CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4398|Reply: 54

[Tempatan] Edisi FELDA : SAH!!! Isa Samad gadaikan tanah Felda!

  [Copy link]
Post time 12-3-2018 03:20 PM | Show all posts |Read mode
PARLIMEN hari ini diberitahu, surat kuasa wakil penuh untuk memajukan tanah di Jalan Semarak untuk membangunkan Kuala Lumpur Vertical City ditandatangani oleh bekas pengerusi dan juga pengarah Felda terdahulu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Razali Ibrahim berkata, pendedahan maklumat itu bagaimanapun tidak bertujuan untuk menuding jari terhadap mana-mana pihak.

"Kita zaman sekarang tak boleh sembunyi-sembunyi pun, banyak benda akan terdedah. Sekarang saya jawab di Parlimen. PA tersebut ditandatangani oleh pengerusi Felda dan pengurus besar ketika itu.

"Maknanya (pendedahan) ini bukan bertujuan tentukan siapa betul, siapa salah kerana siasatan masih berlangsung," katanya ketika menjawab soalan Fauzi Abdul Rahman (PKR – Indera Mahkota).

Pengerusi Felda yang dimaksudkannya ialah Isa Samd yang mengisi jawatan itu dari 2011 hingga Januari 2017.

Selain itu, Isa turut menjadi pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dari Januari 2011 hingga Jun tahun lalu dan juga pengerusi Felda Investment Corporation (FIC) sejak entiti itu ditubuhkan pada Julai 2013 hingga 2017.

Kenyataan Razali hari ini turut menjawab dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pada bulan lalu bahawa transaksi melibatkan tanah itu berlaku bawah kepimpinan pengerusi Felda sekarang, Shahrir Samad.

Dalam jawapannya di Dewan Rakyat hari ini, Razali menegaskan, kes tersebut masih lagi dalam siasatan audit forensik dan terdapat banyak syor serta penemuan yang didapati dalam siasatan tersebut.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, sebanyak 240 dokumen telah diambil untuk siasatan, termasuk minit mesyuarat lembaga pengarah.

Minggu lalu, Felda mengesahkan telah mendapat kembali kesemua 16 lot tanah Jalan Semarak di Kuala Lumpur yang sebelum ini bertukar tangan kepada syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).

Pengerusinya Shahrir Abdul Samad berkata hak Felda untuk mendapat kembali tanah tersebut adalah sebahagian daripada perjanjian baharu dengan syarikat itu pada 15 Januari lalu.

Kes berkenaan didedahkan dalam laporan Berita Harian akhir Disember lalu yang menyebut, anak syarikat Felda, FIC melantik SPSB sebagai pemaju utama projek dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkan tanah itu. – 12 Mac, 2018.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2018 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah. ..Korang tak tahu kah ada orang yang sedang dipaksa jadi kambing hitam. ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah tiba tiba pulak doraemon
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 03:44 PM | Show all posts
susah sangat nak cakap....hadoi....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 03:48 PM | Show all posts
macam mana dia boleh jual tanah felda tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 03:49 PM | Show all posts
memang jilaker si kemetot kaki rasuah tuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak baik ckp dia kemetot....kemetot dia pon otak dia bijak menipu taw...
Ni x lama lagi mesti keluar berita dia pegi umrah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 03:54 PM | Show all posts
sape yg lantik isa samad jd pengerusi ye?..ada sape2 tau tak?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2018 04:03 PM | Show all posts
yang penting, menjelang pilihanraya, parti tu sesuci embun
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Isa samad ni pakcik rosmah mansur,  ekau lobih2 nti kono c4

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 04:10 PM | Show all posts
ada berani nk lucutkan jawatan dia di SPAD?
kirim salam!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 04:19 PM | Show all posts
Pastu boleh plak dilantik untuk teraju SPAD. Anjing sesgt. Klu bangsa lain, ie. Jepun ke, dah malu and mmg letak jawatan, tp meleis ni mmg xde rasa malu walau sedikit. memang xde integriti. Islam plak tu. Nak kene tunggu cash! The saddest part is, ada malaun yang boleh tutup mata and cakap it is ok. Wtf. Pastu dok jerit Islam tergadai. anjing sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Di malaysia ni mana ada kemalu__?

Muka tembok
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Peh tu nak gapo kedio
Kerak Jibun lam tgn dio
Sama cam Pok Syed
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 04:33 PM | Show all posts
noor2 replied at 12-3-2018 03:24 PM
Ya Allah. ..Korang tak tahu kah ada orang yang sedang dipaksa jadi kambing hitam. ...

betul.

isa terpaksa jd kamben hitam utk sain perjanjian
spt jho low yg terpaksa jd kamben hitam dlm skandal 1mbabi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2018 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang pendek sememangnya akal tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 12-3-2018 04:33 PM
betul.

isa terpaksa jd kamben hitam utk sain perjanjian

kiranya ts isa tak salah...
kesian isa jadi kambing hitam...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 12-3-2018 04:33 PM
betul.

isa terpaksa jd kamben hitam utk sain perjanjian

kiranya ts isa tak salah...
kesian isa jadi kambing hitam...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 06:42 PM | Show all posts
Bilalah nk didakwa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.072078 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list