CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1500|Reply: 14

[Tempatan] BN belum ada calon sesuai untuk jawatan MB Selangor. Yang tersenarai semuanya ha

[Copy link]
Post time 15-3-2018 11:53 AM | Show all posts |Read mode
BN perlu namakan calon MB Selangor

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) Selangor perlu berani mengemukakan calon Menteri Besar mempunyai imej yang setara atau lebih baik daripada pemimpin pembangkang.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata calon berkenaan perlu mempunyai personaliti yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat di negeri berkenaan.

"Saya bersetuju (syor BN menamakan calon Menteri Besar Selangor). Saya pun melontarkan beberapa personaliti bukan sebab apa, kita nak bagi tahu 'that kind of personality' perlu ditonjolkan kerana Selangor sebuah negeri tekanan di Malaysia.

"Imej Menteri Besar yang akan ditonjolkan UMNO mestilah imej yang setara atau lebih baik daripada pemimpin pembangkang sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai bicara santai 'Anda Tanya Kita Jawab' Diskusi UMNO-Online yang dihoskan Ketua Penerangan UMNO merangkap Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, di sini hari ini.

Tetamu jemputan lain adalah bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin.

Ketika ditanya siapakah calon yang layak menandingi Menteri Besar Selangor ketika ini, Datuk Seri Azmin Ali, Muhammad berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan BN untuk membuat pilihan.

"Siapa (calon MB) saya tidak tahu, terserah kepada pucuk pimpinan BN. Mungkin belum ada (calon) yang ditonjolkan, saya dulu, pada 1986, tiba-tiba ditonjolkan menjadi Menteri Besar," katanya.

Ketika ditanya cadangan setiap calon BN Selangor untuk mempunyai manifesto khas mengikut kawasan masing-masing, Muhammad mahu wakil rakyat Selangor tumpu kepada isu pokok untuk menguruskan manusia.

Katanya, wakil rakyat digesa menggunakan strategi dan kaedah yang dekat dengan pengundi masa kini.

"Wakil rakyat kena bergerak dari zaman ke satu zaman terutama di Selangor, negeri yang sudah berjaya, jangan guna konsep wakil rakyat yang dulu, beri kain batik, peruntukkan.

"Kita (wakil rakyat baharu) kena menguruskan kejayaan .. (kejayaan) bukan untuk membuat pembangunan yang sudah 99 peratus selesai tetapi cara untuk mendidik masyarakat berjaya," katanya.

Tegas beliau, wakil rakyat baharu perlu faham peranan mereka untuk mendekati pengundi supaya rakyat boleh kembali yakin kepada mereka dan boleh membantu BN merampas semula Selangor.

"Kita macam masak, ramuan kena cukup, wakil rakyat kena mantap, cukup dan rajin," katanya ketika ditanya formula menyaingi pakatan harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 12:08 PM | Show all posts
laa..kan ramai badut2 ni....
Noh Omar, Ismail Sabri, S Subra, Hasan Malik, Tengku denan..
pilih je
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 01:02 PM | Show all posts
ramai yang membadut....tu yg susah tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ke rampas selangor ni ?  
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Berangan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 03:58 PM | Show all posts
mustahil la nak rampas selangor balik...
melainkan, mansuhkan tol di seluruh selangor...kekekke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 04:45 PM | Show all posts
lol good luck with that
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 04:55 PM | Show all posts
ek ehlehhhh...look whos talking...
Bagi je kat Khir Toyo..
Pasti dia akan membetulkan kesilapan yg lalu..
cer beri peluang....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dapat pertahankan Selangor kali ni pun dah kira sgt bersukurrr khenn ....

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rs elok bg noh omar..xde la selekeh sgt aku nk tgk jugak berjaya x die bg rumah free kalu menang nti..hasil idea jamal
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgnla pertaruhkan 5 tahun utk kaum2 perampok nih...xmampu nk hadap dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 10:28 AM | Show all posts
Sebagai pengundi di Selangor aku nak kerajaan Selangor sekarang di pertahan kan. Berkhidmat kepada rakyat bukan berkhidmat kepada parti. Parti dan kerajaan jauh bezanya rakyat kena pandai memilih dan membezakan antara parti politik dan kerajaan. Sepatutnya parti politik ni bekerja hanya waktu kempen pilihanraya sahaja ahli politik bekerja kepada parti dan selepas pilihanraya dengan tertubuhnya kerajaan tak kisah ler parti mana yang menang semua ahli politik yang dia lantik atau tak dilantik mesti lah bekerja untuk seluruh rakyat jelata. Bukan hanya utk ahli parti mereka shj. Kita kena ubah mentaliti ini untuk politik Malaysia jadi lebih matang.

Contohnya BRIM, dia guna duit kerajaan ker duit parti. BRIM guna duit kerajaan oleh itu kita tak semestinya mengundi parti itu ajer bukan kita mengkhianat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 11:50 AM | Show all posts
#JamalForMB
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
roy3 replied at 18-3-2018 09:23 AM
Aku rs elok bg noh omar..xde la selekeh sgt aku nk tgk jugak berjaya x die bg rumah free kalu mena ...

Kalo Noh Udang lagi jahanam...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
jika tun boleh dikitar semula jadi pm atas pengelaman dn pencapaian nya , tidak hairan jika  mat taib jgk akan dilantek semula jd mb selangor demi pencapaian cemerlang nya  nya membangunankan selangor menjadi negeri termaju dan terkaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.216826 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list