CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7478|Reply: 93

[Tempatan] Pengantin Tidak Serik Merempat Di Negara K-Pop

  [Copy link]
Post time 14-3-2018 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 14-3-2018 09:18 AM

Pengantin Tidak Serik Merempat Di Negara K-Pop

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/03/14/merempat-di-korea/

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2018 11:30 AM
NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@thestar.com.my

Alif pada berhasrat untuk mencari pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan di Korea Selatan untuk digunakan sebagai perbelanjaan majlis perkahwinannya.

SEOUL: Pemuda berusia 23 tahun ini menyimpan hasrat untuk mengumpul RM18,000 dalam masa tiga bulan bagi menampung perbelanjaan majlis perkahwinannya yang dijadual berlangsung di kampung halamannya di Terengganu.

Selepas berfikir panjang, tunangan orang yang hanya mahu dikenali sebagai Alif ini akhirnya menerima tawaran kerja di Korea Selatan yang menjanjikan gaji sebanyak 1.7 juta won (RM6,375) sebulan.

Anak muda ini tidak menoleh ke belakang lagi semata-mata untuk merealisasikan hasratnya itu, namun segala-galanya berubah sebaik tiba di sini November 2017.

"Hanya seminggu di sini terus kena buang kerja, selepas itu hampir dua bulan saya menganggur, merempat hingga terpaksa berhutang untuk beli tiket kapal terbang balik ke Malaysia.

"Tetapi, apa yang saya lalui tidak membuatkan saya serik untuk kembali ke sini selewat-lewatnya tahun depan," akuinya ketika ditemui  mStar Online semasa meninjau kehidupan rakyat Malaysia yang berstatus buruh haram di negara ini.

Pada 17 Februari lalu, Alif telah menamatkan zaman bujangnya dan kini berniaga kecil-kecilan di kampung halamannya bagi menampung kehidupan sebagai pasangan pengantin baharu.



Alif (tengah) bersama Farhan dan Syukri terpaksa mengikat perut selepas hilang pekerjaan.

"Sebelum ini saya pergi ke Korea pada waktu salah (musim sejuk). Ketika itu memang tidak banyak kerja," katanya yang bekerja sebagai nelayan menuai rumpai laut.

Kisah Alif adalah sebahagian gambaran kehidupan yang dilalui rakan senegaranya, Farhan dan Syukri. Mereka hidup sebagai gelandangan di Itaewon selepas diberhentikan kerja.

Tiga pemuda ini adalah antara 251,000 pekerja asing tanpa izin (Pati) yang bekerja di Korea Selatan, jumlah yang dilapor Korea Herald.

Daripada bilangan itu, difahamkan kira-kira 5,000 adalah buruh haram rakyat Malaysia yang masuk ke negara ini sejak 2016.

“Kami dah macam gelandangan di sini, kadang-kadang menumpang tidur di Masjid Sentral Seoul pada setiap malam Sabtu dan Ahad.

“Bila kawan tanya sama ada saya sudah makan, hati jadi sayu kerana ‘lupa’ bila kali terakhir saya makan,” kata Alif.

Graduan Jadi Mangsa
Selain mereka bertiga, seorang graduan lulusan Diploma Multimedia Animasi dari institusi pengajian swasta di Malaysia, Zarul (bukan nama sebenar), 23, diarahkan pulang ke tanah air oleh majikannya selepas dua jari kirinya hampir hancur ‘dimakan’ mesin pemotong lobak putih.

“Majikan bayarkan bil hospital, tapi suruh saya dan seorang lagi rakan yang turut cedera untuk balik ke Malaysia kerana mungkin mereka enggan terus menanggung bil tersebut.

“Sementara menunggu majikan melunaskan gaji untuk tempoh 19 hari saya bekerja di kilang itu, saya bertemu dengan seorang sukarelawan rakyat Malaysia yang sudi membantu kami mendapatkan hak (gaji dan pampasan) untuk sepanjang tempoh menjalani rawatan di sini,” katanya ketika ditemui mStar Online di Itaewon.


Zarul mengalami kecederaan teruk pada dua jari kirinya ketika mengendalikan mesin pemotong lobak putih.

Itaewon merupakan daerah dengan populasi seramai 22,000 penduduk dan popular dalam kalangan rakyat tempatan, pelancong, ekspatriat serta anggota tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di situ.

Buat masa ini, Zarul mengharapkan ihsan sukarelawan berkenaan untuk memberikannya tempat tinggal sementara dan bayaran pemeriksaan kesihatan sebelum menerima pampasan daripada majikan.

Sementara itu, seorang lagi buruh haram, Siti (bukan nama sebenar) berkata, pada asalnya dia dan seorang kawan terbang ke Jepun untuk bercuti dan ketika di sana, mereka mendapat tahu terdapat pekerjaan kosong di negara ini.

“Selepas bercuti di Jepun, kami datang ke Korea untuk mencari kerja kerana duit semakin berkurangan.

“Kami dapat kerja di Gwangju dan terpaksa tinggal bersama 18 pekerja lain dalam sebuah rumah yang hanya ada tiga bilik. Kami dah macam sardin sampaikan terpaksa tidur depan bilik air dan dapur untuk muatkan semua orang,” katanya ketika ditemui di sini.


Wartawan mStar Online (kanan) menemubual Siti di Daeso, Korea Selatan.

Dakwa Siti, keadaan bertambah buruk apabila dia dan rakannya terpaksa menganggur disebabkan tiada pekerjaan pada musim sejuk dan mereka turut ditipu ejen sebanyak 160,000 won (RM600) yang menjanjikan kerja tetap di Daeso, namun pekerjaan itu tidak wujud.

Kesemua buruh haram yang ditemui mStar Online itu hanyalah sebilangan daripada ribuan rakyat Malaysia yang dipercayai masih berada di negara ini dengan harapan dapat mencari pekerjaan lain apabila musim sejuk berakhir.

Namun, terdapat juga rakyat Malaysia yang sanggup berhutang untuk membeli tiket pulang sebelum ‘dihalau’ oleh Jabatan Imigresen atau kembali dengan tangan kosong kerana tidak sanggup hidup merempat di negara orang.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2018 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
amboi , meninjau kehidupan buruh haram.. dah serupa indon bangla pinoy yg kau caci dulu.. #leluhur
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 05:27 PM | Show all posts
dah serupa bangla, indong
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kasian pun tak hingin..

Seorang dah nak kahwin baru nak kumpul duit,
Seorang ada diploma,
Seorang boleh bercuti ke jepun..

Tiga2 nya bukan kehidupan terdesak sangat...bukannya macam bangla dan indon yang memang fakir miskin tak ada pelajaran, bergadai nyawa datang malaysia..

Nak gaji besar punya pasal sanggup datang korea sampai putus tangan..

Tiga bulan nak kahwin baru terkial2 cari 18 ribu...kan ke bodoh namanya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyusahkan orang la manusia macam ni. Tak boleh pergi sana secara halal ka. Nanti orang lain kena visa nak masuk korea kena visa. Australia pun dan pandang serong dengan pelancong dari malaysia. Terdesak nak mati ke kau duduk malaysia ni dek?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 05:42 PM | Show all posts
tak payahla kawin, smpai belanja rm18k
wat kenduri doa selamat sudahla

kalau pihak pmpn taknak, suh dia cari lain.

lagipun

nabi manala ajo suh berhijrah cari duit utk kawin bagai??

ada ke hadis nabi suh belanja kawin tinggi2 tuk berkat perkahwinan tu?

mau je aku lempang mamat ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2018 05:48 PM | Show all posts
Dah nama pun masuk kerja secara haram tak nak lah akan dapat layanan istimewa jadi terimalah risikonya
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
duk sini kutuk bangla indon bagai..tp dok sane x ubah pn pati bangla indon nepal..bbnu acah kpop  ke ni..nti blk kmpg ley bangga keje dgn org korea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2018 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
duk mesia keje cashier ke apa tanak..duk hina keje orang kulu kilir hujung2 g jadi pati kat negara orang

halal ke duit gaji kamu tu nak bela anak bini bagai..ni puak2 ni kompem yang jenis duk menyalahkan kerajaan kat pesbuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Di sini siap dengan gambar. Berharap Puan Botakchinpeng aka Tokyopokai ke apa MN dia tu yang meroyan kat thread satu lagi boleh terima dengan hati terbuka.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamla tak pernah tahu orang malaysia dah lama  jadi pekerja haram di luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 05:58 PM | Show all posts
namieamuro replied at 14-3-2018 05:48 PM
duk sini kutuk bangla indon bagai..tp dok sane x ubah pn pati bangla indon nepal..bbnu acah kpop  ke ...

dah lama akak cakapkan isu ni. malaysia makin mundur. tak perlu berlagak dengan indon
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 06:04 PM | Show all posts
I pernah la gi korea sekali. Mmg best tp taklah sampai berangan nak duduk sana terus sbb byk menda yg i rasa Malaysia lg best. 1 more, living cost kat sana tinggi ok, buah potong kat sini boleh dpt rm3 satu bekas plastik, kat sana dia jual 3000 won, nak dekat 9 ringgit duit kita.

Now tetiba rasa malu pulak nak pergi lagi, terasa dorang tgk i nnt mcm i tgk bangla, indo kat sini as buruh kasar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg nak dikejarkan kat sana?
Masuk secara..layanan pn haram.
Tp nak kata apa..pilihan masing2
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik kepam sng skit trus brlagak. Org tu cri kjer smpi merantau bising. Xkjer pon bsing. Choii btol acik kepam
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 06:15 PM | Show all posts
Setakat jadi jadi pekerja haram takde hal. Jangan jadi amah, hamba abdi, hamba seks macam indon bangla nepal pakistan, vietnzm ,filipina sudah la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2018 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit beli tket flight ada plak msa nk g sna....busuk2 3,4 hari mula2 smpai tu msti enjoy ala2 pelancong kan berjalan merata...duit susut bru cri keja...haram pn haram lah...

Baik duk mesia ni keja kilang
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 06:24 PM | Show all posts
caprut replied at 14-3-2018 06:12 PM
Acik kepam sng skit trus brlagak. Org tu cri kjer smpi merantau bising. Xkjer pon bsing. Choii btol  ...

Khenn...GRO korea kepam jual apam secara haram kat malausia ni takdd pulak dia nak bising
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 14-3-2018 06:12 PM
Acik kepam sng skit trus brlagak. Org tu cri kjer smpi merantau bising. Xkjer pon bsing. Choii btol  ...

Klu dh buat dgn cara salah, layak lah kna hencap... xkn xreti kot negara lain pn ada undang2 sndri..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Risiko tinggi duit yg akan dpt pun mmg tinggi gak. Sama la mcm main MLM n judi..so mmg ikut nasib la. Kalau rugi sendiri tanggung la x payah complaint.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.068458 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list