CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2385|Reply: 25

[Tempatan] Dr M: Kenyataan menteri sekarang lebih 'bodoh'

  [Copy link]
Post time 12-3-2018 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Dr M: Kenyataan menteri sekarang lebih 'bodoh'

https://www.malaysiakini.com/news/415257

Diterbitkan 11 Mac 2018, 8:02 malam  |  Dikemaskini 11 Mac 2018, 8:03 malam





Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan kenyataan menteri Umno sekarang yang disifatkan beliau lebih 'bodoh' daripada zaman pentadbirannya dulu.

Mahathir mengulas beberapa kenyataan menteri Umno yang mendakwa ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik.

Antaranya, kenyataan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang berkata ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara, kenyataan Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Sharir Samad yang menyebut kutipan derma masjid meningkat dan MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar yang memetik jumlah peningkatan tahap kegemukan (obesiti).

"Ini bukanlah indikator kemantapan ekonomi," kata Mahathir dalam hantaran video yang dimuatnaik pada halaman rasmi Facebook Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Nampak menteri-menteri Umno ini, walaupun dulu saya ada menteri tapi tak lah macam yang ada sekarang ini.

Sekarang ini, kenyataan-kenyataan mereka lebih bodoh," tambah Mahathir yang merupakan Pengerusi BERSATU dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Mahathir berkata satu lagi contoh ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak yang mendakwa rampasan kapal peranginan Equanimity oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia di Bali tidak ada kaitan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low.

Menurut Jabatan Keadilan AS (DOJ), kapal peranginan mewah bernilai AS$260 juta itu didakwa dimiliki Jho Low yang dibeli menggunakan dana yang dilesapkan daripada 1MDB melalui sistem kewangan AS.

" Salleh Keruak kata Jho Low tidak memiliki kapal Equanimity, sedangkan Jho Low sendiri mengakui itu adalah kapal miliknya.

"Inilah kenyataan-kenyataan yang tidak berasas, yang mendedahkan kebodohan orang yang buat kenyataan ini," kata Mahathir.

Susulan rampasan kapal mewah tersebut, Low melalui jurucakapnya berkata 'tindakan DOJ itu keterlaluan'.

DOJ mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion dilesapkan daripada 1MDB dan digubah secara haram melalui sistem kewangan AS untuk membeli harta di sana.

DOJ berusaha untuk merampas harta bernilai AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana yang dicuri.

1MDB tidak pernah memperakui sebarang dananya telah dilesapkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2018 11:30 AM | Show all posts
Yg Menteri2 buat kenyataan hasil dari kajian firma penarafan antarabangsa seperti Standard & Poor ,Moody’s, Fitch Ratings mengenai ekonomi
negara, korang semua buat bodoh atau memang bodoh...






Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkan nak tunggu firma abangsa umum suma menteri bodoh.
Acik felda pun dah blh nilai sendirik
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 11:49 AM | Show all posts
rashiman replied at 12-3-2018 11:30 AM
Yg Menteri2 buat kenyataan hasil dari kajian firma penarafan antarabangsa seperti Standard & Poor ,M ...
Antaranya, kenyataan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang berkata ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara, kenyataan Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Sharir Samad yang menyebut kutipan derma masjid meningkat dan MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar yang memetik jumlah peningkatan tahap kegemukan (obesiti).

"Ini bukanlah indikator kemantapan ekonomi," kata Mahathir dalam hantaran video yang dimuatnaik pada halaman rasmi Facebook Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
ini mmg kenyataan bangang
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 12:09 PM | Show all posts
roy3 replied at 12-3-2018 11:49 AM
ini mmg kenyataan bangang

abis dah buat kenyataan betul pun ada yg bangang nak faham....

tahu pulak marah bila buat kenyataan bangang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama banggang tak dgn kenyataan tun ..  saya dah tua , saya tak ingat apa2 ..  sewaktu dosoal pasal isu forex negara hilang berpuloh biliion ?
Kan banggang tu tradisi kepimpinan kita .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2018 01:27 PM | Show all posts
ini semua hasil daripada tangan dia gak dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri skrg lebih bodoh. Maksudnya menteri dulu pon bodo juga. Cuma yg skrg lagi bodo la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2018 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot yer pun berpandukan pada rating agency bagi ler contoh yang munasabah skit...

Nie bagi contoh ikut sedap anak tekak jer...

Shahir dgn bung punya contoh mmg buat org tepuk
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 08:44 PM | Show all posts
teruskan usaha menteri2
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak maaflah tun. Apa saja kenyataan tun aku anggap hanyalah bertaraf auta dan kenceng saja walaupun aku benci menteri-menteri umngok.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak zaman tun lagi menteri2 ni dah berlumba2 utk menjadi yg terbanggang . Kerana mungkin ini cara utk menunjukkan mereka anjing yg baik .
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 06:12 PM | Show all posts
rashiman replied at 12-3-2018 12:09 PM
abis dah buat kenyataan betul pun ada yg bangang nak faham....

tahu pulak marah bila buat kenya ...

Ini statement mengaku menteri junjungan kau memang bangang = bodoh la kan?

Rakyat sekarang ni diam je. Tapi tak bermaksud kebodohan atasan itu mereka tak perasan dan setuju.
Nak bersuara lebih2 kang masuk dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 11:46 AM | Show all posts
zaman dia ngan zaman najib sama jek..
cuma takder la ketara sgt berlumba2..
zaman dia, dia la kepala buat statement tak cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 11:51 AM | Show all posts
Dah mmg betul , menteri skrg berlumba2 nak jadi bodoh  selevel dgn pm kepit.

Macai dedak kat cari pun bodoh banggang jugak
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 08:10 PM | Show all posts
Mata lebam Anwar sebab tumbuk muka dia sendiri. Dan ada pula kata lebam mata Anwar disebabkan Anwar bekam matanya sendiri. Kenyataan bodoh siapakah ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2018 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri bodoh sebab Mahathir ambil org bodoh dari awal dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nye baru berkutik 2-3 hari menteri2 bodoh tu.

Dari zaman Mahathir PM dah wujud menteri2 bodoh tu.

Contoh Ku Nan, Ahmad Maslan dan Noh Omar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 12:46 PM | Show all posts
iloveselangor replied at 14-3-2018 08:13 PM
Bukan nye baru berkutik 2-3 hari menteri2 bodoh tu.

Dari zaman Mahathir PM dah wujud menteri2 bod ...


Rasanya kenyataan Menteri2 bodoh akan wujud sampai bila2 masa, tak kiralah siapa yg memerintah,
selagi ada Pembangkang & Kerajaan.

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iloveselangor at 16-3-2018 05:07 PM
rashiman replied at 15-3-2018 12:46 PM
Rasanya kenyataan Menteri2 bodoh akan wujud sampai bila2 masa, tak kiralah siapa yg memerintah,
...


Kalau Melayu jadi menteri memang bodoh kampungan la.

Background diorg semua universiti umno kannn
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.290092 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list