CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20756|Reply: 212

[Tempatan] Keluarga Dihalau Kerana Anak Autisme, Ini Jawab Si Ayah!. Update #106, Keluarga

  [Copy link]
Post time 15-3-2018 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-3-2018 01:53 AM

Keluarga Dihalau Kerana Anak Autisme, Ini Jawab Si Ayah!

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/03/14/dihalau-sebab-autisme/

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2018 5:51 PM

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
iwan@thestar.com.my



PETALING JAYA: Hanya kerana tidak tahan dengan kerenah kanak-kanak autisme yang dianggap satu gangguan, sebuah keluarga mendakwa dihalau dari rumah yang didiami mereka.

“Malam ni saya dan keluarga dihalau dari rumah sebab anak autisme saya selalu menangis,” menurut satu posting yang dikongsi di kumpulan Facebook ‘Autisme Malaysia’, lewat malam Selasa.

Berdasarkan posting tular itu yang dimuat naik oleh seorang wanita yang menetap di Kuala Terengganu, dia meminta bantuan orang ramai mencari rumah untuk disewa di kawasan berkenaan.

"Saya kasihan anak saya selalu dimaki, bukan salah dia. Mohon tolong saya... saya cari yang murah saja. Janji dapat berteduh,” katanya.

Malahan, posting tersebut turut dikongsi aktivis terkenal, Syed Azmi Alhabshi di Facebooknya, yang turut meminta orang ramai menghulurkan bantuan kepada keluarga itu.


Posting mengenai isu melibatkan anak autisme di Facebook sehingga tular.

Suami kepada wanita berkenaan ketika dihubungi mStar Online pada Rabu menjelaskan bahawa dia ketika ini menyewa di salah sebuah unit kediaman milik keluarganya di Kampung Tepoh dan situasi ‘dihalau’ itu tercetus akibat perselisihan faham secara dalaman.

Hanya mahu dikenali sebagai Kamal, dia mengakui keadaan yang berlaku pada Selasa malam membabitkan anak lelakinya, Rayyan, 5, yang menghidap autisme dan Raisya, 4, yang ketika ini dalam pemantauan doktor berkemungkinan turut sama menghidapnya.

"Bila masing-masing dalam keadaan tertekan dan tegang, sudah tentu ada yang terlepas cakap. Saya faham kalau di luar kawalan pasti fikiran pun berserabut.

“Saya tak nak isu ini berpanjangan, saya cuba untuk meleraikannya supaya keadaan kembali reda antara kami sekeluarga dan adik-beradik,” kata lelaki berusia 41 tahun itu.


Kamal bersama isteri dan dua anaknya.

Bagaimanapun dia mengakui mempunyai rancangan untuk berpindah rumah demi keselesaannya sekeluarga terutama Rayyan dan Raisya.

Walaupun bercadang untuk meninggalkan rumah yang didiami sekarang, Kamal yang bekerja sebagai mekanik di Kuala Terengganu terpaksa menangguhkan hasrat itu berikutan masalah kewangan, dengan pendapatan kasarnya hanyalah kira-kira RM1,500 setiap bulan.

“Masalah utama sekarang adalah duit. Saya pernah beritahu isteri ‘kalau saya ada duit, sekarang juga saya panggil lori bawa barang-barang dan pindah’.

“Tapi sekarang ni semua perlukan duit, nak bayar deposit lagi. Gaji saya tak besar, mujur isteri bantu menjual kuih sedikit-sebanyak meringankan beban saya,” katanya.

Sehubungan itu, Kamal meminta orang ramai supaya tidak salah faham terhadap isu membabitkan keluarganya sebagaimana dalam posting isterinya yang tular.


Rayyan menghidap autisme.

Dalam pada itu dia turut berharap terdapat pihak yang sudi untuk menghulurkan bantuan dalam mencari rumah baharu di Kuala Terengganu pada kadar sewa murah.

Selain faktor kewangan, apa yang lebih penting bagi Kamal adalah lokasi rumah tersebut berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, di mana anaknya Rayyan merupakan murid pendidikan khas di sekolah tersebut.

Tambahnya, ia termasuk lokasi berdekatan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi memudahkan Raisya membuat pemeriksaan kesihatan dan berjumpa dengan pakar terapi dari semasa ke semasa.

“Saya berharap kami dapat berpindah secepat mungkin, dengan bantuan dan kerjasama orang ramai,” ujar Kamal.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahat nya yang maki budak2. ...

Pernah tengok keadaan budak2 autisme kat YouTube yang terkenal sekarang ni...sat i cari
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dpt dekat ok.la
Kalau org yg bantu tu bg umah jauh sket pon.terima.
Bukan.mudah utk.kita memilih dlm.keadaan terdesak...
Moga dipermudahkan.la...
Wife tu kalau berniaga ok..try masuk.amanah.ikhtiar...
Mana tahu ada rezeki..walaupon bayaran.mingguan...tapi duit tu boleh buat pusing.modal.dan.beli.brg buat kuih lebih banyak lagi
Dan pinjaman.duit sedikit sebanyak.boleh tampung yang mana lompong
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:53 AM | Show all posts
kesiannya anak tu.. family malu ke ada sedara terdekat autisme? cuba la juga cari rumah sewa murah. n nego dengan tuan rumah untuk masuk tanpa deposit or depo bayar ansur-ansur.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah juga ya...nak handle anak autisme ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 09:57 AM | Show all posts
mmg susah sikit la kalau ada anak2 yg mcm ni....kalau tak tahan sabar mmg akan jd mcm ni la....

mohon cari je la rumah lain, walau kecik pun, spy tak bergaduh berpanjangan dgn ahli kuarga.



ahli kuarga pun masa tak beranak ko push couple tu spy cepat beranak, dah dia beranak ada anak2 bermasaalah ko tak blh tolerate pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 15-3-2018 09:56 AM
Susah juga ya...nak handle anak autisme ni.....

Iols ada sepupu autisme
Sedaya upaya iols ckp lembut lembut je..
Dia jenis kalau kita ckp ok..dia ok
Bile kita terjerit atau gelak kuat
Dia jadi trigger...mengamuk
Takut juga sebab dia dh besor..mau dihampuk iols..mati pula di situ..haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:59 AM | Show all posts
tinggal ngan family rupanya

aku ingat tinggal rumah sendiri tetiba jiran halau sebab anak kuat menangis

pindah je selayaknya

bukan semua orang suka dengar budak menangis
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 15-3-2018 09:53 AM
so alasan anak autisme itu hanya drama queen puki heshe lah kan?
kimak sangat perangai cikki drama  ...

Jangan la gitu
Maybe dia pon stress juga
Anak dua dua autisme
Iols anak eczema pon stress malam malam xnak tido..cr ubat sana sini
Skang dh ok dh...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 15-3-2018 09:58 AM
Iols ada sepupu autisme
Sedaya upaya iols ckp lembut lembut je..
Dia jenis kalau kita ckp ok..di ...

akak tak suka autisme yg tiba2 menjerit suara kuat. hari tu kat dpulze ada sorang. rengsa pulak akak. i was like kau dah kenapa dek??
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:06 AM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 20-4-2019 12:08 PM
lepas ni mohon stok beranak ok

jaga je yang sedia ada


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
yang bini nya pon cepat sangat tangan tu nak update kat socmed segala..memang kena update live ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 15-3-2018 09:53 AM

Certain ppl ngk situasi gini musti geleng paler naper la nak biorkan anak kluar... Huhuhu... Bistu kalo kene batang hidung sendiri kan sanggup ka terperap jek kt umah...
Ada dekat kg area umah akak ada sorang 'special'.. Agak tak pasti dia golongan mana.. Dah 20-30an kot skang... Penah dia ngamuk kt luar hakak cepat2 ttp pagar ketaq ngk.. Tp br ngk sambil nunggu anak dia dok kt luar pagar skolah pegang gambar time skolah.. Sedih plak ngk... Mood tgh baik dia tak ngamuk.. Cuma tegur2 bebdk balik skolah jek excited tjk gambor tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 15-3-2018 10:02 AM
akak tak suka autisme yg tiba2 menjerit suara kuat. hari tu kat dpulze ada sorang. rengsa pulak ak ...

Hehe.........

Anak i yang normal ni pun kalau jerit gaduh memang kena lah. ..i tak pun x suka  budak bising. ..tapi kalau dah autisme. ..rasa simpati la pula. ..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:10 AM | Show all posts

kesiannya sister.... budak adam ni pun boleh tahan jugak parasnya... semoga mak ayahnya kuat dan tabah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 15-3-2018 10:07 AM
Certain ppl ngk situasi gini musti geleng paler naper la nak biorkan anak kluar... Huhuhu... Bistu ...


First time I tengok budak autisme macam ni kat YouTube ni....rasa simpati kat budak ni dan family. ...

Masuk TV rasanya kisah Adam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:11 AM | Show all posts

Masalahnya ibubapa di malaysia juga doktor tak ada tempat rujukkan bila ada anak autism.

Parents kenalah tau anak tu autism apa? autism ni ada group groupnya ... juga ada ubatannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.077136 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list