|
Alami darah beku gara-gara 20 jam hadap telefon
15 Mac 2018
HENAN - CHINA. Gara-gara menghadap telefon selama 20 jam, seorang wanita dilaporkan mengalami darah beku di bahagian otak.
Wanita berusia 47 itu, dalam perjalanan ke Guangzhou dari kampungnya di Henan menaiki kereta api yang mengambil masa kira-kira 20 jam.
Di dalam kereta api yang sesak dan sempit, wanita itu leka menghabiskan masa menghadap telefon sambil bersandar.
Sebaik keluar daripada kereta api, mangsa dilaporkan pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Pihak hospital berjaya menyelamatkan mangsa dan berkata kemungkinan darah beku yang dialami adalah akibat berada dalam postur yang sama untuk jangka masa yang terlalu lama. - SCMP
|
|