sendiri mengikut kecenderungan anak2 supaya diaorg x bosan. Alhamdulillah sampai la ni diaorg masih seronok belajar dan tahu kepentingannya. Selain tu bila diaorg berjaya capai sesuatu kejayaan, kami bagi la reward. Contohnya jika hari2 jaga pokok diaorg, dan bila pokok berbunga @ berbuah, kami reward la picnic kat tepi pantai ke... Atau ajak anak2 jiran datang rumah dan main dengan diaorg mcm ada party bila diaorg pergi masuk pertandingan mewarna @ apa2 pertandingan di tadika atau sekolah. Kalah pun kami raikan. Akak lihat benda tu sebagai encouragement utk diaorg. Semuanya ikut kepada kecenderungan anak tu sendiri tau.
Just be creative. Jangan memaksa tapi encourage then.

Satu lagi akak nak tambah. Jgn lupa didik anak tggjawab sebagai hamba Allah. Segan nak cakap tapi anak2 lebih banyak ilmu agama & lebih fasih mengaji AlQuran dari akak dan suami. So, kami banyak belajar  dari mereka. Dah pergi belajar mengaji dari umur 4 tahun sebab jiran yg ajar. Then 5 tahun dah pergi kelas Fardhu Ain. And on weekends ada kelas tahfiz. During long school holidays, diaorg enrol dalam kelas tahfiz intensive di madrasah yg diaorg pilih. So memang 3 yg bawah ni selalu pilih madrasah yg sama. Alongnya tak join sebab time tu dia dah besar. Beza dengan yg kedua ialah 6 tahun.. So byk perkara dia x blh join sekali. Tapi bila adik2 habis class, dia mesti tunggu dan berbual tanya apa adik2 belajar. Siblings bonding time, gitu.. Sampai la ni, walau sesekali je dapat berkumpul adik-beradik, masing2 akan share cerita hal sekolah, kawan2 , music & filem. Then time gelak2 citer ttg kami the parents ni pun ada.. But most importantly, Alog sentiasa pantau pelajaran adik2 & kalau ada yg leka, mesti menggigil kepala lutut masing2 walau Along bertanya melalui WA sekalipun. Kalau Along call dan ada yg x dengar cakap atau buat akak marah, memang adik2 ni hanya berani sebut, mm mm je.
Eh! Dah meleret pulak. Tapi apapun kena sentiasa ajar perkara2 berkaitan IQ & EQ. Kedua2nya oenting utk kehidupan kita sefamily samada hari ini atau esok2 nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2019 03:04 PM | Show all posts
Edited by jo_je at 19-12-2019 03:38 PM

saya anak2 biarkan je dulu. santai2 dulu.

okey anak2 saya umur 6 tahun saya masukkan kelas swimming semua anak wajib ambil suka ke tak suka kena paksa.
manakala kelas ke2 pilihan sendiri. saya ada 3 org anak. yang boy pilih kelas badminton yang 2 org girl sorang pilih kelas speech and drama
yang sorang lagi art class..  saya buat mcmni taknak mereka bosan.. asyik belajar jer.. otak pun boleh tepu...
akedemik saya ajar sendiri..

ni semua nak mengelak anak2 jemu belajar.. hihi


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2019 04:17 PM | Show all posts
i tak layak nak bersuara di sini hew hew. tapi nak share je la. padahal anak baru 2y4m.

masa umur dia 2y, dia memang tak pernah bercakap 2 patah perkataan pon lagi. Nak susu pon nan hado. Even now pon takde cakap nak susu, kalau nak pon style dia merengek ke ngada2 ke haa kita paham la kan.

Tapi lately dia macam da improve la. Da boleh cakap apa tu, im sorry, and more.
plus da boleh kira 1 to 10 dalam english and malay which i have to give kredit pada BS I. Alang2 ajar anak dia mungkin dia ajar anak i sekali. Dorang jarak setahun.

So tentang what will happen in future, tak sure. Next year anak I akan masuk school sebab BS i deliver baby and ambil cuti 5 bulan. So either lepas tu masih sambung BS or stay at nursey, i have no idea. Tengok flow juga sebab kalau masuk BS balik bleh jimat yuran sikit memandangkan baby pon coming soon next year.

Cuma , ada kawan I pendpat dia. if hantar anak sekolah too soon, dorang akan naik muak dengan belajar. So dia anta anak dia sekolah at the age of 5 years old. So lain orang lain pendapat kan.

my tot pulak, i feel that kalau lagi cepat anak i skool and campur kawan2, lagi bagus sebab she will learn how to communicate, sharing, kawan2 and etc...

thanks for reading, macam takde kena mengena dengan tajuk tapi yeahhh thanks for reading! haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.711483 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list