CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Keluarga Dihalau Kerana Anak Autisme, Ini Jawab Si Ayah!. Update #106, Keluarga

  [Copy link]
Post time 16-3-2018 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
anakmak replied at 16-3-2018 12:47 AM
runtun jiwa tgok video adam
sebak tgok parents yg cekal mcm ni

Realiti...kaka tak pernah bertemu lagi dengan orang atau kanak2 autism ni...bila tengok video Adam baru tahu macam mana rupanya keadaan kanak2 ni...Adam ni dah remaja dah pun rasanya. .keluarga Adam ni keluarga berada berbanding keluarga kes topik thread ni miskin. ..kesian menumpang rumah  dengan keluarga memang ada masalah lah. ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 08:31 AM | Show all posts
~boolean replied at 15-3-2018 08:51 PM
Hat meroyan tu memang tongong..perempuan semua benda merempan di socmed..

Tapi hati aku tak bol ...

aku pun faham kak keadaan begini, tp tu lah dunia ni kdg tak adil

kalau nak merempan di socmed pun biarlah berlapik jgn sampai jadi pergaduhan....sbb tu aku rasakan merempan di forum cari ni lebih baik, sbb org tak kenal kita...kita blh luahkan apa yg terbuku dlm hati ni tanpa pergaduhan dgn org yg kita kenal...tp ada la pulak makhluk kat forum ni yg suka ejek meluat aihhhh

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:44 AM | Show all posts
kesian nye. mungkin keluarga dia tak aware tntang masalah autisme anak2x ni...
bukan budak2x je nk kena support parents dia pun kena support juga..

bertabah la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:20 AM | Show all posts
noor2 replied at 15-3-2018 02:26 PM
Bila tengok Adam tu korek tanah. .cakar2. ..memang rasa sebak.gila...bertakung aur mata. ..dalam f ...

biasa derang ni nak meluahkan rasa terpendam tapi tak tau macam mana....ujung2 mengamuk
anak sy biasa gitu la...kita tnya apa yang tak puas hati dijawabnya tak tau tapi lepas tu merempan.tapi alhamdulillah pndai juga jawab tak tau skrg kalau dulu senyap sunyi sepi sedar2 amukan plus cakaran yang sy dapat
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 16-3-2018 09:20 AM
biasa derang ni nak meluahkan rasa terpendam tapi tak tau macam mana....ujung2 mengamuk
anak sy  ...

Bertabah lah zana. ....sekarang umur berapa anak. ..lelaki ka perempuan. ..masa umur berapa setelah lahir kita dapat tahu anak kita autism ni?....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2018 09:48 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 16-3-2018 01:51 AM

Keluarga Anak Autisme Tetap Pindah, Tak Kira 'Dihalau' Atau Tidak

http://www.mstar.com.my/berita/b ... h-keluarga-autisme/

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2018 5:48 PM

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
iwan@thestar.com.my



PETALING JAYA: Sama ada dihalau atau tidak ia kini bukan lagi menjadi isu, kerana keluarga yang sebelum ini mendakwa 'dihalau' kerana mempunyai anak autisme nekad untuk ‘angkat kaki’ dari rumah yang didiami mereka sejak lima tahun lalu.

Kisah itu bermula apabila seorang wanita membuat luahan di Facebook, mendakwa kerenah dua anaknya dianggap sebagai gangguan oleh jiran berdekatan, menyebabkan dia terpaksa meminta bantuan rakan-rakan di media sosial mencari rumah sewa yang sesuai.

Posting tersebut tular dan mendapat perhatian masyarakat setempat, termasuklah beberapa organisasi berkaitan.

Wakil kumpulan Facebook Kuala Terengganu Residen (Kuterer), Engku Mohd Hairulnizam Tuan Ahmad berkata, dia bersama beberapa wakil mengadakan pertemuan dengan keluarga itu pada petang Rabu berhubung masalah yang dihadapi mereka.

Posting mengenai isu melibatkan anak autisme di Facebook sehingga tular.

Dalam pertemuan kira-kira sejam itu, dia yang juga wakil gerakan Komuniti Autisme Terengganu memberitahu, pihaknya sedang berusaha untuk mencari rumah baharu yang sesuai untuk didiami keluarga berkenaan.

"Demi keselesaan mereka sekeluarga, kami berpandangan adalah lebih baik berpindah bagi mengelakkan perselisihan faham antara keluarga dan adik-beradik berpanjangan.

“Kami juga hendak pastikan mereka sekeluarga tidak akan berdepan masalah yang sama di rumah baharu. Misalnya kalau anak mereka menangis atau meragam, adakah jiran-jiran marah atau berasa terganggu,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Pada Rabu, mStar Online melaporkan suami kepada wanita yang membuat posting tular itu menjelaskan situasi ‘dihalau’ yang dimaksudkan oleh isterinya sebenarnya tercetus akibat perselisihan faham secara dalaman.


Engku Mohd Hairulnizam (kanan) dan seorang lagi wakil Komuniti Autisme Terengganu (dua, kiri) mengadakan pertemuan dengan keluarga Kamal.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 41, mengakui merancang untuk berpindah rumah berikutan masalah itu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana masalah kewangan, dengan pendapatan kasarnya hanya kira-kira RM1,500 sebulan.

Engku Mohd Hairulnizam berkata, pihaknya bersama Kamal pada pagi Khamis telah membuat permohonan bantuan dari segi penempatan rumah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Sejak posting isteri Kamal tular, katanya, ramai yang turut prihatin dan menghulurkan bantuan serta cadangan berhubung hasrat mereka sekeluarga untuk berpindah.

“Kami dah jumpa rumah yang sesuai di kawasan Paluh, Kuala Terengganu dengan kadar sewa RM350 sebulan. Tuan rumah tak ada masalah untuk mereka masuk dahulu tanpa deposit.

“Lagipun kami akan usahakan untuk deposit itu nanti. Yang penting mereka dapat masuk rumah dahulu,” katanya sambil menambah bahawa pembayaran sewa bulanan akan dibantu oleh Maidam sekiranya permohonan bantuan diluluskan.


Kamal bersama isteri dan dua anaknya.

Sekiranya mendapat persetujuan bersama, jelasnya, wakil Kuterer dan Autisme Malaysia Terengganu akan membantu keluarga Kamal berpindah dan melakukan gotong-royong pembersihan di lokasi baharu.

Engku Mohd Hairulnizam berkata, keluarga Kamal juga akan dibantu dari segi nasihat dan panduan mengenai bagaimana untuk menangani anak-anak autisme.

Jelasnya, kesedaran rakyat Malaysia secara umum mengenai autisme masih di tahap rendah, menyebabkan masyarakat terutama mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga menghidapnya bimbang melakukan sesuatu yang tidak diketahui mereka.

“Kita mempunyai pelbagai program kesedaran dan aktiviti kumpulan sokongan ibu bapa, dan keluarga Kamal dijemput menyertainya, dalam membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih lancar selepas ini,” katanya mengenai dua anak Kamal iaitu Rayyan, 5, yang menghidap autisme dan Raisya, 4, yang ketika ini dalam pemantauan doktor berkemungkinan turut sama menghidapnya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2018 10:25 AM | Show all posts
noor2 replied at 16-3-2018 09:24 AM
Bertabah lah zana. ....sekarang umur berapa anak. ..lelaki ka perempuan. ..masa umur berapa setela ...

9 thn lelaki...diagnosed umur 4 thn lebih.tapi seawal 18 bulan dah boleh detect kalau parents yang jenis aware and ciri2 tu obvious

umur anak couple ni tahap agak mencabar la nak jaga lagi2 kalau yang jenis tak bercakap pastu nak menjerit mengamuk je.parents pun kdg2 boleh stress lagi la org2 dalam umah tu mesti tnya knp anak tu?korang makayah pun tak tau ke anak nak apa?mak pun blurr nak jwb x reti
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 11:32 AM | Show all posts
syamzana replied at 16-3-2018 10:25 AM
9 thn lelaki...diagnosed umur 4 thn lebih.tapi seawal 18 bulan dah boleh detect kalau parents yang ...

kalau 18 bulan tu mcm mana ciri2 dia ye?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 03:30 PM | Show all posts
krustykrab replied at 16-3-2018 11:32 AM
kalau 18 bulan tu mcm mana ciri2 dia ye?

paling simple adalah:

1. budak tu tanak tengok mata kita. macam tanak bertentangan mata.
2. selalu mcm dalam 'dunia di sendiri'. panggil pun dia buat dek je, even dengan org yang di kenal.
3. kalau kita main dengan dia ke, buat bagi dia gelak ke, dia buat dek je.
4. diam. tak berusaha nak tarik perhatian kita. kalau budak biasa kan dia macam buat bunyi nak bagi kita tengok dia kan... budak autism tak. again, macam dia dok dalam dunia dia sendiri.

dinasihatkan kalau ada rasa tak sedap hati tu, pergi je la buat diagnose. takpe habis duit sikit dari menyesal lambat.
dari awal tau masalah, kita boleh ekjas cara hiduo kita untuk suit anak tu.

good luck...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 03:50 PM | Show all posts
AznieBunnie replied at 16-3-2018 03:30 PM
paling simple adalah:

1. budak tu tanak tengok mata kita. macam tanak bertentangan mata.

eh aku dah tak de baby

cuma suka belajar, nnt bila aku jumpa baby org leh la aku cari ciri2 ni...

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 03:51 PM | Show all posts
Apa sebenarnya penyebab autism nii ehh? pemakanan masa mengandung ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 04:11 PM | Show all posts
krustykrab replied at 16-3-2018 03:50 PM
eh aku dah tak de baby

cuma suka belajar, nnt bila aku jumpa baby org leh la aku cari ciri2 n ...

takpa takpa.... kita cerita-cerita je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 04:12 PM | Show all posts
Thanatus replied at 16-3-2018 03:51 PM
Apa sebenarnya penyebab autism nii ehh? pemakanan masa mengandung ke?

tak tau.
kalau tau, adalah penawar.
buat masa sekarang, kena sedia minda dan hati mereka ini...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
AznieBunnie replied at 16-3-2018 04:12 PM
tak tau.
kalau tau, adalah penawar.
buat masa sekarang, kena sedia minda dan hati mereka ini...
...

Nak tanya....autism ni macam sakit mental ka apa....maaf tiada niat nak mengata cuma nak tanya sebab tengok keadaan anak zarina tu. ...sampai pukul marah maknya. ..takut satu hari dia sembelih maknya ....kalau salah harap maaf. ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 04:57 PM | Show all posts
noor2 replied at 16-3-2018 04:47 PM
Nak tanya....autism ni macam sakit mental ka apa....maaf tiada niat nak mengata cuma nak tanya seb ...

senang cakap bahasa-bahasa kekita ni, cara mereka berfikir tak sama macam kita.
MAYBE cara pemprosesan maklumat di dalam otak dia lain dari kita.
omputeh kata, their brain are wired in a different way, gittew...

penyelesaian yg ada masa sekarang, makan ubat. ubat tu akan ubah bahan kimia dalam otak mereka untuk samada kurangkan aktif ke, naikkan gelombang otak ke. camtu la...

tapi saya bukan pandai bab ni. ni kesimpulan dari kefahaman saya la.
kalau salah, maaf sgt-sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 05:01 PM | Show all posts
AznieBunnie replied at 16-3-2018 03:30 PM
paling simple adalah:

1. budak tu tanak tengok mata kita. macam tanak bertentangan mata.

ada saudara terdekat anaknya autism... tapi mild autism. masa kecik2 dia suka main suis. kalau datang rumah mesti asyik on off suis, tak kisahlah suis lampu ke, kipas ke. kalau kita tegur, mesti dia menjeling menikam aku serammm.
memula ingatkan budak ni jenis pemalu...sebab bila dtg rumah dia mesti nyorok tak nak jumpa. diam, tak banyak ckp. masa umur 3-4 thn still vocab very limited and tak paham butir. yg aku pulak tak tahu anak dia ada autism, parentsnya pon senyap tak bagitau.. rasa bersalah pulak dulu selalu kacau2, joking2 dgn budak tuu "adik ckp apa nii... tak pahamlah"

I notice diaorg nii mmg cepat baran kot. Jenis kalau tak dapat apa yg dia hendak, habis barang kena hempas baling2.

Aku tumpang kesian & salute kat parents yg ada anak yg autism & kurang upaya. Memang menguji kesabaran & ketabahan kann.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 16-3-2018 04:47 PM
Nak tanya....autism ni macam sakit mental ka apa....maaf tiada niat nak mengata cuma nak tanya seb ...

Hmmm itula,  nampak mcm pesakit mental pun ada, ni kalau org dulu2 dah pasung anak tak bg keluar, yelah dulu mana ada awareness pasal autism, maaf ckp org kata mcm tak betul kan...

Semoga parents yg mempunyai anak autism ni cekal.. mesti terpkir, mcm mana lah hidup dierang jika parents dah tiada..adik beradik haruss lah nak jaga kann..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 05:04 PM | Show all posts
noor2 replied at 16-3-2018 04:47 PM
Nak tanya....autism ni macam sakit mental ka apa....maaf tiada niat nak mengata cuma nak tanya seb ...

bukan kaka...autism ni neurolgical disorder yang boleh menyebabkan perkembangan di otak terganggu tapi bukanlah mcm sakit mental tu. biasa effect kepada behavior, communication and social interaction.
sbb tu kalau tgk bdk2 autism ni lmbat bercakap kadang langsung tak bercakap, sosial skil mmg kelaut la kebanyakannya dan kelakuan agak pelik. derang ni mmmg tak reti nak meluahkan rasa baik happy, marah or ape2 je la. senang cerita kita paham lain derang ni paham lain
macam anak zarina yang sorang tu severe sama macam adam anak iman wan. masa kecik boleh lagi kalau derang merempan kita peluk2 nak pujuk tapi dah besar tuan badan pun dah sama besar parents mmg payah la.

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
AznieBunnie replied at 16-3-2018 04:57 PM
senang cakap bahasa-bahasa kekita ni, cara mereka berfikir tak sama macam kita.
MAYBE cara pempr ...

Owh. ...tq penjelasan. ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 05:12 PM | Show all posts
AznieBunnie replied at 16-3-2018 04:57 PM
senang cakap bahasa-bahasa kekita ni, cara mereka berfikir tak sama macam kita.
MAYBE cara pempr ...

ya...makan ubat salah satu solution tp kalau boleh doc tak sarankan utk mkn ubat macam ritalin tu sbb effect dia tang lain plak ikut jenis budak.
buat masa skrg ni the best solution adalah terapi dan jaga pemakanan budak2 ni. kebanyakan budak2 gini ada masalah usus, susah nak mencernakan certain food lagi2 food with gluten, casein or sometimes seafood pun depa alergik (tapi tak semua ya ada mslh ni)
sbb tu kalau google ada certain doc/child psychiatrist suh amalkan gfcf diet (gluten free, casein free) sbb bila ada mslh penghadaman budak2 ni akan jadi lagi agresif lagi2 bila derang tak tau nak inform kita, tak paham sakit tu apa...ujung2 mengamuk je la




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.067679 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list