CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 864|Reply: 19

[Tempatan] Rakyat Malaysia ambil garam melebihi purata

[Copy link]
Post time 15-3-2018 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Rakyat Malaysia ambil garam melebihi purata


PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia didapati mengambil garam secara purata sebanyak 7.15 gram sehari, melebihi syor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lima gram atau kurang satu sudu teh.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam, ketika mendedahkan kajian 'My Salt 2015' di sini hari ini berkata berdasarkan kajian sama, pengambilan garam berlebihan itu diambil oleh rakyat berusia 18 tahun ke atas, namun beliau percaya jumlah pengambilan garam lebih tinggi bagi rakyat berusia 18 tahun ke bawah.

Mengikut Kajian itu, nasi goreng, nasi lemak, budu dan nasi ayam antara 20 hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang disenaraikan Kementerian Kesihatan mengandungi kandungan garam tinggi.

Pengambilan garam berlebihan berisiko diserang penyakit darah tinggi, jantung dan angin ahmar jika tidak dikawal.

Berdasarkan kajian sama, kicap cair berada di kedudukan pertama bagi makanan yang mempunyai kandungan garam tinggi diikuti nasi goreng, telur dadar, nasi lemak, kicap pekat dan sup daging lembu.

"Kami mendapati kanak-kanak di bawah umur lebih cenderung mengambil makanan mengandungi kandungan garam tinggi seperti makanan diproses, snek dan makanan ringan," katanya pada sidang media sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2018 bertema, '5 Cara Capai 5 Gram Garam' di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi dan jika tidak dikawal boleh mengundang penyakit jantung dan angin ahmar serta boleh menyebabkan kematian.

Katanya antara makanan kegemaran rakyat Malaysia yang perlu dikawal termasuk sos cili, sos tomato, makanan dalam tin, nugget, burger, makanan diawet, ikan bilis, ikan masin dan keropok.

Beliau berkata WHO menyarankan pengambilan garam seharusnya tidak melebihi lima gram atau kurang daripada satu sudu teh sehari.

"Selain itu, WHO juga meletakkan sasaran untuk mengurangkan pengambilan garam sehingga 30 peratus menjelang 2025.

"Bagi Malaysia, kementerian menetapkan sasaran pengurangan pengambilan garam daripada 8.7 gram kepada enam gram menjelang 2025," katanya.

Beliau berkata, kajian My Salt 2015 yang dilakukan dalam kalangan anggota kementerian mendapati mereka mengambil 7.15 garam sehari, melebihi sasaran yang disyorkan.

Katanya menerusi minggu kesedaran bermula 12 hingga 18 Mac, lima langkah perlu dilakukan individu bagi mengurangkan pengambilan garam kepada lima gram sehari termasuk pilih untuk makan secara sihat; beransur-ansur kurangkan pengambilan garam; menggantikan garam dengan rempah ratus dan perisa asli; lebihkan pengambilan sayur dan kerap makan di rumah.

"Saya menyeru kepada rakyat Malaysia agar lebih prihatin dengan mengambil langkah mudah ini, sekali gus menyokong usaha kementerian mengurangkan pengambilan garam di Malaysia," katanya.

Senarai makanan yang mempunyai kandungan garam tinggi (mengikut ranking):

1. Kicap cair

2. Nasi goreng

3. Telur dadar

4. Nasi lemak

5. Kicap pekat

6. Roti canai

7. Sup daging lembu

8. Mi goreng

9. Sos tiram

10. Mi segera

11. Sos cili/ tomato

12. Sambal belacan

13. Budu

14. Nasi ayam

15. Sayur goreng

16. Ikan masak sambal

17. Ayam goreng berempah

18. Bebola kek

19. Kueh teow goreng

20. Bihun goreng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak wat cemano..makan kat luar, order nasi putih telor dadar, sekali sampai mak aii masin pepalehh telur dadarnya..lori garam eksiden depan kedai gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 12:54 PM | Show all posts
abis nak mkn ape lg

dah tu je makanan rutin rakyat mesia
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 12:58 PM | Show all posts
perumpamaan pun guna perkataan garam

orang tua lebih banyak makan garam
a pinch of salt

perkataan salary asal dari perkataan garam


Zaman sekarang jangan lebih makan garam. Bahaya.


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 01:00 PM | Show all posts
Kuah sup kat chicken rice shop mmg masin gila!


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 01:16 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 15-3-2018 01:20 PM

kat msia ni ramai mati sebab terlebih makan dan salah makan.
kalau nak hidup lama, kena kurang kan makan.

aku sekarang ni makan 2 kali shari, one meal for every 12 hours.
kalau aku makan bfast jam 8/9 pagi, next meal aku makan jam 8/9 malam.
salah satu dari 2 meal tu aku makan oatmeal, everyday.
nasi, daging, ayam, ikan semua kadang2 jer aku makan.
seminggu ada la sekali dua. especially weeken, waktu cheat day.
food yg ada white sugar &  white flour, aku jarang2 makan.

takde nya snek2 - buah, cookies, kueh mueh. ni semua punca gemok.
between meal minum green tea dan air kosong.
kalau lapar sangat, petang roti wholegrain sekeping & peanut butter.
pagi sebelum bfast, minum air detox (apple cider, or lemon+ginger).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 01:27 PM | Show all posts
pringles tu memang sedap macam makan nasi
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 02:05 PM | Show all posts
Bagus article, harus di share pada family.

Jaga makan, insyallah sihat tubuh badan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 02:07 PM | Show all posts
Ya Tuhan... Sedapnya ikan masin.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang lah dah taste malaysians macam ni. Kalau pergi US semua makanan akan rasa bland tak kena citarasa. Negara2 belah Asia juga yg sedap makanannya. Cuma kena berjaga jagalah sugar, salt and carb intake.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga garam nak naik dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 03:24 PM | Show all posts
cara nak kurangkan tu memang kene masak sendiri je

makan luar jangan haraplar
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 01:48 AM | Show all posts
me masak memang kurang garam, kekadang
memang tak letak garam (senang nak kasi our 23 bulan makan
sesama sebab dia belum makan makanan bergaram)

hari tu ada tetamu dari malaysia, masak ayam lemak cili api,
memang me bagitau awal awal, tawar yea, kami makan kurang garam

tapi laku juga mungkin semua lapar hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu ni bila makan mi mamak/mi hailam  pun depa pi pancut sos cili dekat setengah botol ... mana tak mampos terlebih garam
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 16-3-2018 01:48 AM
me masak memang kurang garam, kekadang
memang tak letak garam (senang nak kasi our 23 bulan makan
...

For me, kalau masakan yg ada  beef atau udang/ketam/lobster,  tak perlu garam pun takpe, sebab dah rasa manis dah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 15-3-2018 01:16 PM
kat msia ni ramai mati sebab terlebih makan dan salah makan.
kalau nak hidup lama, kena kurang kan  ...

mcm hidup Dlm monastery
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Masak dari rumah je bole kontrol garam/gula/minyak
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:40 AM | Show all posts

hehe. memang pun.
life pun da macam hermit.

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 10:56 AM | Show all posts
weols antara yg addict kat sodium
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 10:58 AM | Show all posts
makan la makanan arab.... tawar jah haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.351222 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list