CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 849|Reply: 6

[Tempatan] Menjelang Hari Raya Aidilfitri, model Myvi paling banyak ditempah

[Copy link]
Post time 15-3-2018 11:17 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 14 Mac – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menjangkakan penguasaan pasarannya bagi bulan Februari melebihi 41 peratus dengan 17,100 buah kenderaan telah terjual, sekali gus melepasi sasaran 41,100 jumlah jualan kenderaan (TIV).

Pengarah Urusan Perodua Sa­les Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, daripada jumlah tersebut, 6,500 buah model Myvi, 5,000 buah Axia dan 1,900 adalah model Alza telah terjual.

Katanya, bagi asas tahun ke tahun, prestasi jualan Perodua meningkat 13.1 peratus kepada 34,800 buah berbanding 30,800 buah kenderaan yang dijual pada tempoh dua bulan pertama 2017.

“Perodua menyasarkan jualan sebanyak 209,000 buah kende­raan atau peningkatan dua peratus berbanding 204,900 buah kende­raan yang terjual tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Zahari, syarikat telah membuat penghantaran sebanyak 28,000 buah Myvi baharu, hampir separuh daripada sejumlah 60,000 tempahan yang diterima.

“Kami berterima kasih terhadap sokongan yang diberikan rakyat Malaysia terhadap model Myvi, dan syarikat akan terus berusaha meningkatkan jumlah pengeluaran bagi menambah baik tempoh penghantaran kepada pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pelanggan yang membuat tem­pahan sekarang bagi Myvi baharu akan menerima kenderaan mereka menjelang cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, sehingga kini semua tempahan Myvi bagi tahun 2017 telah pun dihantar kepada pe­langgan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 11:25 AM | Show all posts
semakin byk la maibi hanat mengganas di jlnraya
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:28 AM | Show all posts
amboih....dah mcm tempah kuih raya pulak ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:28 AM | Show all posts
myvi baru ni body macam lagi lembik dari model lama je kan? sebab aku dah 2x nampak accident antara myvi baru ni dengan myvi lama. myvi baru ni kemek teruk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:31 AM | Show all posts
betu la tu, antara produk perodua yg terbaik setakat ni...
aku rekmen kete ni...in fact myvi yg 1st model tu pun masih sedap bwa atas jalan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:42 AM | Show all posts
myvi advance

vios

city

tgh mikior lg nak pilih mana satu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 03:38 PM | Show all posts
prizadane replied at 15-3-2018 11:28 AM
myvi baru ni body macam lagi lembik dari model lama je kan? sebab aku dah 2x nampak accident antara  ...

kete buatan malaysia bukan memg lembik ke?
pg td baru ja opismate aiols kete iriz, nak ngundur terlanggar bumper tepi blkg kete aiols
kete aiols elok ja xde ape..kete dia kemek abes bumpertepi..bila pegang, boleh goyang2 erk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.577116 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list