Azalina 'bin' Othman Said: RTM mohon maaf
https://www.malaysiakini.com/news/415550
Diterbitkan 13 Mac 2018, 6:41 petang | Dikemaskini 13 Mac 2018, 6:44 petang
Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini membuat permohonan maaf kepada Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said susulan kesilapan pada nama beliau.
“RTM mohon maaf atas kesilapan ejaan nama YB Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa siaran langsung dari Parlimen pagi tadi,” kata RTM di Facebooknya.
RTM melalui siaran langsung sidang parlimen memaparkan nama Azalina sebagai “bin” dan ini ditayangkan secara langsung.
Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang ketika itu sedang menjawab pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) berkaitan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP).
Gambar rakam layar tersebut juga turut dikongsikan pengguna oleh Facebook. |