CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4628|Reply: 27

NAFKAH DARI SUAMI

[Copy link]
Post time 12-3-2018 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...

Nak syer problem dan minta pendapat. Rasa terbuku kat hati ni dan rasa bosan sangat2 hidup ni. Aku dulu menjanda 7 th dengan anak sorang, dr anak umur 5 th hingga la 12 th.

Baru hampir 2 th ni aku nikah baru dengan calon pilihan ayah aku. Aku memang tak berkenan dan tak kenal. Tapi ayah aku nak sgt aku kawin dgn pilihan dia. Pada masa yg sama aku berkawan rapat dgn suami orang, kira hati aku ni syg sgt2 la kat suami org tu. Hidup aku senang masa ni, walaupon gaji aku tak brp cukup, tp mampu hidup senang sbb si suami orang tu dok bg duit kat aku, dan semua masalah kewangan aku dia tolong sattel kan. Bukan masalah kewangan sahaja, masalah anak, masalah rumah, masalah kereta semua dia tolong. Dia tak pernah merapu atau cuba nak ambil kesempatan, sbb pegangan agama dia kuat, solat tak tinggal. Dia dan 10 th kawin, tp tak de anak lg, wife dia tak kerja.

Untuk elakkan diri jd perampas dan hubungan yg tak pasti, aku nekad berkahwin dgn pilihan ayah aku. Masa bersanding pon aku rasa mcm mimpi.... betul ke tak apa yg aku buat ni, tp hadap jer la...... Beza umor aku dan suami 22 th. Aku 35 dia 57 (Duda, wife meninggal) tp dia tak nampak tua, orgnya segak dan bergaya.

lps kawin aku berpindah ke kg dan duduk dengan suami. Ank aku plk dpt sekolah kat asrama penuh. Aku kerja kat tempat baru. Rasa stress sbb dah 15 th duduk KL, tiba2 balik duduk kg. Tapi aku cuba suaikan diri, kuatkan hati walaupon kadang2 rasa nak menangis.

Suami org berada, dia ada beberapa buah rumah sewa dan shop lot perniagaan. Dia juga menjalankan perniagaan. Keperluan rumah semua suami yg sediakan spt makan minum, bil2 dan barang dapur. Gaji aku memang dia tak pernah tanya langsung, aku pon memang tak perlu beli apa2 utk keperluan rumah, semua suami beli. Bila pergi bercuti pon suami akan tanggung perbelanjaan, tp dlm negara jer la.

Masalahnya suami langsung tak bg duit belanja kat aku. Pernah mintak dan jd gaduh besar. Dia cakap aku bekerja dan bukan tangungjawab dia bg aku duit. Dia cakap aku duduk dengan dia, dia dah bg makan, minum dan tempat tinggal. Aku tak perlu byr sewa mcm kat KL dulu, jd dia tak perlu bg aku duit lg. Raya tahun lepas, aku mintak duit beli baju raya pon dia tak bagi. Pernah 3 kali aku mintak duit kat dia dan jd gaduh besar. Sejak tu sampai sekarang aku dah tak mintak duit kat dia walaupon RM 1. Namun dalam hati aku tak redho dan aku tak halalkan, sbb dlm duit dia ada hak aku sbg isteri, walaupon aku bekerja.

Masalah aku, gaji aku tak sebanyak aku kerja kat KL dulu, dan masa kat KL pejabat dekat dgn rumah, 5 minit je drive dah sampai. Tapi kat kg ni aku terpaksa peruntukkan RM 500 sebln utk petrol sahaja, perjalanan dr rumah ke pejabat 1 jam drive, balik pon 1 jam. Bab masak pulak, hari2 memang dia yg akan masak, sbb dia akan masak yg simple dan murah. Kalau anak aku cuti, baru aku beli lauk dan aku masak, sbb anak aku pon kekadang tak lalu nak makan yg suami aku msk. Aku pon memang selalu makan kat kedai, balik rumah bg kucing makan je. Kekadang tu aku makan la sikit ambik hati dia.


Kebaikan dia, langsung tak marah kecuali kalau aku mintak duit. Jd aku dgn dia memang tak pernah bergaduh la sejak aku memang dah tak mintak dia duit. Perasaan tak puas hati tu bersarang dalam hati jer la.


Suami aku walaupon dah tua, tp minat make up kereta. Beribu habis duit makeup kereta mitsubishi dia. Dia ada 3 bijik lg kereta lain, boleh dikatakan tiap mgg dia akan update touch up. Tp pernah kereta aku rosak, dia langsung tak offer pon aku pakai kereta dia yg lain2 tu. dia lg sanggup bungkus kereta dia dgn plastik.

Kereta aku rosak pon dia buat bodoh je... jangan harap la dia nak hulur duit. Dengan anak aku pon sama, dia boleh mintak tolong pergi ambil atau hantar anak aku blk asrama, tp bab bagi duit jangan harap la, RM 10 pon dia tak bagi.

Aku dah tawar hati, perasaan syg yg konon aku nak semai dulu mati terus. Aku pon jarang berbual dgn dia, lps isyak aku terus naik bilik. Dia selalu tgk tv sorang2 sampai pkl 12 mlm. Aku kat atas mengadap fon... tgk fb, wsp. Bila hati dah tawar layan pon ala kadar jer la, asal die lepas sudah. Malas nak lama2. fell aku langsung tak de, mood nak bersama pon tak de.

Aku sedih, bila tak cukup duit aku terpaksa meminjam dgn adik atau kakak aku. Ayah aku dah tahu jugak yg laki aku tu kedekut, tp aku tak tunjuk la kat ayah aku yg aku dah bosan dgn sikap laki aku. Sbb aku takot ayah aku susah hati, umur ayah aku pon dah dekat 70, biarlah dia ingat aku bahagia.

Aku tak de pilihan sebenarnya.... walaupon hati aku tawar, aku tetap terpaksa bertahan demi ayah aku. Aku tak nak ayah aku sedih jika aku berpisah. Biarlah ayah aku tenang di hari2 tuanya.

Aku menulis di sini, sekadar meluahkan apa yg bersarang di hati... Aku berdoa semoga Allah buanglah sikap bakhil yg ada dlm diri laki aku.

Lepas aku kawin, aku terus stop berhubung dgn suami org tu, aku nak cuba mencintai suami aku sepenuh hati. Tp aku hanya mampu berlakon.

Walaupon aku tak bahagia, aku tak nak jalinkan hubungan gelap dgn mana2 lelaki. Walaupon sekadar berbalas wsp.... Biarlah hidup aku sendiri. Aku yakin rezeki tu dr Allah, bukan dari suami. Jika rezeki tu Allah tak datangkan dr suami, esok atau lusa Allah akan datangkan melalui sumber lain. Insya Allah. Aku cuma manusia biasa... kekadang dapat pujuk hati supaya bersabar, tetapi kekadang tak mampu bersabar... mula la pikir yg bukan2.
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2018 05:27 PM | Show all posts
ni jenis laki kedekut ni, kesian tt
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar la Tt. Doakan dia mati cepat. Tt nk sy doakan pun blh. Sy mmg nyampah lelaki kedekut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 06:09 PM | Show all posts
nasib ler dpt laki kedekut mcm tu..walaupun dia ckp dah sediakan semua keperluan TT.. nafkah ttp nafkah.. ada sorg pernah bgtau benda yg sama pada aku dulu..klu suami dah sediakan semuanya ..tak perlu la bagi nafkah lagi..klu kes dok rumah mentua..yg menanggung semua bukan laki tu semata..adik beradik yg lagi tua provide semua..bukan laki..salah ke bagi nafkah kat bini tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 07:07 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 12-3-2018 06:04 PM
Sabar la Tt. Doakan dia mati cepat. Tt nk sy doakan pun blh. Sy mmg nyampah lelaki kedekut.

nanti harta tt kita cutting 3, ini harta ahmad albab
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 07:08 PM | Show all posts
sabarlah tt, tiada suami sempurna. kalau nak harap suami suri hati mr pilot mmg tak wujud. wish good luck
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2018 07:12 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-3-2018 07:07 PM
nanti harta tt kita cutting 3, ini harta ahmad albab

pesal lak nak kena bahagi dgn sis?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt boleh curik det dia.. laki tt dengaq ceramah agama dak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2018 11:48 PM | Show all posts
laki tt dah kena warning dengan anak-anak la tu..jangan jadi bodoh bagi duit kat bini muda..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 11:51 PM | Show all posts
kalau tak bahagia angkat kaki jer sis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2018 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
jackreacher replied at 12-3-2018 11:48 PM
laki tt dah kena warning dengan anak-anak la tu..jangan jadi bodoh bagi duit kat bini muda..

Suami tak de anak. Cuma ada 2 org anak angkat lelaki. Itu pon lps arwah wife die meninggal, ank2 dah tak rapat dgn dia. Sbb dia org ckp dia kedekut, mintak RM 10 pon susah nk bg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2018 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
jackreacher replied at 12-3-2018 11:51 PM
kalau tak bahagia angkat kaki jer sis..

Sbb masih ada ayah... Sbb tu saya bertahan. Tak nak ayah saya sedih. Saya tak nak ayah rasa bersalah pilihkan jodoh yg salah utk saya. Kalau bkn krn ayah, memang saya dah perang besar dan angkat kaki. 7 th menjanda pon saya dan anak tak mati kebuluran, lg hidup senang dan tak sakit hati.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 01:06 AM | Show all posts
QISPINK replied at 13-3-2018 12:56 AM
Suami tak de anak. Cuma ada 2 org anak angkat lelaki. Itu pon lps arwah wife die meninggal, ank2 d ...

so konsepnya sis happy ke idok?? itu persoalannya..anak sis dah masuk sekolah asrama..patut sis happy-happy jalani hidup..ada masa terluang nak jalan-jalan, nak cari hobi baru, nak membaca tambahkan ilmu..ke sis lagi suka hidup berlaki, ada teman nak berborak, ada tempat meluah rasa walaupun laki kedeks kan..yang paling penting dalam hidup ni ketenangan sis..ai doakan semoga sis beroleh ketenangan selalu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2018 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 12-3-2018 08:02 PM
Tt boleh curik det dia.. laki tt dengaq ceramah agama dak?

Dia pi masjid, dgr ceramah agama kat TV. Tp mungkin kedekut tu dah sebati dlm diri dia. Dia tetap rasa yg dia betul. Pd dia nafkah yg dia bg dah cukup. Walaupun ckp la apa sekalipon, dia tetap rasa dia dah betul. Curi duit dia, setakat RM 10-20 berani la. Byk2 saya pon takut dia perasan plk nanti. Sbb duit dia, dia sentiasa susan RM 100. Dlm wallet dia sentiasa ada dlm RM 1000-2000.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2018 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 12-3-2018 08:02 PM
Tt boleh curik det dia.. laki tt dengaq ceramah agama dak?

Dia pi masjid, dgr ceramah agama kat TV. Tp mungkin kedekut tu dah sebati dlm diri dia. Dia tetap rasa yg dia betul. Pd dia nafkah yg dia bg dah cukup. Walaupun ckp la apa sekalipon, dia tetap rasa dia dah betul. Curi duit dia, setakat RM 10-20 berani la. Byk2 saya pon takut dia perasan plk nanti. Sbb duit dia, dia sentiasa susan RM 100. Dlm wallet dia sentiasa ada dlm RM 1000-2000.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 01:11 AM | Show all posts
QISPINK replied at 13-3-2018 01:01 AM
Sbb masih ada ayah... Sbb tu saya bertahan. Tak nak ayah saya sedih. Saya tak nak ayah rasa bersal ...

tapi sis hidup senang time menjanda sebab ada laki orang spedo..kena ingat juga tu..lepas ni kalau sis bercadang nak menjanda semula jangan la ulangi lagi berhubungan dengan laki orang tu..bab ayah sis tu dia akan faham..sebab bagi mak ayah ni yang paling penting dia nak anak dia bahagia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2018 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala sis.. rumahtangga mana yg tak dilanda badai.. sy pun tak bahagia belas tahun. Taim beranak je rasa bahagia. Besday pun tadak wish. Hari besday n anniversary org dpt hadiah sy dapat sakit.
Hasben pun duit bonus abeh wat geta buruk jek. Tak merasa gak sy sis. Tapi the power of doa. Allah uji dia.
Sy berdoa bukan untuk dia berubah. Kita takkan boleh ubah org sis. Saya doa kalau dialah yg terbaik untuk sy jgn pisahkan kami.
Kami tak kahwin dgn "suamiku Mr perfect"
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 10:42 AM | Show all posts
balasan la kot dok mengacau laki orang dulu..
kalau betul ikhlas nak membantu, kenapa tak suruh je laki orang tu masuk minang..
kata pegangan agama kuat solat tak tinggal..
nikah yang simple pun tak tau ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2018 12:24 PM | Show all posts

Alhamdulillah... terima kasih sahabat semua bg pandangan dan pendapat. Terasa seperti saya ada kawan2 di sekeliling saya.

Bila suami keluar jlnkan perniagaan dia, sambil mata saya tgk kereta dia keluar ke jalan raya, saya doakan "Ya Allah murahkan la rezeki suamiku, majukanlah perniagaan dia, dan buanglah sikap kedekut dia dan sihatkan lah dia"

Saya tak berani dokan dia mati cepat sbb takut kalau dia jatuh sakit saya pulak yg bertungkus lumus nak bela dia dan jaga dia terlantar, biarlah dia sihat dan boleh jaga diri sendiri. Biarlah dia murah rezeki, sbb kalau dia sakit dia ada duit sendiri untuk perubatan dia, saya tak nak tanggung kos perubatan dia. sbb dia pon tak pernah bwk saya pg klinik kalau tak sihat.

Nak buat aktiviti sendiri seperti pergi bercuti, perlukan duit. Saya tak mampu lg kalau sendiri. Sekarang kalau pi bercuti dgn suami, sebut je nak pi mana, dia akan aturkan, tp dlm negara jer la. masa ni la kalau nak kikis dia pon, saya dan anak akan oder makanan mahal2 dan dia terpaksa bayar.








Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni kat tv3 wanita hari ini (whi) subjek pasal nafkah isteri. Bolehla sis rujuk.
Tak dapat sekarang Kita boleh tuntut taim mati.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.104654 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list