CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2480|Reply: 28

[Dunia] Dipaksa meletakkan anjing di ruang bagasi oleh anak kapal, akhirnya anjing pun m

[Copy link]
Post time 15-3-2018 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Anjing mati dipaksa letak dalam ruang bagasi

https://www.hmetro.com.my/global/2018/03/321308/anjing-mati-dipaksa-letak-dalam-ruang-bagasi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 7:45 AM



ANJING yang diletakkan dalam ruang simpanan di bahagian atas selama tiga setengah jam. - Agensi

New York: Seekor anjing mati dalam pesawat United Airlines selepas anak kapal memaksa pemiliknya meletakkan haiwan itu dalam ruang bagasi di atas kepala, kelmarin.


Dalam penerbangan dari Houston ke New York itu, seorang wanita bersama anak dan anjingnya dipaksa kru meletakkan haiwan itu dalam ruang simpanan di bahagian atas sepanjang penerbangan selama tiga setengah jam itu.

Menurut seorang penumpang, Maggie Gremminger, wanita berkenaan mahu anjingnya berada dalam beg kecil yang diletak di bawah tempat duduknya, namun tidak dibenarkan kru.

“Pada akhir penerbangan, wanita berkenaan mendapati anjingnya sudah mati.

“Dia duduk di atas lantai sambil menangis dan semua penumpang tergamam,” kata Gremminger melalui Twitter bersama gambar wanita berkenaan dan anaknya.

United menyifatkan kejadian itu sebagai tragik yang tidak sepatutnya terjadi kerana haiwan peliharaan tidak boleh diletakkan dalam ruang atas kepala.

Jurucakap United, Maggie Schmerin, berkata, syarikat akan menyiasat perkara itu dan kos tiket dipulangkan semula kepada keluarga wanita berkenaan, termasuk yuran kabin haiwan peliharaan bernilai AS$125 (RM486).

Ini bukan kali pertama United disiasat kerana layanan terhadap haiwan.

Tahun lalu, ia disaman pemilik arnab gergasi yang mati dalam satu pesawatnya. – Reuters

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 10:34 AM | Show all posts
kenapa tak letak dalam kargo?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:38 AM | Show all posts
kesiannya anjing tuh..... xkan dia x jerit2 sesak nafas....

kat malaysia pulak, anak mati kelemasan dalam kereta...sebab terlupa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:56 AM | Show all posts
kesiannya anjing tu.. seksa dia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:04 AM | Show all posts
leylapple replied at 15-3-2018 10:34 AM
kenapa tak letak dalam kargo?

Penumpang tu dah apply dah dapat kebenaran dan ikut semua peraturan yang dah ditetapkan tapi pihak United yang suruh jugak letak anjingnya dalam tu mana tak mati so elok disaman je.  Ni bukan kes pertama pun dah banyak kali United buat hal sebegitu sebelum ni banyak dah jadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:14 AM | Show all posts
bukan ke pets kena letak dlm kargo? aiiii leceh la kalau ada yg bawak pets letak sekali kat tmpt penumpang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 15-3-2018 11:04 AM
Penumpang tu dah apply dah dapat kebenaran dan ikut semua peraturan yang dah ditetapkan tapi pihak ...

Hairan airline sebegini tidak jahanam sahaja. Apa punya pprt la airline sebegini. Murah ka hapa dah banyak kontroversi masih hada yang naik?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:22 AM | Show all posts
chazey replied at 15-3-2018 11:16 AM
Hairan airline sebegini tidak jahanam sahaja. Apa punya pprt la airline sebegini. Murah ka hapa da ...

kenapa nak kena jahanam airline pulak?  patutnya tuan pet tu kena humban ke bawah.  sebab tak reti bahasa bawa haiwan masuk cabin.  pprt sgt kepala otaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 11:25 AM | Show all posts
chazey replied at 15-3-2018 11:16 AM
Hairan airline sebegini tidak jahanam sahaja. Apa punya pprt la airline sebegini. Murah ka hapa da ...

Banyak route dia cover jenama lama 3rd largest kat sana kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:44 AM | Show all posts
paa diaaa. nyawa tuu. tingtong la. awat tak suh pangku jaa kalo gitu puihh
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 02:34 PM | Show all posts
leylapple replied at 15-3-2018 10:34 AM
kenapa tak letak dalam kargo?

baru nak tanya...kargo dgn special kotak kandang dia kan... sila salahkan kesilapan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 02:35 PM | Show all posts
gummygummy replied at 15-3-2018 11:44 AM
paa diaaa. nyawa tuu. tingtong la. awat tak suh pangku jaa kalo gitu puihh

pets kena masuk kargo khas la....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 02:36 PM | Show all posts
kesiannye
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 02:56 PM | Show all posts
pets naik ketebang bukan kena kuarantin 2 minggu bagai ke? tapi ni untuk penerbangan internasional kot? kalau local tak perlu?

kenapa tak bagi ruang bernafas kat hanjeng tu? macam zip sampai habis je hand luggage nye pon.
kat swiss dulu masa naik train selalu je nampak kokesen bawak hanjeng diorang dalam beg tapi kepalanya keluar untuk bernafas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 03:33 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 14-3-2018 07:22 PM
kenapa nak kena jahanam airline pulak?  patutnya tuan pet tu kena humban ke bawah.  sebab tak reti ...

Hello Encik, FAA punya law ada ckp small pet kena letak in their carrier and bawah kerusi penumpang. This owner bayar extra $$ utk membolehkan anak anjing itu on board.

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 04:04 PM | Show all posts
Kesian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 07:19 PM | Show all posts
Hanat punya airline. Kesiannya anjing tu
Yg owner pun kenapa la ikut jer arahan diorang tu. Kenapa tak keluar jer dr flight tu pergi beli tiket airline lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 01:34 AM | Show all posts
iwan007 replied at 15-3-2018 03:19 AM
Hanat punya airline. Kesiannya anjing tu
Yg owner pun kenapa la ikut jer arahan diorang tu. Ken ...

Hang tau dak ..kalau penumpang melawan nanti kena halau by US marshal dan kena banned seumur hidup naik kapalterbang. Banyak dah kes penumpang melawan yang kesudahanya penumpang yang salah.

Ingat US mcm Malaysia ke boleh beli tiket semudah 1,2,3. Orang sini beli tiket 2 3 bulan sebelum terbang sebab MURAH. Kalau beli hari yang sama MAHAL.

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 09:07 AM | Show all posts
DARSITA replied at 15-3-2018 03:33 PM
Hello Encik, FAA punya law ada ckp small pet kena letak in their carrier and bawah kerusi penumpan ...

Hello Encik.  small apa gedebak gitu.  dan lagi satu, kecil atau besar subjek kpd penilai tau?  

ps ~ maaf ya encik.  ni padangan bukan nak cari pasal.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 09:11 AM | Show all posts
DARSITA replied at 16-3-2018 01:34 AM
Hang tau dak ..kalau penumpang melawan nanti kena halau by US marshal dan kena banned seumur hidup ...

betul laaa peraturan utk fly hi.  kalau nak ikut kepala otak pengguna, habis laa jahanam route semua nya.  saya setuju peraturan ni dikekalkan.  saya pernah iring satu menteri besar ni 2006 dulu.  dia sepatutnya on-air jam 8 mlm.  dan tertinggal flight.  dalam hati aku padan muka kau berbangga sgt konon hebat.  ingat pilot nak tunggu kau sekor ke?


sudahnya rtm ganti rancangan bodo apa ntah utk cover slot menteri bagero laknat sekor ni!!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.078433 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list