Dayang Nurfaizah menjelaskan bahawa sehingga ke hari ini dia masih tidak mempunyai buah hati kerana tiada lelaki yang berani untuk mencuri hatinya.
Foto: IG Dayang Nurfaizah
Buat masa ini dia masih selesa bersendiri dan tidak ada mana-mana lelaki dalam hatinya terlintas untuk dijadikan calon suami.
Foto: IG Dayang Nurfaizah
"Saya belum pernah bercinta mahupun memiliki kekasih. Setakat ini tiada siapa yang berani mendekati mahupun cuba mengetuk pintu hati.”
"Terus terang, saya memang memilih lelaki yang hendak dijadikan calon suami kerana kalau berkahwin biarlah sekali seumur hidup.” katanya pada Harian Metro.
Foto: IG Dayang Nurfaizah
Lelaki mahupun perempuan yang telah menjangkau usia dewasa pasti ada perasaan ingin berumahtangga bersama insan yang tersayang. Itulah lumrah kehidupan. Begitu juga dengan Dayang yang pernah memikirkan soal jodoh ini.
Foto: IG Dayang Nurfaizah
"ada usia sekarang, ada juga perasaan bimbang setiap kali ditanya soal jodoh, tapi saya tidak mahu terlalu membebankan fikiran dan fokus pada karier nyanyian.
"Ibu bapa tidak pernah mendesak saya untuk berkahwin mahupun mencarikan calon suami kerana mereka tahu saya macam mana dan lebih suka mencari calon suami sendiri," katanya.
Benar apa yang dikatakan Dayang. Jodoh itu rahsia Tuhan. Kita doakan Dayang agar terus mencipta kejayaan dengan lebih banyak lagi dan bertemu dengan lelaki yang tercinta. - CARI |