CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3768|Reply: 50

[Tempatan] Najib: Tanpa tol, GST hutang negara jadi RM1 trilion

[Copy link]
Post time 13-3-2018 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Tanpa tol, GST hutang negara jadi RM1 trilion

https://www.malaysiakini.com/news/415485

Diterbitkan 13 Mac 2018, 12:19 tengah hari  |  Dikemaskini 13 Mac 2018, 12:52 tengah hari



Janji Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk memansuhkan tol serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya akan membawa negara berhutang hampir RM1 trilion, kata perdana menteri.

Menurut Datuk Seri Najib Razak kerajaan sudah membuat pengiraan berdasarkan cadangan yang ditawarkan oleh HARAPAN jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kata perdana menteri langkah diambil HARAPAN itu akan menyebabkan hutang negara melonjak kepada RM416 bilion.
"Dengan hutang sedia ada kita, (ia akan menjadi) RM1 trilion.

"Kalau pembangkang kata kita (kerajaan sekarang) menambah hutang negara hari ini, dia punya manifesto lagi dahsyat," katanya di majlis taklimat Belanjawan 2018 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Arau hari ini.

HARAPAN yang menggiatkan usaha menarik sokongan pengundi melancarkan manifesto mereka di Shah Alam pada 9 Mac lalu.

Kerajaan tak menipu
Melalui dokumen setebal 138 halaman itu HARAPAN berikrar untuk menangani kenaikan kos sara hidup, termasuk untuk menghapuskan secara beransur-ansur cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan tol.

Dokumen itu juga cuba mengangkat agenda Melayu, namun pada masa sama menyenaraikan tuntutan yang telah lama dibuat oleh masyarakat Cina dan India.


Turut ditekankan HARAPAN ialah mengurangkan kuasa perdana menteri, termasuk menyekat penjawatnya memegang portfolio lain serta memotong separuh peruntukan dan jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 11 Mac lalu pula Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah memberitahu kerajaan akan kehilangan RM416 bilion jika GST, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), tol dan cukai eksais dimansuhkan.

Kata Najib pelaksanaan GST dibuat untuk kerajaan mendapat hasil namun ada hampir 600 barangan yang tidak dikenakan cukai berkenaan.

Menurut perdana menteri berdasarkan kajian kerajaan, Malaysia adalah negara paling banyak memberi pengecualian cukai GST namun mendapat hasil RM45 bilion setahun.

Mengenai tol pula Najib berkata beliau sendiri tidak sukakan sistem berkenaan namun negara ini mewarisi sistem berkenaan daripada "orang tua" sebelum ini - merujuk kepada seterunya ketika ini, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya bukan suka tol, tapi ada orang tua lain buat tol. Kita mewarisi sistem tu," katanya.

Jika cadangan HARAPAN itu dilaksanakan, Najib memberitahu penuntut Unimap berkenaan, mereka akan menanggung hutang.

"Kita akan berhutang, dan adik-adik semua tanggung hutang. Kita tak tipu. Yang mana kita boleh buat, kita buat. Yang tak boleh buat kita bagitahu," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2018 02:34 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 02:36 PM | Show all posts
cam ler deme bayar tol....hihkhihkhihkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 02:53 PM | Show all posts
so sebenarnya hutang negara sekarang banyak la kan? sebab tu tak boleh mansuhkan tol n GST.
mana datang hutang tu pokjib oi kalau bukan dari pucuk pimpinan pokjib?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 02:55 PM | Show all posts
poyo la najib
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 03:06 PM | Show all posts
eh, aritu kata GST blh turun kan harga barang... nie pulak mcm nak mati bunyinya kalau takder GST.. nampak sangat laksanakan GST sbb nak kutip duit dari Public.

dan tak silap aritu pun cakap nak hapuskan semua tol... la ni kata tanpa tol tak ada duit pulak utk negara...

apa ko cakap nie shaitonnn???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2018 03:10 PM | Show all posts
so dengan tol dan gst kerajaan jadi kaya la ye? kalau kaya kenapa beban hidup rakyat makin meninggi? kenapa masih ada pengangguran? kenapa harga minyak tak boleh subsidi? harga barang naik tak turun2? kenapa kamu masih lg PM? hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 03:18 PM | Show all posts
taji2906 replied at 13-3-2018 03:10 PM
so dengan tol dan gst kerajaan jadi kaya la ye? kalau kaya kenapa beban hidup rakyat makin meninggi? ...

shopping mall masih penuhMcD masih penuh
Jalan raya masih jemmed
tabung derma masjid semkin byk kutipan

ini semua indikator terpenting menunjukkan ekonomi mesia makin maju... sapa ckp rakyat terbeban?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2018 03:25 PM | Show all posts
aritu de sekor anjing menyalak kata xsuka tol
ni da lain skrip lak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 03:33 PM | Show all posts
prizadane replied at 13-3-2018 02:53 PM
so sebenarnya hutang negara sekarang banyak la kan? sebab tu tak boleh mansuhkan tol n GST.
mana da ...

Alhamdulillah beberapa konsesi tol telah berjaya dimansuhkan dan pembinaan lebuhraya Pan Borneo tanpa Tol sedang dibina.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 03:38 PM | Show all posts
rashiman replied at 13-3-2018 03:33 PM
Alhamdulillah beberapa konsesi tol telah berjaya dimansuhkan dan pembinaan lebuhraya Pan Borneo ta ...

well, boleh la menang di sabah sarawak. tapi kalau pokjib nak lagi kaya, kena menang selangor..
apa kata hapuskan semua tol di selangor?
100% selangor milik BN
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 03:45 PM | Show all posts
MengkuduMasam replied at 13-3-2018 03:18 PM
shopping mall masih penuhMcD masih penuh
Jalan raya masih jemmed
tabung derma masjid semkin byk  ...

rakyat terbeban sebab nak bayar bulanan Astro, nak beli H/P baru yg canggih, nak bayar bulanan kereta import baru, sport rim baru,  bil letrik yg semakin meningkat sebab cuaca panas, setiap bilik pasang aircond, nak bayar wifi internet, nak bayar tuisyen anak, nak melancong keluar negara, nak memenuhi pemintaan jualan online yg byk sekarang Goshop,Lazada,Wow dll...sehingga jem dipusat penghantaran barangan..
Kos sara untuk hidup sebenarnya adalah rendah, tanpa benda2 itu pun boleh hidup, yg jadi beban rakyat adalah kos gaya hidup yg tinggi....biar papa asalkan bergaya, bila papa, jatuh miskin, boleh salahkan pihak lain, boleh salahkan kerajaan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 13-3-2018 03:33 PM
Alhamdulillah beberapa konsesi tol telah berjaya dimansuhkan dan pembinaan lebuhraya Pan Borneo ta ...

So, hutang negara akan meningkat lah lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu sindir Tun tentang tol.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 06:21 PM | Show all posts
gaara_X replied at 13-3-2018 02:36 PM
cam ler deme bayar tol....hihkhihkhihkkkk

kann.. berlakon jer tuu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 07:10 PM | Show all posts
Pok Jib boleh menang MAHARAJA LAWAK..................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2018 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaahh... pakatan menang bersedia bayar hutang umno bn buat 1 trilion.... sanggup..?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
najib kata hati tu tak suka tol.. lidah ular betul najib ne.. dahlah penakut.. harap2 sangkut la anak bini kn tangkap fbi
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 11:35 PM | Show all posts
maknanyer...hutang negara...
rakyat la yg kena tanggung....
terbaekkkkkkk............
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg buat hutang bole sampai 1 trillion tue? Hutang 1mdb skali ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.070734 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list